My Friends!

Thursday, November 27, 2014

Fossil Clearance Sale 27 & 28 November 2014.

As salam semua.

Tadi ke tempat sale Fossil, kat Manara Atlan dekat dengan KLCC. Naik komuter dan LRT je. G ngan husband. Kawan update bagitau ada sale, kawan kerja kat Celcom kat menara tu. Mula2 berbelah bagi nak g ke tidak since hubby mulanya takleh teman sebab takleh cuti ada meeting. Macam tak yakin nak g sorang lama gilee dah tak naik komuter, pastu tempat tu tak sure kat mana, just berpandukan direction kawan bagi je. huhu. Last2 bangun subuh pagi tadi husband ajak jom lah siap nak g shopping. Uwahhhhh terus tersenyum lebar. Sukaaaaa sangat hahahaha. 


Saya peminat fossil lama dah, tapi sebab bag2 dia kalau takde sale agak mahal so berkira2 juga nak beli. Baru ada 1 handbag fossil beli kat JPO, pastu sling bag dan purse upline Shaklee saya bagi. Selalu dok usha kat instagram meleleh air liur sebab nakkk tapi mahal. Macam tak padan nak beli. Sebab tu bila ada sale excited nak pegi. So pagi tadi sampai sana kol10.30am, time tu boleh masuk camtu je tak payah beratur apa. Semua bag, jam etc 70% less. Rambang mata tengok bag cantik2.

Lastly pilih punya pilih berapa puluh kali pusing sebelum decide nak beli yang mana. Jam lawa2 tapi sebab ramai sangat dok pilih sampai bersesak2 kena tolak pon ada. Haha. Tak boleh nak masuk rapat. Tapi usaha gak dapatla grab 1 jam.


RM161 only jam ni after less. Dapat bag idaman kalbu. Time pegi bag ni ada 1 ni je, memang abes terus puas dah cari xjumpa. Memang semua borong sebab bag ni memang ramai yang nak rega pulak below rm300 je tadi. 


Rezeki saya dapat jugak. Alhamdulillah. Ni semua yang dapat grab tadi. 


Bukan semua saya punya. Ada yang nak bagi kat adik2. Berbaloi2 sebab dah lebih setahun tak shopping handbag. Tunggu sale next year borong pulak.

Sape nak pegi boleh naik LRT turun kat KLCC, menara Atlan 5 minit jalan kaki dari KLCC. Exit ke Jalan Ampang.

Reminder :

→Better jangan bawak anak kecik sebab tempat sempit dan sesak
→Better g awal sebab ramai sangat orang time nak bayar, tadi berjam2 beratur nak bayar.
→Better makan kenyang2 bawak air masak banyak2 sebab panas gak tadi
→Better jangan beli banyak2 nanti abes duit hahaha.

Time saya siap bayar around 2pm, panjang beratur kat luar pintu tunggu turn nak masuk. So better g awal boleh balik awal. Menggigil lutut berdiri tunggu turn nak bayar. Lebih kurang 100 orang sebelum turn saya. Ramaiii sangat.

Okeylah, happy shopping semua ya! Ni gambar2 tadi.