My Friends!

Tuesday, June 24, 2014

Motivasi Shaklee

Assalamualaikum semua...

Semalam saya attend kelas Shaklee bawah empire Master Laila, kat De Palma Hotel Seksyen 19 Shah Alam. Kebetulan ada buat kat Shah Alam, apa lagi, jangan lepaskan peluang best ni. Bukan selalu boleh jumpa Master2 hebat ni, Master Zura Betty pon datang all the way from Johor.

Banyak sangat dapat motivasi semalam, rasa macam nak jadi katak pekak sungguh2 haha. Taklah 100% pekak, just pekak telinga untuk komen2 negatif je, supaya hidup dalam dunia yang penuh cas2 positive, barulah bahagia gembira.

Semalam ada sharing pasal macam mana nak start bisnes shaklee ni, cara kira bonus, cara kira nak dapat car bonus dan point untuk conference. Dan kepentingan Vision Board dan TULIS 99 IMPIAN kita atas kertas. Kenapa perlu tulis? Supaya impian tu tak terbang ditiup angin, haha... Supaya impian tu kita selalu tengok dan ingat akan matlamat kita nak berjaya, sebagai push factor. Push factor ni sangat2 penting, korang nak berjaya kenapa, untuk siapa, tapi lastly mesti kembali kan semuanya buat iklas utk Allah, Lillahitaala. Cuma yang penting, kena tulis semua impian tu, tampal kat dinding, tengok hari2. Saya dah buat vision board, cuma 99 impian baru buat semalam dan belum complete. InsyaAllah akan completekan secepat mungkin.


Target untuk sekarang, nak naik Coordinator, nak dapatkan car bonus, dan collect point sebanyak mungkin untuk ke Italy next year! InsyaAllah, kena tulis besar2, dan usaha untuk capai. I CAN DO IT!