Unordered List

My Friends!

Monday, January 23, 2017

HIKMAH YANG SELALU GAGAL DICARI

As salam semua.

Lama tak update blog. Hari ni nak story something pasal hikmah. Baca sampai habis ye.

Pagi tadi, masa suami nak pergi kerja, dia mengamuk (bukan amuk baling barang), dengan suara kuat dia panggil saya tengok apa yang jadi. Rupanya ada kucing terperangkap dalam kereta sejak semalam, lagi best dia dah berak dan kencing dalam kereta!

Allah, geram tak tahu nak cakap camana. Nasib baik hidung saya tersumbat memang tak bau apa. Cari2 najis kucing ada 2 tompok kat area alas kaki belakang kereta. Banyak pula tu 2 tompok, eeuwww.

Actually kucing yang berak tu bukan kucing kami bela, tu kucing orang buang pastu datang sini buat macam rumah sendiri tak tahu malu. Haha. Semalam husband keluar, pastu time dia balik tu dia bukak banyak pintu sebab nak keluarkan barang. Dia memang tak perasan time mana kucing tu masuk dan dia tutup jelah pintu macam biasa.

So sambung lagi, bahagian seat depan tepi pemandu nampak ada kesan tompokan basah air kencing dia. Alas lapik kaki sebelah belakang terpaksa diangkat untuk dicuci. Memang sakit hati betul lah pagi tadi. Tapi sempat cakap sabar2 kat suami sebab dia memang geram sangat. Bayangkan sepanjang dia pergi kerja pagi tadi ditemani bau-bauan semerbak tu. Korang boleh imagine? Haha jangan muntah pulak ok.

Ok, nak dijadikan cerita, saya lah orang yang dipertanggungjawabkan untuk membasuh alas kaki tu tadi. Huhu. So saya angkatlah nak basuh kat paip belakang rumah. Tengah saya syok menyental tu, ada LIPAN suddenly datang naik atas alas kaki tu. Tak tahu from where tapi saya syak mungkin datang dari alas kaki tu.

Sebelum tu tak pernah lagi ada lipan area belakang rumah ni. Memang saya syak dari alas kaki tu. Terkejut saya terus melaung suruh anak ambilkan ridsect. Nasib sempat sembur lipan tu dan mati terus. Berdebar betul even lipan tu kecil je tapi yelah bahaya jugak kan.

Itulah hikmah yang saya cakap selalu gagal dicari. Tapi kali ni saya jumpa hikmah tu depan mata. Kalau lah kucing tu tak masuk kereta, tak berak atas alas kaki, mau lipan tu masih ada dalam kereta LAGI BAHAYA! Dahla anak saya yang selalu dok seat belakang. Allah seram pula rasa.

Dan walau sekalipon lipan tu bukan datang dari alas kaki, still saya bersyukur lipan tu keluar time saya tengah menyental alas kaki tu. Kalau saya takada kat belakang time tu mungkin lipan tu ada potensi untuk masuk rumah. Nauzubillah mohon jauh kan lah ya Allah.

Alhamdulillah walau terasa sakit hati kucing berak, tapi hikmah dah nampak so kurang sikit sakit hati nya tu. Allah dah buat yang terbaik untuk kami sekeluarga hari ni. Terima kasih Allah.

Kesimpulan dia, bila berlaku musibah, cuba perhati dan lihat perkara yang akan terjadi lepas tu. Mungkin dari situ korang dapat jumpa HIKMAH YANG SELALU GAGAL DICARI tu.

Sekian.
Hati2 semua terutamanya sekarang musim hujan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...