My Friends!

Thursday, November 27, 2014

Fossil Clearance Sale 27 & 28 November 2014.

As salam semua.

Tadi ke tempat sale Fossil, kat Manara Atlan dekat dengan KLCC. Naik komuter dan LRT je. G ngan husband. Kawan update bagitau ada sale, kawan kerja kat Celcom kat menara tu. Mula2 berbelah bagi nak g ke tidak since hubby mulanya takleh teman sebab takleh cuti ada meeting. Macam tak yakin nak g sorang lama gilee dah tak naik komuter, pastu tempat tu tak sure kat mana, just berpandukan direction kawan bagi je. huhu. Last2 bangun subuh pagi tadi husband ajak jom lah siap nak g shopping. Uwahhhhh terus tersenyum lebar. Sukaaaaa sangat hahahaha. 


Saya peminat fossil lama dah, tapi sebab bag2 dia kalau takde sale agak mahal so berkira2 juga nak beli. Baru ada 1 handbag fossil beli kat JPO, pastu sling bag dan purse upline Shaklee saya bagi. Selalu dok usha kat instagram meleleh air liur sebab nakkk tapi mahal. Macam tak padan nak beli. Sebab tu bila ada sale excited nak pegi. So pagi tadi sampai sana kol10.30am, time tu boleh masuk camtu je tak payah beratur apa. Semua bag, jam etc 70% less. Rambang mata tengok bag cantik2.

Lastly pilih punya pilih berapa puluh kali pusing sebelum decide nak beli yang mana. Jam lawa2 tapi sebab ramai sangat dok pilih sampai bersesak2 kena tolak pon ada. Haha. Tak boleh nak masuk rapat. Tapi usaha gak dapatla grab 1 jam.


RM161 only jam ni after less. Dapat bag idaman kalbu. Time pegi bag ni ada 1 ni je, memang abes terus puas dah cari xjumpa. Memang semua borong sebab bag ni memang ramai yang nak rega pulak below rm300 je tadi. 


Rezeki saya dapat jugak. Alhamdulillah. Ni semua yang dapat grab tadi. 


Bukan semua saya punya. Ada yang nak bagi kat adik2. Berbaloi2 sebab dah lebih setahun tak shopping handbag. Tunggu sale next year borong pulak.

Sape nak pegi boleh naik LRT turun kat KLCC, menara Atlan 5 minit jalan kaki dari KLCC. Exit ke Jalan Ampang.

Reminder :

→Better jangan bawak anak kecik sebab tempat sempit dan sesak
→Better g awal sebab ramai sangat orang time nak bayar, tadi berjam2 beratur nak bayar.
→Better makan kenyang2 bawak air masak banyak2 sebab panas gak tadi
→Better jangan beli banyak2 nanti abes duit hahaha.

Time saya siap bayar around 2pm, panjang beratur kat luar pintu tunggu turn nak masuk. So better g awal boleh balik awal. Menggigil lutut berdiri tunggu turn nak bayar. Lebih kurang 100 orang sebelum turn saya. Ramaiii sangat.

Okeylah, happy shopping semua ya! Ni gambar2 tadi.






Wednesday, November 26, 2014

COD SHAKLEE KAT SUBWAY SEKSYEN 7 SHAH ALAM

As salam semua.

Tadi petang customer wasap tanyakan tentang set hamil, dia hamil 10weeks mencari supplement, katanya dapat nombor saya dari instagram. Anak 1st, memang kalau boleh nak yang terbaik untuk mommy dan baby. So saya suggestkan set kat bawah ni termasuk ESP.

Set Hamil Shaklee

SET HAMIL SHAKLEE TERBAIK!


Mula2 dia kata husband dia risau ESP tu boleh buat kulit baby over sensitive bila dah bersalin, sebab ada kawan dia consume soya lain katanya kulit anak dia jadi sensitive. Kemain panjang berjela saya explain kat dia. ESP memang beza dari soya lain. Memang jauh sangat beza. Nanti kena buat entry khas beza ESP dan soya biasa tu. Kulit baby makin cantik pulak tu kalau consume ESP.

