My Friends!

Showing posts with label B-complex. Show all posts
Showing posts with label B-complex. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

As salam semua. Hari ni nak share berkenaan rambut gugur. Saya pon pernah alami masalah sama dulu, rambut teruk sangat gugur sampai rasa nipis dah rambut nya. huhu. Lepas bersalinlah memang ketara sangat, rambut penuh atas lantai dan bilik air. Saya dapat solution dengan start consume Zinc dan guna Syampoo Prosante Purifying (yang lain2 B complex, Vitalea, ESP memang dah consume). Memang menjadi Alhamdulillah. Tapi kena sabar sebab rambut baru tak tumbuh sekelip mata. Berbulan2 baru nampak kesannya kalau istiqomah. Meh kita tengok apa punca rambut gugur dan cara untuk atasinya.

Ape penyebab terjadinya masalah rambut ni?


Banyak jugak faktor-faktornya. Antaranya;
  • Mengandung
  • Bersalin
  • Menyusukan bayi (3 point ini berkait rapat dengan hormon androgen)
  • Tekanan ditempat kerja atau dirumah
  • Pengambilan ubat ubatan
  • Kurangnya nutrisi seperti zat besi dan zinc
  • Menghidap penyakit tiroid
  • Ketidak seimbangan hormon

9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:


1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah rambut gugur?

  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Rawatan rambut gugur bersama vitamin Shaklee:

  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc, B-Complex dan Vita-Lea (multivitamin).
  1. ZINC COMPLEX - Untuk membantu kesihatan rambut rosak, rapuh dan bercabang
  2. B COMPLEX - Untuk masalah peredaran darah terutamanya dibahagian kepala yang melibatkan rambut
  3. VITA LEA - Untuk masalah kekurangan zat besi
  4. ESP - Untuk masalah rambut rapuh dan bercabang
  • Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik, iaitu Revitalizing Syampoo (untuk rambut gugur) / Purifying Syampoo (untuk rambut gugur, kelemumur, kulit kepala gatal2).
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set vitamin ini. Tapi jika anda ada kekangan bajet boleh dapatkan set bajet yang mengandungi Zinc, ESP dan Syampoo.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, September 26, 2014

Set Shaklee Untuk Student

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Pelajar

Shaklee ni bukan hanya untuk wanita dan lelaki tetapi juga sesuai juga untuk pelbagai lapisan masyarakat tak kira kanak2, orang tua mahupun pelajar.

So hari ni kita review set shaklee untuk pelajar ya. Since student degree/masters/phd baru je buka semester baru awal bulan Sept ni mesti ramai tercari2 supplement terbaik untuk kecergasan otak dan badan. (pelajar UiTM Shah Alam boleh dapatkan produk Shaklee dari saya!)

Set untuk Student ni sesuai untuk Student yang ada masalah berikut:
  • selalu rasa lemau 
  • selalu rasa mengantuk
  • susah bangun pagi
  • selalu rasa penat
  • kurang daya tumpuan
  • ingatan tak kuat
  • selalu sakit kepala
  • selalu rasa malas!
So jawapan terbaik untuk masalah2 student diatas tu, bolehla cuba supplement Shaklee ni untuk student. Saya dapat feedback yang baik dari student2 yang consume set ni, terutamanya kata mereka daya tumpuan meningkat.

Kat bawah ni senarai cadangan supplement untuk pelajar. Omega Guard - B Complex - Vitalea

Set Shaklee Untuk Pelajar

OmegaGuard (sebotol 90 biji, 3 biji sehari, untuk sebulan)

  • Omega Guard adalah sejenis minyak ikan terbaik yang boleh bantu mencerdaskan otak dan membuatkan pelajar lebih fokus.
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll.
  • EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.
  • Menurut satu sumber dari learningfundamental.com.au, 40% daripada pelajar yang ambil omega 3, menunjukkan peningkatan mendadak dalam pembelajaran, membaca, mengeja dan tingkahlaku.

B-Complex (sebotol ada 120 biji, 1 biji sehari, untuk 4bulan)

  • Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
  • Bcompleks bantu tukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga. So, ia akan bantu kurangkan rasa mengantuk setelah makan. Mata yang kuyu akan kembali segar. 
  • Selain itu, ia boleh kawal fungsi saraf dalam badan dan kurangkan stress. 

Vitalea (sebotol ada 120 biji, 2biji sehari, untuk 2bulan)

  • Seorang pelajar selalu makan tak tentu dan banyak skip nutrien penting dalam makanan seimbang. 
  • Maka, banyak vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan selalu tak cukup. 
  • Vitalea bantu pelajar cukupkan semua nutrien penting dalam badan. 
  • Vitalea ada 28 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan. 2 tablet sehari sudah cukup untuk mengembalikan tenaga kerana Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi iron yang bantu lancarkan edaran darah. Bila edaran darah lancar, kita akan jadi lebih cergas dan sihat.
Bagi student yang ada budget lebih, boleh tambah Ostematrik. Berminat untuk mencuba boleh hubungi saya ya!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Monday, September 15, 2014

Kurangkan Masalah Uban Dengan Shaklee

Okey rasa macam wajib share pasal uban ni dan search for more info. Nak tahu kenapa? Sebab saya ada uban dah, sobs... Tapi tak banyak, 2-3 camtu je dan tak nampak jelas pon. Sadis jugak ni, kena start amik supplement untuk kurangkan uban tu, tak nak nampak tua sebelum usia. uwaaaa! Okay sebelum tu jom kita baca dulu info general pasal uban ni.
---------------------------------

Bagaimana terjadinya uban?

Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Dibawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin, melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.
--------------------------------
Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban:

1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

**Dalam kes saya, bila direnung-renungkan, saya beruban atas faktor keturunan dan genetik.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.
-------------------------------
Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:

1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.

2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.

3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.
-------------------------------------
CARA ATASI MASALAH UBAN DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

1- B COMPLEX SHAKLEE.

Salah satu nya jika diperhatikan, kekurangan vitamin B amat dititik beratkan dalam masalah rambut beruban, Kenapa vitamin B, dan vitamin B yg bagaimana diperlukan?? sila la pilih vitamin B yg mengandungi 8 vitamin yg lengkap dengan biotin. kenapa biotin? B7 (Biotin) sangat berkait rapat dan penting untuk rambut. Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban.

Akibat dari kekurangan Biotin :
  • Rambut Gugur
  • Rambut kering dan Kasar
  • Rambut Kusam
Selain Biotin.. ada lagi 4 vitamin B di dalam B complex yg membantu dalam masalah rambut gugur dan Beruban.
  • Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur.
  • Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban.
  • Vitamin B12 (kobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.
  • Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.

2- ZINC 
  • Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur/uban sebelum waktunya.

3- ESP 
  • ESP mengandungi 9 ASID AMINO PENTING. 
  • Asid amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain. 
  • Selain itu, ESP juga membantu meremajakan kulit iaitu dengan merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dam mengurangkan kesan parut. 
  • Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda. 
  • Jadi Esp adalah pilihan terbaik untuk mereka yang NAK AWET MUDA.

4- VITALEA - ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
  • Menyediakan asas nutrisi
  • Memastikan sel hidup
  • Pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses pembesaran
  • Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
  • Menjaga kesihatan tiriod
-----------------------------------
So nampaknya saya kena continue balik consume B Complex dan Zinc. Dulu memang dah consume tapi bila masalah rambut gugur dah okay, saya stop 2 ni. Hihi. So kena konsisten balik. 2 produk ni murah je, dan tahan untuk 4bulan. Vitalea dan ESP memang saya consume hari2. Kalau ada bajet besar, boleh terus cuba VIVIX.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Tuesday, September 9, 2014

Cara Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti

Saya terjumpa gambar ni, lawa kan, penuh info berguna, so saya share, gambar ni dari Nutrisi Maya kalau saya tak silap. Sape2 ada masalah sering keletihan, susah nak tidur dan selalu stress boleh try B-complex Shaklee ni.

Cara Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti Dengan B-Complex Shaklee

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, August 1, 2014

Kekal Cantik Dengan 5 Vitamin

Salah satu dari beribu resolusi checklist utk kekal cantiknya adalah dgn mengamalkan pemakanan tambahan. Alahai, banyak sangat vitamin, perlu ambil dari A ke Z ke? Bagi saya jika anda seorang wanita yg prihatin dengan kesihatan dan kecantikan, pastikan yang 5 ini jangan ditinggalkan.

  • Protein Soya yang berkualiti tinggi
Berkualiti disini bermaksud protin tu mengandungi 9 asid amino perlu. sebab jika tak seimbang dan kurang salah satu asid amino perlu protin tu jadi tak lengkap dan tidak dapat digunakan dgn berkesan oleh badan. Tahukah anda kekurangan protin yang berpanjangan boleh menjurus kepada penyakit seperti anemia (kurang darah), buah pinggang, sakit berkaitan hati, kolestrol tinggi, tekanan darah rendah, paras gula rendah, sistem saraf yg tak stabil, luka lambat sembuh ,mudah sakit, letih, lesu...(Protein Shaklee (ESP) adalah non GMO soy : Ia dicuci dengan air, bukan dicuci dengan alkohol dan punya banyak khasiatnya. Shaklee menghasilkan ESP melalui proses pengewapan dengan suhu yang dikawal demi menjaga kualiti protien itu sendiri) 
  • Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
Fakta ringkas: Vitalea product pertama by Dr. Forest C. Shaklee. Ianya sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin)
  • Vitamin E
Akhir2 ini dizaman moden ni, kita terdedah dengan serangan radikal bebas didalam bdn kita hasil dari pencemaran asap, dan gaya hidup yang kurang sihat. Vitamin E mengurangkan risiko sakit jantung, cancer, simptom PMS dan menopause. Untuk memilih Vitamin E, pilihla yang mengandungi sekali selenium dan grape seed extract didalamnya kerana ia akan meningkatkan keberkesanan fungsi Vitamin E.
  • B-Complex
B complex yang lengkap kerana vitamin B amat2 perlu utk kekal bertenaga dan menghadapi stress. Vitamin B juga kritikal untuk anda yang ingin menumpukan perhatian, merawat kelesuan, depressi, berdebar2, gementar. Dan lagi satu, vitamin B mudah musnah jadi semestinya ia tidak cukup dari diet harian. Apa2 pun pastikan yang Vitamin B anda mengandungi at least 100% of the Daily Value of Biotin.
  • Sustained Release Vitamin C
Penghasilan vitamin C berkurangan dengan meningkatnya umur kita dan mudah musnah akibat stress.Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan, membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka, membina kolagen untuk kulit yang sihat, bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan, meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging. Pastikan Vitamin C pilihan anda adalah jenis sustain released yg bertindak mengikut pelepasan masa.
----------------------------------
Jika solat 5 waktu adalah makanan rohani kita... maka 5 supplemen di atas adalah makanan jasmani (makanan tambahan) kita.... tak perlu gi inject2 botox/kolagen....

