My Friends!

Monday, November 17, 2014

DIY Pin Tudung Comel

As salam semua.

Lama rasa tak update blog, huhu. Saje nak share, semalam buat sendiri peniti comel ni.


Barang2 nak buat : jarum peniti, ring kecik, dan charm (sorry kalau salah guna terms). Senang je buat sambung2 then siap. Ni 1st time jumpa benda2 peniti untuk diy ni depan mata. Biasa tengok online ramai yang jual. Kebetulan semalam ke butik Sincerely By Us Shawls kat Alam Avenue 2, Padang Jawa, Shah Alam ni ternampak benda alah ni. Terus bertapa kejap pilih2 mana berkenan. Last2 beli 3jenis charm comey, Eiffel Tower, Butterfly dan charm bulat ada tulis live laugh love.


Banyak lagi pilihan charm nya, rambang mata nak pilih, next time boleh beli lagi. Semalam beli peniti 20pcs je. Kebetulan balik2 kira charm pon ada banyak tu. So dapat 20pcs pin. Ada yang kaler silver, tapi saya pilih yang stail ni. Memang senang sangat2 nak buat, kalau nak bagi gift better DIY je, jimat kos.

Then nilah hasilnya, untuk customer tersayang.


Maybe saya akan buat Give Away bagi pin comel ni, sape nak?