So lastly customer saya ni berjaya yakinkan suami dia untuk tmbah ESP. Alhamdulillah dia amik full set kecuali Omega katanya next time dia tambah. So set date jumpa kat Subway Seksyen 7, mengidam nak makan subway dia tadi. Hihi senang urusan sebab dekat sangat dengan umah.

Alhamdulillah. :) bertambah jurnal kesyukuran hari ni. Good night semua, as salam.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Tuesday, November 25, 2014

SET POPULAR OMEGA GUARD SHAKLEE

As salam semua.

Promo Omega Guard ada beberapa hari je lagi nih. Kalau tak tahu nak amik set yang mana, refer gambar ni ek. Kalau takde yang nak dalam gambar ni, wasap saya, saya suggestkan ok.

Set Popular Omega Guard Shaklee

Set Popular sempena promo Omega bulan ni.


1- Set Sendi / Tulang
2- Set Darah Tinggi
3- Set Kesihatan Jantung
4- Set Kurus Powerrr
5- Set Hamil Trimester ke2&3
6- Set Buasir
7- Set Kanak-kanak
8- Set Student

Pilih2 mana berkenan then wasap 011-19300290 untuk tanya gapo2 deh. Thank you!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Sunday, November 23, 2014

Positive Quote #4

Positive Quote
Wah cam best quote ni, sebab best kena lah share kan. Hehe.

Entry ni patot jadi wordless sunday. Haha saje nak update entry pendek2, okay daaaaa!

Lagi DIY Pin Tudung!

As salam semua. Lama tak update blog, biasa hari2 update, adoi nak istiqomah cabaran betul. Idea datang dan pergi, time datang tu biasa tengah busy, then hilang ditiup angin (kena telan omega guard sebotol bagi kuat ingatan).

Ni nak cita pasal DIY pin tudung lagi. Sambungan ala2 DIY pin tudung versi 2.0. Okay, sambung cite, semalam g butik Sincerely By Us lagi, sebab nak beli kek. Sebenarnya alasan je nak beli kek bagitau husband, tujuan utama nak g beli benda alah ni lah. Dah addicted nak menDIY lagi. Pastu g Giant terjumpa plak box ni, cam tahu2 je nak beli terus ada depan mata. 

Kali ni beli 4jenis charm, Eiffel Tower 3D, Owl, Guitar, dan Love. Love tu paling besar dan paling mahal. Eh mahal pon tak sampai 5ringgit pon. So balik2 kira dapat 40 charm kali ni, time nak beli tak tengok pon setiap paket ada berapa charm, main ambik je. Rupanya ada 10 setiap paket. Tapi jarum peniti tu ada 20 je satu paket. Nampak gaya ada lagi alasan nak serbu butik tu lagi. Hehe. Ni kat bawah ni butik ni yang jual barang DIY untuk pin tudung tu, The Wind Fairy, boleh bukak instagram dia untuk tengok koleksi pin yang dia jual.




Sincerely By Us (SBU) Butik tu vendor butik kat Alam Avenue 2 Shah Alam. Macam2 barang yang ada kat SBU dari macam2 online shop. Kek pon ada, sedap plak tu kek dia, anak saya suka sangat. Eh okay dah lari tajuk ni.

Bawah ni gambar charm yang saya beli semalam. Owl dan Guitar tu kecik je, dan murah la sebab kecik.

Charm Comels

Saya tak pasang2 lagi semua pin dan charm tu, tengah mencari ilham nak buat benda lain lagi. Ingat nak buat hp plug ni, tapi kat SBU rasanya tak de jual benda tu. Huuuu. Tengoklah camana nanti.

Handphone Pluggy

Okaylah, saya tengah kumpul2 hadiah untuk buat give away ni, doakan saya dipermudahkan urusan ok! kalau saya bagi pin tudung ni je pon harap ramai la join, benda murah je pon, kecik plak tu, rasa serba salah pulak nak bagi. Huhuhu.

