My Friends!

Tuesday, June 24, 2014

Radiusite Customer Appreciation Day


Assalamualaikum

Weekend last week Radiusite kat Shah Alam ada buat Sale sempena 5 tahun Radiusite. So sebab saya duduk area dekat je dengan radiusite, saya tak lepaskan peluang untuk join sekali shopping time murah ni, haha...alasan je kan. Tapikan ya ampunnn, ramai gila beratur sampai keluar time nak masuk radiusite masa hari sabtu tu, kalah butik pareeda dah ni. saya pergi tengahari, beratur adalah sejam kot nak masuk. Sempat grab analily 3 helai rm120 sebab memang cari instant hijab. Tapikan shawl radiusite lawa2 kaler smua macam lollypop dia punya colourful tu. Nasib ditetapkan iman tak grab semua. hihi.

Memang dugaan sebab duduk area dekat dengan Jakel Seksyen 7 ni, semua kedai tudung ada kat sini yang glamer2. Cuma Alhumaira Contemporary tak ada kat sini, hopefully diorang tergerak hati nak buka butik kat sini. hehe. Dreemika, Sugarscarf, Qaira Hijab, Zawara, Calaqisya, Rina Salleh, Pearl Haya, dan banyak lagilah semua ada kat sini. Pokai kalau tiap2 minggu diorang gilir buat sale. haha. Satu lagi area baru nak naik kat Alam Avenue area Padang Jawa. Butik2 semua baru nak buat grand opening. Shawl By Vsnow rasanya minggu ni nak rasmikan. warghhh.....lama dah usha2 tudung dia....kena pujuk hubby la nak pergi ni, cakap konon2 nak tengok2 je. haha.

No comments:

Post a Comment