My Friends!

Wednesday, December 17, 2014

Wallpaper Mr.DIY

As salam semua.

Saje nak share, semalam beli wallpaper kat MR.DIY, lama dah dok pikir nak beli tapi sebab rumah sewa je selalu hold dulu niat tu. Tapi semalam tahap wajib beli dah kot. Sebabnya adik dan kakak saya nak datang Shah Alam, bawak husband masing2. Malu rasa tengok rumah penuh dengan hasil seni anak teruna. Huhu. So kitorang laki bini decide nak tampal wallpaper je senang. Nak cat leceh sangat.

So kitorang pon jalankan misi mencari wallpaper kat MR.DIY. Awalnya ke MR.DIY kat Seksyen 18 Shah Alam, MR.DIY yang baru buka kat Shah Alam ni. Dulu situ kedai perabot. MR.DIY Seksyen 18 ni betul2 tepi Ole-Ole. Orang Shah Alam mesti tahu punya. So pegi la MR.DIY tu mencuba nasib dengan harapan menggunung ada banyak stok wallpaper ni. Tapi rupanya tak banyak yang ada. 1 pattern ada beberapa gulung je. Tak cukup sebab feature wall kitorang agak besar. Paling kurang 20 gulung semua yang size 45cm x 2meter = RM3.30.

So mula nya ingat nak pasrah gitu je, tapi husband bagi cadangan ke Plaza Alam Sentral. Situ ada MR.DIY, lama dah tak ke sana. Cari punya cari, ingatkan takde jual kt diy situ sebab round2 tak jumpa, rupanya ada dia longgok kat depan banyak2. Wahhhhh, banyakk sangat ada. Teruja sampai rambang mata nak pilih yang mana. Semua lawa2. Last2 pilih yang design kat bawah ni je sebab banyak stok dia ada. Yang lain rasa tak cukup 20 gulung. So beli 20 gulung tu. 


Cantik tak lepas pasang? Hihi ni kamera kurang lighting. Memang kaler dia saya suka sebab combine 3kaler takla over or serabut tengok. Husband nak yang ada kaler hijau, so okay la sebab memang ada kaler hijau. Berpeluh2 pasang wallpaper ni. Dahla takde tangga, main lapik2 kerusi gitu je panjat. Hihi. Husband yang panjat, saya pembantu je.

Memang puas hati la. Kalau tahu lawa dan murah gini dah lama kitorang beli wallpaper ni. Hihi. So next project bolehla nak tampal kat bilik pulak ke.

So korang yang dok umah sewa cam saya, boleh la beli wallpaper cam ni. Tak rugi sebab murah, dan cantik.