*tarikh untuk GA tak pasti lagi, sekarang agak busy, insyaAllah soon ya! ;)

Wednesday, November 19, 2014

MASALAH ANGIN DALAM BADAN

As salam semua.

Hari ni nak review dan study mengenai masalah angin dalam badan. Sebab saya dan suami selalu alaminya dulu, seksa oh hari2 sakit jer perut sebab angin. Bila kenal Shaklee masalah setel alhamdulillah. Meh kita baca pasal angin ni.
~~~~~~~~~~~~~~
Angin penyebab kebanyakan kesihatan seseorang terjejas tanpa mengira usia. Ada setengah mengatakan istilah angin ini disebabkan angin daripada usus, sendawa, kembung perut, mudah senak atau memulas perut, sakit kepala dan sengal otot dan badan. Jika masalah angin tidak dapat dikawal, atau dibiarkan saja, masalah angin akan menjadi satu gangguan kesihatan yang boleh melarat kepada diri anda. Ini membuatkan anda rasa tidak selesa pada selurh badan kerana ia berada dari hujung kaki hingga ke kepala.

Untuk pengetahuan anda, setiap dalam badan manusia ada mempunyai angin. Kita tidak boleh terlepas atau lari darinya. Angin dalam badan juga berfungsi sebagai sel darah untuk beroperasi. Sel darah bawa dan hantar oksigen keseluruh tubuh kita. Oksigen dari udara itulah angin. Jika oksigen tidak boleh bergerak/tersangkut, terjadinya angin dalam tubuh yang menyakitkan. Ia berpusing didalam tubuh, lalu tersekat dan berkumpul  disuatutempat. Tempat tu akan rasa sakit, menyucuk-nyucuk, lenguh lenguh adakala menjadi kebas. Jika ia terhenti di sendi-sendi, ini akan mengakibatkan  asid berlebihan akan tersekat dalam badan. Asid ini dekenali sebagai asid uric. Angin jika lama dibiarkan akan menjadi bengkak. Kebanyakkan angin ditubuh ada diperut kerana apa saja yang kita makan dan minum akan pergi ke perut. Angin juga boleh mengundang sakit jantung, semput/asma, dan sakit paru paru.

Angin akan menyebabkan kita :

  • Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, bau badan
  • Insomnia (masalah tidur), Mata gelap, Mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  • Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  • Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  • Toksin dalam badan membuatkan anda rasa letih, lesu dan mengantuk
  • Terasa senak perut, tidak lalu makan dan mual
  • Seluruh badan, mata dan kepala rasa menyucuk-nyucuk
  • Tidak boleh melihat benda-benda terang seperti cahaya lampu, tgk tv dan membaca

Angin Boleh Dihindarkan jika :

  • Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi dan mudah hadam
  • Elak makan sayur yang bewarna putih spt bunga kobis, kobis, taugeh, baby corn dll
  • Kurangkan minum minuman yang berkafin spt kopi & teh
  • Kurangkan makan makanan yang berlemak
  • Amalkan senaman setiap hari
  • Makan buah prune, bawang putih, minum air halia dan letak lada hitam dalam masakan
  • Buang air besar setiap hari jangan ditangguh
  • Kurangkan makan buah nangka, cempedak, sengkuang dan makanan yang sejuk
  • Makan secara perlahan dan minum banyak air suam kalau boleh air panas suam
  • Kalau rajin, pergilah urut badan, bertungku dan bekam

Oleh itu jagalah pemakanan, kesihatan, amalkan pantang & petua-petua yang telah diberi oleh orang disekeliling kita. Segera berjumpa doktor jika angin anda melarat atau berpanjangan. Ini kerana kita tidak mahu akan mengundang penyakit lain.

Sumber: http://info-kesihatan-terkini.blogspot.com/2014/05/angin-dalam-badan.html?m=1

ATASI MASALAH ANGIN DENGAN SHAKLEE


Shaklee ada solution terbaik untuk yang ada angin yang teruk. Boleh cuba Peppermint Ginger Plus Shaklee. Lepas telan 3biji insyaAllah sendawa/kentut. Hehe.


♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Monday, November 17, 2014

DIY Pin Tudung Comel

As salam semua.

Lama rasa tak update blog, huhu. Saje nak share, semalam buat sendiri peniti comel ni.


Barang2 nak buat : jarum peniti, ring kecik, dan charm (sorry kalau salah guna terms). Senang je buat sambung2 then siap. Ni 1st time jumpa benda2 peniti untuk diy ni depan mata. Biasa tengok online ramai yang jual. Kebetulan semalam ke butik Sincerely By Us Shawls kat Alam Avenue 2, Padang Jawa, Shah Alam ni ternampak benda alah ni. Terus bertapa kejap pilih2 mana berkenan. Last2 beli 3jenis charm comey, Eiffel Tower, Butterfly dan charm bulat ada tulis live laugh love.


Banyak lagi pilihan charm nya, rambang mata nak pilih, next time boleh beli lagi. Semalam beli peniti 20pcs je. Kebetulan balik2 kira charm pon ada banyak tu. So dapat 20pcs pin. Ada yang kaler silver, tapi saya pilih yang stail ni. Memang senang sangat2 nak buat, kalau nak bagi gift better DIY je, jimat kos.

Then nilah hasilnya, untuk customer tersayang.


Maybe saya akan buat Give Away bagi pin comel ni, sape nak?


Saturday, November 15, 2014

COD Shaklee kat Seksyen 18 Shah Alam

As salam semua.

Hari ni ke Shaklee HQ restock Vitamin C dan GLA yang dah licin, dan barang2 lain. Urgent restock sebab dah ada customer yang menunggu untuk cod area Seksyen 18 Shah Alam ni.

Comey lote je customer ni, umur 23, beli set kecantikan, dia ada masalah jerawat bernanah kat dagu. Tak banyak jerawat tapi jerawat besar, so saya suggestkan Garlic dan Vitamin C dulu. Tunggu dah surut jerawat bolehla tambah ESP dan Vitamin E untuk pudarkan parut plak.

Vitamin C boleh buat masker jugak untuk kesan lagi superb.

Thursday, November 13, 2014

Giveaway Super Duper Awesome By Jaja

Assalamualaikum, Sebagaimana tajuk entry ni, saya nak adakan giveaway memandangkan exam dah habis and ada sedikit masa luang, maka terciptalah Giveaway Super Duper Awesome By Jaja
Maka, saya rasmikan Giveaway Super Duper Awesome By Jaja ni. *tepuk*
Moga ramai yang join GA ni yer ^_^



 HADIAH


Hadiah Misteri 2x by Ruqaiyah
Bloglist Ever x2 by Izwani
Top up RM 10x2
Small pouch bag 2x By Beba Ifa
PVC Keychain 2x By Beba Ifa
Review blog x1 By Hazimah
Header x2 By Hazimah
Goody Bag 2X by Tracey
Sophie Nail Buffer 5 in 1 1X By Noyou
Topup rm5 2X By Wawa
Tasbih digital 2X By Wawa


Tarikh 
 
1/11/2014 - 1/12/2014

Hantar link di entry ini sahaja
Para sponsor juga dijemput join, 
Oh ye, Sponsor paling banyak promote GA ni juga akan mendapat hadiah M.I.S.T.E.R.I
Sila jujur ye, pastikan ikut semua syarat. Tapi, jika ada peserta yang tiada akaun-akaun seperti dalam syarat tu, sila abaikan. Harap JUJUR ye.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Pahala Belanja Orang Makan

As salam semua.

Lepas tengok gambar ni kat bawah ni, terasa lagi berkobar2 nak belanja kawan2 makan. Dulu time blajar diploma, degree, master saya kedekut, jarang bena blanja kawan2 makan, mungkin la sebab saya bukan orang senang, kena jimat cermat. Tapi jahilnya time tu xtahu yang sedekah tu kunci rezeki, lagi banyak kita beri lagi banyak kita dapat.

Ada kawan baik saya dulu, dia baikkkk sangat, selalu belanja saya makan. Kalau saya xde duit dia lah yang belanja, saya dulu selalu ingat dia ada banyak duit, padahal dia anak yatim. Dia selalu juga bagitau saya duit dia xde pon, tapi dengan duit sikit tu dia boleh lagi belanja kawan2 makan.

Rupanya itu yang parents dia ajar. Saya boleh lihat, walaupon dia bagitau saya duit dia dah abes, tiba2 akan ada orang bagi duit kat dia, abang2 dia, or orang bayar hutang time dia xde duit tu. Dia xpernah mintak, tapi semuanya sebab dia suka memberi, jadi rezeki dia makin luas.

Bodoh betol saya time tu tak dapat nak paham semua tu. Now bila berjinak2 dengan shaklee dah setahun lebih baru saya sedar dan nampak semua tu. Xpe terlambat, better late than never kan? Syukur alhamdulillah Allah bagi saya peluang belajar semua ni. Kalau tak kerana saya berbisnes, mungkin saya akan kekal jahil seumur hidup, nauzubillah.

So marilah kita pakat2 rebut pahala belanja kawan2 makan. Besar pahala nya tau, disamping luaskan lagi pintu rezeki. InsyaAllah.

Tuesday, November 11, 2014

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

18 sebab kenapa jenama Shaklee berbeza dari yang lain (Sumber: mamafaiz.com)

  • Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”. Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil. 
  • Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity. 
  • Pada 1924, Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan. 
  • Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an, sayur2an dan minima lemak dan gula. 
  • Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee. 
  • Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia. 
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies. 
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry. 
  • Shaklee menjalankan ujikaji klinikal sendiri terhadap produk2 mereka. Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) dimana kajian klinikal ini dijalankan ke atas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as: The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology 
  • Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang-undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.
  • Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas, enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid, yang ni nanti saya ulas panjang dalam entry yang lain) 
  • Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California. 
  • Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri. Menarik bukan. 
  • Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah, professor, saintis dari universiti terkemuka dunia.
  • 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan. 
  • Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan. 
  • Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan. 
  • Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti. 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben 
  • TIDAK Mengandungi Triklosan 
  • TIDAK Mengandungi Phthalates 
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS) 
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES) 
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana 
  • TIDAK Mengandungi Glikol 
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile” 
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik 
  • TIDAK Mengandungi Ammonia 
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida 
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve 
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde 
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A 
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates 
  • TIDAK Mengandungi Toulene 
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna 
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa 
  • TIDAK Mengandungi Pewarna 
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans 
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan 
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin 
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Monday, November 10, 2014

Help Me Please, Background Tak Center Bila Buka Guna Mobile

As salam semua.

Tajuk saspen, haha, actually lama dah saya mushkil ni, so nak tanya kawan2 blogger yang hebat ni, kenapa kalau buka guna phone jadi cam dalam gambar bawah ni ek?



Background dia ketepi, tak center cam buka guna pc. Ke ada saya salah setting? Please otai2 kalau tahu camana nak ubah ni share ilmu kat sini ya. Saya amat hargai pertolongan ikhlas korang. Thank you in advance ♡♡♡

Sunday, November 9, 2014

Omega Guard Shaklee

Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
  3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee


1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.

2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan.

3. Mencegah salur darah dari tersumbat.

4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.

5. Mengekalkan tekanan normal darah.

6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.

7. Mengurangkan sakit kepala.

8. Merendahkan kolestrol.

9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.

11. Mengawal masalah obesiti.

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.

14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak.

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.

16. Membantu menyihatkan paru-paru.

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll.

18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.

23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.

24. Mencegah penyakit gout.


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

  • Mencegah insomnia.
  • Mengurangkan tekanan emosi.
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
