As salam semua.
Hari ni terasa nak share tips tradisional untuk hilangkan jerawat besar atau jerawat batu. Sebabnya lately banyak pulak jerawat besar2 naik kat dahi, sakit pulak tu, lama juga nak surut, time solat nak2 time sujud oh seksanya. Ni kes saya sendiri malas cuci muka sebelum tido, padan muka sendiri huhuk. Memang penting sangat2 selalu cuci muka, dan jangan dok gatal tangan selalu sentuh muka, nak2 kat tempat berjerawat. Tapi saya ni jenis tangan xdok diam, selalu je sentuh muka dengan tangan yang berbakteria. So tadi saje google2 cara untuk hilangkan jerawat batu, dan jumpa petua kat bawah ni, meh baca dan boleh cuba.
Jerawat Besar kat Dahi, Sakit! |
Cara Hilangkan Jerawat Batu@Besar
Ambil telur putih sahaja, masukkan telur putih dalam bekas kecil. Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil, sapukan telur itu di kapas. letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur. Hasilnya, jerawat itu akan melekat di kapas itu. (Kena cuba dulu baru tahu betol ke tidak jerawat tu lekat kat kapas tu).
Cara Hilangkan Jerawat Halus
Untuk mengatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.
Menghilangkan Jerawat & bekas jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus. (Aci tak kalau pakai krim kunyit je, hehe, ni kes malasla ni)
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu. (Yang ni time ingat buat juga, tapi banyak time tak ingat dari ingat)
Petua 6 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu
Masker Telur |
Sape2 ada jerawat dan parut bolehlah cuba petua diatas ya. Saya pon kalau rajin nak buat juga, yang telur tu rasa cam nak buat experiment lekat ke tidak jerawat kat kapas. Tak boleh nak imagine lagi, hehe. Sumber asal petua2 ni saya tak pasti dari mana, tadi google jer jumpa ada orang share.
Selamat mencuba!
(Masker alfalfa, vitamin C pon best untuk kecutkan jerawat, lama dah tak buat ni, sebab malas punya pasal, bila jerawat besar2 naik baru kalut.huhu)
No comments:
Post a Comment