My Friends!

Sunday, November 23, 2014

Lagi DIY Pin Tudung!

As salam semua. Lama tak update blog, biasa hari2 update, adoi nak istiqomah cabaran betul. Idea datang dan pergi, time datang tu biasa tengah busy, then hilang ditiup angin (kena telan omega guard sebotol bagi kuat ingatan).

Ni nak cita pasal DIY pin tudung lagi. Sambungan ala2 DIY pin tudung versi 2.0. Okay, sambung cite, semalam g butik Sincerely By Us lagi, sebab nak beli kek. Sebenarnya alasan je nak beli kek bagitau husband, tujuan utama nak g beli benda alah ni lah. Dah addicted nak menDIY lagi. Pastu g Giant terjumpa plak box ni, cam tahu2 je nak beli terus ada depan mata. 

Kali ni beli 4jenis charm, Eiffel Tower 3D, Owl, Guitar, dan Love. Love tu paling besar dan paling mahal. Eh mahal pon tak sampai 5ringgit pon. So balik2 kira dapat 40 charm kali ni, time nak beli tak tengok pon setiap paket ada berapa charm, main ambik je. Rupanya ada 10 setiap paket. Tapi jarum peniti tu ada 20 je satu paket. Nampak gaya ada lagi alasan nak serbu butik tu lagi. Hehe. Ni kat bawah ni butik ni yang jual barang DIY untuk pin tudung tu, The Wind Fairy, boleh bukak instagram dia untuk tengok koleksi pin yang dia jual.




Sincerely By Us (SBU) Butik tu vendor butik kat Alam Avenue 2 Shah Alam. Macam2 barang yang ada kat SBU dari macam2 online shop. Kek pon ada, sedap plak tu kek dia, anak saya suka sangat. Eh okay dah lari tajuk ni.

Bawah ni gambar charm yang saya beli semalam. Owl dan Guitar tu kecik je, dan murah la sebab kecik.

Charm Comels

Saya tak pasang2 lagi semua pin dan charm tu, tengah mencari ilham nak buat benda lain lagi. Ingat nak buat hp plug ni, tapi kat SBU rasanya tak de jual benda tu. Huuuu. Tengoklah camana nanti.

Handphone Pluggy

Okaylah, saya tengah kumpul2 hadiah untuk buat give away ni, doakan saya dipermudahkan urusan ok! kalau saya bagi pin tudung ni je pon harap ramai la join, benda murah je pon, kecik plak tu, rasa serba salah pulak nak bagi. Huhuhu.

*tarikh untuk GA tak pasti lagi, sekarang agak busy, insyaAllah soon ya! ;)