My Friends!

Friday, February 27, 2015

Cuti CNY : Adik Kawen

As salam semua.

Okay terlebih rajin ni entry ke 2 hari ni. Saje nak story dan tepek gambar kat sini, kenangan adik saya kawen time cuti CNY hari tu.

Mula2 nya saya dan husband memang serba salah nak balik ke tidak cuti CNY (atas sebab2 tertentu), tapi Allah permudahkan jalan. Memang dalam hati nak sangat2 balik. Alhamdulillah, apa yang saya set dalam kepala, yang saya fikir, itulah yang saya dapat. Dapat jugak balik!

Perancangan Allah memang tepat pada masanya, tak tercapai akal kita untuk fikir. Camni kisahnya boleh balik tu. Adik ipar saya beli kereta baru. Right on time setel urusan loan semua, kereta keluar sedang2 elok time kami nak balik kampung.

Awal2nya dulu (sebelum decide confirm balik kg) ingatkan kereta dia setel seminggu awal so husband akan balik antakan dengan kawan dia je, then tiba2 Allah bagi rezeki urusan kereta dia delay sikit. Ada hikmah nya kan. So kami balik kampong naik kereta baru. Wohooo. Takde plak gambar keta nak letak kat sini. Heheh.

Majlis adik saya tu berjalan lancar Alhamdulillah pada hari jumaat 20 Feb. 



Iqbal la orang paling happy dapat balik kampong. Main kambing lah, kucing lah sampai lembik kucing tu dia dok bawak kesana sini. Btw nama kucing iqbal tu Bibah. Hahahaha. Klasik molep nama pon adik ipar yang bagi. Bila iqbal sebut bibah bibah memang kiut gilerr.




Time bekwoh tu ada 4orang kawan saya datang jugak. Thank you untuk kawan2 yang sudi datang (macamla diorang baca kan haha).



Jubah saya pakai kaler pink tu beli 2 hari sebelum majlis. Mula2 plan nak beli jubah Bella Ammara, then kalut2 nak balik tak sempat nak ke Bella Ammara (sebab dia tutup kul6 petang). Takde rezeki so balik kampong ke Zawara lah kita dekat area Tesco Kota Bharu. Dah usha2 sehari sebelum tu kat instagram dia (@zawara) jubah apa yang lawa. Memang dah set lam kepala nak beli jubah balqis ni, nasib pegi ada lagi stok jubah ni. Saya beli Size M, Tall punya. Ni 2nd time saya beli kat Zawara, sebelum ni beli Sara Dress untuk raya last year. Lawa jugak.

Btw balqis jubah ni hanya RM129 sebab promo. Murah sangat kottt sebab memang jubah dia cantik, selesa, besar, kain jenis berat, cutting lawa, tebal, labuh. Hihi melampau puji sebab memang puas hati sangat2 beli jubah ni.

Okay lah setakat ni dulu, sape berkenan jubah tu boleh usha2 Zawara ok, rasanya kalau Zawara KB memang ada lagi stok. Byee, as salam.

Testimoni Ostematrik Shaklee

As salam semua.

Alhamdulillah berkat hari Jumaat happy dapat customer feedback yang makin sihat lepas consume Ostematrik.

Testimoni Ostematrik Shaklee
Customer ni beli ostematrik untuk husband dia. Memang selalu orang yang consume ostematrik akan rasa perubahan best ni. Bangun pagi memang rasa segar tak ngantuk. Bonus nya lawas je senang nak membuang. Heheh.

Promo Ostematrik ada lagi tau, esok last!
Ready stock ada 4 botol lagi.
Sape cepat dia dapat.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee area Shah Alam, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

instagram.com/wawashaklee

Thursday, February 26, 2015

Rajin Kejap.

As salam semua.

Lama tak update blogggg... but saya masih disini, setia sebagai Shaklee Independent Distributor. Bisnes still jalan 24/7 cam biasa tau... Blog ni bila dah tinggal memang nak start balik agak susah kan. Sama juga macam saya punya thesis, bila dah stop untuk cuti CNY alamak nak start balik tu ya rabbi malas dia luarbiasa malas. Hihi. Alasan banyak kan.

Tak apa kena slow2 buat la ni, update blog once a day pon dah okay, kena usaha lagi. Tapi still Alhamdulillah ramai yang contact saya nak beli Shaklee lepas google jumpa my blog. Rezeki tak pernah salah alamat. Hihi.

Okay stop dulu for now. Nanti sambung lagi kalau rajin. Hihuuuu. Rindu sebenarnya nak update blog ni. Tapi selalu tertangguh. Today hentam sajelah update apa yang terlintas nak update. Hehehe.


*Gambar motivasi untuk diri sendiri.
*nanti nak update entry pasal denggi, sebab hari tu 2hari admit sebab denggi.

Sunday, February 1, 2015

Yeay Dapat Kad Birthday!!

As salam semua. Lama dah tak menulis kat sini. Sekarang more fokus kat instagram. Boleh follow @wawashaklee untuk dapat lebih info pasal shaklee. Kena lebih komited untuk update blog dan instagram sekaligus ni. Sebab dua2 sangat2 membantu untuk dapat customer. Alhamdulillah.

Ok2 melalut kelain, nak citer benda lain tadi. Happy sebab dapat kad besday dari nannyku kak Cery. Hihi. Ingatkan dah tak dapat. Jeles mulanya tengok mak shaklee ku dapat je besday sehari lepas saya. Saya 24, dia 25hb tapi dia dulu dapat (ni sebab posmen dia laju kot). Hihi tak kesah la janji dapat. Buat topup aura Jutawan tu.


Maka dah genaplah umur 30 tahun. Adesss bunyi macam dah tua. Mau kena telan vivix ni.

Okay jumpa lagi, daaaaa!