  • Membantu memperbaiki masalah autism.
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
  • Mengurangkan masalah schizophrenia.
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Ibu Hamil
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Manfaat Omega Guard Shaklee


1. Asma 

  • Kanak-kanak yang suka makan ikan dan ambil supplement minyak ikan jarang dapat asma.
2. Penyakit Jantung

  • Kurangkan risiko sakit jantung dan strok.
  • Kurangkan pembekuan darah dan inflamasi. 
  • Turunkan tekanan darah.
  • Turunkan lemak dalam darah dan tingkatkan kolestrol baik. 
3. Fungsi Otak dan Mata 

  • Kesihatan tisu dan retina mata. 
  • Wanita hamil dan ibu menyusu yang ambil supplement omega guard akan beri peningkatan tahap kecerdikan dan keriangan bayi. 
4. Penglihatan

  • Kanak-kanak yang minum susu ibu yang tinggi kandungan omega mempunyai penglihatan yang lebih baik. 
5. Kencing Manis

  • Omega Guard bantu menyeimbangkan paras gula dalam darah. 
6. Osteoporosis 

  • Omega bantu kurangkan risiko osteoporosis. 
  • Omega juga bantu wanita selepas fasa menopous lebih tenang. 
7. Kanser 

  • Hasil kajian mendapati omega membantu cegah kanser seperti kanser payudara, kanser usus, kanser prostat dan lain-lain. 
8. Nyanyuk 

  • Golongan dewasa yang ambil omega dapat mengurangkan risiko nyanyuk di usia senja kelak. 
9. Kulit dan Rambut 

  • Omega guard dapat memberikan kelembapan pada kulit. 
  • Elakkan kulit dari kekerinagan dan berkuping-kuping. 
10. Radang dan Alergi

  • Omega Guard dapat kurangkan simptom arthritis rematoid, psoriasis dan penyakit autoimun.
11. Hamil

  • Wanita yang ambil omega setiap hari semasa hamil kurang berisiko melahirkan bayi pra-matang 
  • Omega guard bantu menurunkan tekanan darah tinggi semasa hamil. 
  • Sangat berguna untuk elakkan kemurungan selepas bersalin. 
12. Kesuburan / zuriat 

  • Omega guard beri imbangan dan baiki paras hormon serta meningkatkan aliran darah ke dalam rahim. 
  • Semakin banyak omega 3 yang diambil oleh wanita, semakin tinggi dan cerah peluang untuk mengandung. 
13. Depresi / Kemurungan 

  • Omega Guard bantu orang-orang yang mengalami masalah kemurungan. 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.



Saturday, November 8, 2014

KOPI JEJASKAN PENGAMBILAN VITAMIN?

KESAN KAFEIN KEATAS PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL


Anda mungkin pernah mendengar perkataan ini, "Jangan makan supplemen bersama kopi, teh atau minuman bergas". Ni adalah skrip tetap saya lepas customer beli Shaklee dengan saya. Pernah tak kita berfikir kenapa? So hari ni meh kita study mengenai kesan kafein keatas penyerapan vitamin yang kita consume. Ni info general yang saya dapat dari blog2 bila search. Happy reading!

••••••••••••••

Pengambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.


☆ZAT BESI (IRON)


Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

☆KALSIUM


Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang mengatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Pengambilan kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

☆VITAMIN D


Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 

☆VITAMIN B


Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.


Jadi bolehkah minum kopi atau tea sebelum atau selepas makan vitamin?  Cara terbaik untuk elakkan dari pengurangan penyerapan vitamin adalah minum kopi antara waktu makan. Contoh tea time, bukannya selepas atau sebelum makan. Bagi peluang pada badan untuk serap kebaikan dari vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Sebab tu biasanya saya sarankan customer saya jarakkan pengambilan supplement at least 2-3jam dengan pengambilan kopi/teh. Kalau boleh elak, elakkan terus, lagi molek. :)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, November 7, 2014

Maksud Bacaan Ketika Solat

As salam semua.

Dah lama gambar2 ni tersimpan rapi dalam phone, saya save dari fb, untuk rujukan sendiri, dan sekarang nak share kat sini. Boleh tambah saham akhirat kan, insyaAllah. Semoga bermanfaat. (Klik gambar untuk lebih jelas, gambar tak ikut turutan, tunggu edit kat pc nanti)