As salam semua.
Malam ni boleh santai2 sempena esok cuti raya deepavali. Selamat bercuti sakan untuk budak sekolah dan cikgu cikgi yang cuti sampai weekend, bestnya. Dah start bunyi mercun dah ni kebaboom disana sini siap terkejut pon ada dah ni. Nasib baik tak tido lagi. Tunggu lepas kol12 baru boleh tido lena malam ni kot.
Okay dah lari dari tajuk asal ni. Saje nak share cara saya buat infused water. Dah lama juga amalkan ni, rasa tak lengkap kalau tak minum. Dan semestinya buah yang wajib ada adalah lemon! Memang kena minum jugak kalau tak memang tak senang duduk, addicted dah ni.
Infused Water : Lemon |
Lemon yang paling basic la bagi saya. Sekarang dah tambah kiwi dan limau nipis. Lagi best rasa dia bila tambah madu or performance drink shaklee untuk bagi rasa sikit. Atas selera masing2. Saya letak madu sekarang ni sebab baru restock madu 2botol. Performance drink saya minum dengan cinch tea.
Infused Water : Lemon + Kiwi + Performance Drink Shaklee |
Dan bawah ni latest tadi malas nak kupas kiwi, letak limau nipis, lemon dan madu sikit. Memang terbaiklah!
Infused Water : Lemon + Limau Nipis + Madu |
Dah try letak timun, tapi rasa tak rasi dengan tekak, so timun letak tepi dulu. Korang pon boleh try and error k, kalau rasa tak best tak boleh telan tukar guna buah lain pulak. Kalau tak sedap tak habis membazir jugak kan, better buat guna buah favourite korang. Sebab tujuan asalnya nak suruh kita minum air masak je 2-3liter sehari. Tambah buah lagi berkhasiat dan jadi best so takdelah rasa kosong sangat air yang kita kena telan.
Oh, lupa, nak sharing cerita iqbal my son ni, hari tu buat infused water letak atas meja makan sebelum minum. Saya kat dapur, dia masuk dapur 2 kali amik air masak. Ingat kan dia minum, rupanya dia tuang dalam infused water sampai penuh hampir tumpah. Yang tu okay lagila, time saya nak minum, saya kacau2 sikit, tengok kat bawah tu disebalik kiwi ada buah bulat sebiji. Dah pelik time tu, belek2 tengok rupanya buah DUKU seketul ada dalam air tu! Hahahaha. Dengan kulit2 nya sekali tanpa dikupas. Adoilah anak, time tu saya kompius nak marah ke nak gelak. Last2 tergelak je tengok muka dia buat dekkk je takut kena marah. Macam2 sungguh. Hehe.
Okaylah tu je nak share. Selamat Hari Deepavali untuk yang meraikan.
No comments:
Post a Comment