My Friends!

Thursday, October 23, 2014

Yoyo Car

As salam semua.

Semenjak dua menjak ni suka Sangat update entry time2 ni (means malam sebelum tido). Kes siang hari tak de idea, malam dok tilik2 gambar baru dapat ilham. Time ni free dah santai2 sebelum tido sambil layan iqbal. Tapi jenuh berebut tangan la nak taip 1 entry. Dia suka sangat tarik tangan kalau tengok ibu main phone. Adegan tarik2 dulu sebelum boleh abes tulis ni. (Ni baru lepas adegan tarik menarik diakhiri iqbal minum air then ngadap tab)

Okay berbalik pada tajuk entry, korang pernah dengar ke YOYO CAR? Ke dah pernah main? Ni kes terjebak beli benda ni sebab hari tu g umah nenek kat jengka sepupu ada dok main kereta ni kat rumah nenek tu, baru beli jugak. Iqbal pon mainla round dalam rumah, jakun kejap sebab tak pernah naik. Nak2 umah mok (saya panggil mok kat nenek saya) lantai mozek so licin bestla gerak2.

Yoyo Car / Swing Car
Kat atas ni la rupa yoyo car tu. Stereng depan tu bole pusing 360 darjah. Boleh tampung berat sehingga 80kg so orang dewasa pon boleh naik. Sebab tu saya selalu bonceng ngan iqbal naik keta ni. Hahaha.

Iqbal dan Yoyo Car
Kat mana saya beli? Jenuh jugak mencari kedai jual sebab g cari time kedai semua tutup, lepas maghrib. Sebab time nak beli tu, nak time2 tu jugak. So ronda2 kedai basikal budak ada je jual tapi design dia lain sikit, lagi nampak cam budak2 sebab kalerful. Kami tak nak yang design gitu sebab takut tak berapa kukuh. So gigihla mencari, 2-3hari jugak cari. Last2 hubby kata kawan office dia bagitau ada jual kat Seksyen 23, kat kedai area AEON Big kat situ. So hubby pegi situ beli RM79.

Ada je yang jual lagi murah tapi kebanyakan kena beli online kena pos. Kami yang jenis tak sabar ni tak sanggup le nak tunggu 2-3hari. Haha. Ada juga orang jual kat Pasar Tani Stadium Shah Alam setiap pagi ahad tu, tapi tak boleh nak tunggu ikhtiar juga cari kedai yang jual. Dannnn, hari tu g Mr.DIY rupanya ada jugak jual kat situ. Jenuh cari kalau tahu g je Mr.DIY. huhuhuhu.

So far iqbal happy main, hari2 dia ajak ibu dia bonceng sama. Free2 ibu exercise sejak benda ni ada. Peluh2 jugakla lenguh kaki nak kayuh, sabar jelah.

Oklah, setakat ni dulu, taip sambil berebut ngan iqbal. Kalau tak lagi panjang kot entry ni. :p

No comments:

Post a Comment