My Friends!

Saturday, September 27, 2014

Sepetang di AmanVille, Space U8, Shah Alam

As salam semua.

Hari ni hari bawak iqbal main kat Space U8, Shah Alam. Papa dia lah bersungguh nak pergi Space U8 tujuan nak beli baju kat situ ada buat sale murah2. Baju apa kurang pasti tapi dia ada beli 2helai tadi (brand Salomon kot). Brand mahal2 la jugak tapi dapat murah kes ada sale.

Sampai2 Space U8 tu, iqbal terus nampak AmanVille kat depan tu, terus lari masuk excited nak main. Lupa nak snap gambar tadi, (mujo ada gambar ni dari google) dapat snap sikit je gambar iqbal kes dia aktif sangat kesana sini semua gambar blurr. Huhu.

AmanVille 1: Sumber
Terjumpa kat sana kawan sekolah dulu, junior muda setahun, dia dan family dia owner Aman Ville tu, banyak kali dia ajak datang bawak iqbal main kat sini, hari ni baru ada kesempatan pegi. Sebelum ni pegi sekali je area tu. Memang jarangla pegi melainkan kalau dapat tahu ada sale apa2 situ. Biasa barangan sukan, baju2 la kerap buat sale kt situ.

Iqbal : Peace!
Memang recommended untuk parents yang nak bawak anak datang sini. Besar tempat main, dan macam2 mainan ada. Sesuai untuk baby jugak. Secure jugak sebab siap kena thumb print parents time anak nak masuk, dengan time nak balik. Kiranya kalau tinggal anak2 yang umur 3tahun keatas main dalam tu parents nak berjalan2 kira insyaAllah selamat la.

Aman Ville pernah masuk paper sebelum ni, baca kat sini Pengalaman berbeza di Amanville

Nilah kawan saya tu, Aida Muhami

Then round2 dalam tu main kereta control pulak iqbal. Sampai tak nak turun. Pujuk2 masuk Mr.DIY pulak beli mainan fish dia. Huhu. Then otw balik dah krohhhhh2 lam kereta. Anak oh anak.
Iqbal : Peace lagi, naik keta pulak
AmanVille 2: Sumber
AmanVille 3: Sumber
AmanVille 4: Sumber
AmanVille 5: Sumber
AmanVille 6: Sumber
Boleh layari website ni untuk lebih info ya --> http://www.amanville.com
Lokasi: Lot 6&7, Space U8, Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.