My Friends!

Friday, February 27, 2015

Cuti CNY : Adik Kawen

As salam semua.

Okay terlebih rajin ni entry ke 2 hari ni. Saje nak story dan tepek gambar kat sini, kenangan adik saya kawen time cuti CNY hari tu.

Mula2 nya saya dan husband memang serba salah nak balik ke tidak cuti CNY (atas sebab2 tertentu), tapi Allah permudahkan jalan. Memang dalam hati nak sangat2 balik. Alhamdulillah, apa yang saya set dalam kepala, yang saya fikir, itulah yang saya dapat. Dapat jugak balik!

Perancangan Allah memang tepat pada masanya, tak tercapai akal kita untuk fikir. Camni kisahnya boleh balik tu. Adik ipar saya beli kereta baru. Right on time setel urusan loan semua, kereta keluar sedang2 elok time kami nak balik kampung.

Awal2nya dulu (sebelum decide confirm balik kg) ingatkan kereta dia setel seminggu awal so husband akan balik antakan dengan kawan dia je, then tiba2 Allah bagi rezeki urusan kereta dia delay sikit. Ada hikmah nya kan. So kami balik kampong naik kereta baru. Wohooo. Takde plak gambar keta nak letak kat sini. Heheh.

Majlis adik saya tu berjalan lancar Alhamdulillah pada hari jumaat 20 Feb. 



Iqbal la orang paling happy dapat balik kampong. Main kambing lah, kucing lah sampai lembik kucing tu dia dok bawak kesana sini. Btw nama kucing iqbal tu Bibah. Hahahaha. Klasik molep nama pon adik ipar yang bagi. Bila iqbal sebut bibah bibah memang kiut gilerr.




Time bekwoh tu ada 4orang kawan saya datang jugak. Thank you untuk kawan2 yang sudi datang (macamla diorang baca kan haha).



Jubah saya pakai kaler pink tu beli 2 hari sebelum majlis. Mula2 plan nak beli jubah Bella Ammara, then kalut2 nak balik tak sempat nak ke Bella Ammara (sebab dia tutup kul6 petang). Takde rezeki so balik kampong ke Zawara lah kita dekat area Tesco Kota Bharu. Dah usha2 sehari sebelum tu kat instagram dia (@zawara) jubah apa yang lawa. Memang dah set lam kepala nak beli jubah balqis ni, nasib pegi ada lagi stok jubah ni. Saya beli Size M, Tall punya. Ni 2nd time saya beli kat Zawara, sebelum ni beli Sara Dress untuk raya last year. Lawa jugak.

Btw balqis jubah ni hanya RM129 sebab promo. Murah sangat kottt sebab memang jubah dia cantik, selesa, besar, kain jenis berat, cutting lawa, tebal, labuh. Hihi melampau puji sebab memang puas hati sangat2 beli jubah ni.

Okay lah setakat ni dulu, sape berkenan jubah tu boleh usha2 Zawara ok, rasanya kalau Zawara KB memang ada lagi stok. Byee, as salam.

No comments:

Post a Comment