Tips: PETUA HILANGKAN JERAGAT
Petua tradisional hilangkan jeragat. Selain rawatan moden, masalah jeragat juga boleh diatasi dengan petua tradisional. Berikut beberapa petua tradisional yang boleh anda cuba! Meh kita sama2 cuba. Yang takde jeragat pon boleh je cuba, baik untuk kulit.
Sirih Muda
- Sediakan beberapa sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Putih Telur
- Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan lekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci sehingga bersih.
Hampas Kelapa
- Gosokkan hampas kelapa di seluruh muka anda. Biarkan selama 14 minit. Amalkan selalu. Selain untuk hilangkan jeragat, kulit muka akan halus gebu.
Betik, Beras dan Kayu manis
- Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah kembang, tumbuk atau kisar dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Kemudian sapukan ke seluruh muka, biarkan ia kering hingga 20 minit.
PERHATIAN!
Jika anda malas untuk mengamalkan Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat, Boleh juga cuba Petua Moden Hilangkan Jeragat iaitu dengan mengambil Collagen Powder Shaklee.
No comments:
Post a Comment