My Friends!

Saturday, November 8, 2014

KOPI JEJASKAN PENGAMBILAN VITAMIN?

KESAN KAFEIN KEATAS PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL


Anda mungkin pernah mendengar perkataan ini, "Jangan makan supplemen bersama kopi, teh atau minuman bergas". Ni adalah skrip tetap saya lepas customer beli Shaklee dengan saya. Pernah tak kita berfikir kenapa? So hari ni meh kita study mengenai kesan kafein keatas penyerapan vitamin yang kita consume. Ni info general yang saya dapat dari blog2 bila search. Happy reading!

••••••••••••••

Pengambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.


☆ZAT BESI (IRON)


Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

☆KALSIUM


Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang mengatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Pengambilan kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

☆VITAMIN D


Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 

☆VITAMIN B


Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.


Jadi bolehkah minum kopi atau tea sebelum atau selepas makan vitamin?  Cara terbaik untuk elakkan dari pengurangan penyerapan vitamin adalah minum kopi antara waktu makan. Contoh tea time, bukannya selepas atau sebelum makan. Bagi peluang pada badan untuk serap kebaikan dari vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Sebab tu biasanya saya sarankan customer saya jarakkan pengambilan supplement at least 2-3jam dengan pengambilan kopi/teh. Kalau boleh elak, elakkan terus, lagi molek. :)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment