My Friends!

Thursday, June 26, 2014

Cara Nak Cantikkan Blog

Semalam lepas buat entry TIPS BUAT BLOG ada kawan yang pm saya tanya camana nak mekap blog untuk nampak cun melecun. So saya janji dengan dia untuk buat entry khas cara cantikkan blog ni.

Okey sambil2 baca ni, untuk yang nak belajar better buka terus blog masing2 dan terus follow step by step yang saya ajar ni k. Untuk lebih faham dan cepat ingat.

Dan better bukak kat PC/laptop senang sikit.

STEP 1: 
Buka blog anda dan tengok kat belah atas kanan ada perkataan DESIGN (refer gambar 1 kat bawah). 
Klik DESIGN tu.


STEP 2: 
Lepas klik DESIGN tadi, automatik akan ke blogger dashboard ke apa org panggil. Macam dalam gambar 2 kat bawah ni. So anda boleh tengok kat belah kanan tu mobile version, siapa yang set mobile version ni akan nampak versi mobile bila buka blog anda guna phone.


Contoh mobile version dan web version macam dalam gambar kat bawah ni. Nampak tak apa beza dia? Web version tu paparan sama macam kita buka blog guna pc/laptop. Kalau mobile version pula macam contoh dalam gambar kat bawah ni, nampak tajuk je, nak baca kena klik. So anda pilih nak yang mana, saya prefer web version. Boleh tekan disable mobile version kalau tak nak guna mobile version. Macam dalam gambar 2 saya disable kan. (Blog kak Cery pon xguna mobile version)


okey back to step nak cantikkan blog tadi, please refer to gambar 2 balik, ada butang kaler oren tulis CUSTOMIZE tu, tekan kat situ ya.

STEP 3: 
Lepas tekan customize tadi, terus appear gambar no 3 kat bawah ni. 
Kat sini lah tempat nak edit bagi lawa blog tu. 


STEP 4: 
Jom tengok satu2 apa yang boleh edit kat sini. 
TEMPLATE yang mula2 skali, yang ni anda boleh pilih design blog anda nak yang pesen camana. 
Boleh terus apply kat blog anda k.


STEP 5:
 BACKGROUND IMAGE, yang ni macam blog saya ni gambar bunga 3kuntum ni, biasa saya tukar, ikut mood dan kerajinan. Banyak gambar2 boleh pilih kat sini. Kalau boleh pilih gambar2 yang sesuai yang tak berpinar mata memandang, hehe. 


STEP 6: 
SET WIDTH, yang ni untuk set lebar blog, nak lebar mana, boleh terus try and error.


STEP 7: 
SET LAYOUT, layout ni kalau klik akan terus keluar cam dalam gambar 7 kat bawah ni. so anda boleh drag je nak letak kat mana2 gadget nak letak kat bawah ke, kiri ke, kanan ke, atas ke. Ikut kreativiti anda.


STEP 8: 
ADVANCED ni boleh tukar font, nak bagi besar font ke, nak bold ke, nak italic ke, semua boleh. Nak tukar kaler font pon boleh buat kat sini. anda boleh cuba edit satu2. Saya memang selalu edit yang ni, jenis tulisan ni, suka pulak.


DAH SIAP!!

Tu jelah yang basic nya dari gambr 1 hingga 8. 
Kalau follow dan try buat, insyaAllah boleh cantikkan blog anda nanti. 

Untuk nak add widget or gadjet kiri kanan blog tu, nanti saya buat entry lain pulak k. Dah panjang entry ni.