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Saturday, July 12, 2014

Kepentingan Acid Folic

Kali ni saya nak kongsikan kepentingan asid folik sebelum dan semasa mengandung. Harus di ingat ya folik asid bukan ubat ajaib untuk kesuburan tetapi membantu untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.

Apa itu ASID FOLIK?
  • Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
  • Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.
Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti:
  • Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  • Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk (anecephaly/encephalocele).
2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  • Sumbing lelangit (cleft palate)
  • Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  • Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  • Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4) Menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
  • Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung.
  • Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.
  • Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain
Jalan mudah, telan je B COMPLEX SHAKLEE yg lengkap dengan Acid Folic. Selamat dan Berkesan insyaAllah.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, May 28, 2014

Testimoni Set Hamil, Berpantang & Menyusu

Wah teruja dengan testimoni fresh ni diambil dari Shaklee Golden Lounge....
Meh baca apa kata customer ni..........

-----------------------------------
[ Testimoni Hamil, Pantang, Menyusu anak ke-3 ]

Assalamuaikum warga SGL

Harini nak share my own testimonial consuming Shaklee sepanjang tempoh hamil, berpantang & menyusu anak yg ke3
Asalnya consuming Full set Hamil Shaklee..tapi dapat pula bonus lain rezekii hehe

Sepanjang tempoh hamil Eyda memang konsisten consume Set Hamil Shaklee.Ini yang Eyda ambil :

  • Vitalea
  • Bcomplex
  • Vita c SR
  • ESP
  • Ostematrix
  • Omega Guard (Bulan ke5 Hamil)
Alhamdulillah sangat2 best consume Set Kehamilan ni..apa yang best?
  • Rasa Bertenaga
  • Sembelit memang langsung xde..Lawas je
  • Berat tak naik mendadak
  • Hb alhamdulillah ok (sekali je drop) tp lepastu dah ok balik.
  • Kaki xcramp malam2
After dah bersalin (23/4/2014) Eyda teruskan lagi pengambilan supplement2 di atas..cuma add on produk utk Set Pantang, & Breastfeeding :
  • Zinc Complex (terus ambil after bersalin)
  • Alfalfa complex (Hari ke7 pantang start ambil)
  • Lecithin (Hari ke15 pantang)
Yang ni part paling BEST! Pantang tapi tak rasa macam berpantang. Sebabnyaa......
  • Sejurus after bersalin eyda ambil Esp + Ostematrix nak kasi hilang lenguh2 badan + tambah tenaga (memang berkesan)
  • Luka cepat sembuh (hari ke7 pantang nurse datang cek luka dah kering)
  • BABY GEBU + PUTIH(Sampaikan nurse & doctor pun tegur)
  • Susu badan banyak
  • Baby langsung xkena jaundis
  • Badan rasa segar
  • Takde sakit urat 
  • Rahim cepat mengecut (bidan yang cakap masa datang urut)
  • langsung tak sembelit (lawas sokmo)
  • Cergas sokmo sebab rasa sihat tak macam lepas bersalin
+ dapat bonus lain Ramai yang tegur kulit muka nampak cerah + flawless (saya memang jenis xsuke makeup..memang natural face gituje :)) Mule2 tak caya orang cakap sampailah che suami tegur 2,3hari lepas cakap nampak lain muka

Alhamdulillah..rezki Allah beri pada saya masa mengandungkan ank ke3 ini dapat consume Shaklee..Now memang ternyata Shaklee memang BERKESAN


Tq Allah Tq Shaklee
---------------------------------------------
besttt kan bila amik shaklee utk tujuan lain, tp dpt benefit yg lebih2 lagi....berbaloi....
Tq Puan Eyda for sharing...so mommy2 gojes semua, buatlah pilihan bijak ya demi kesihatan anda dan baby!! hopefully your pregnancy and breastfeeding journey smooth cam puan Eyda, insyaAllah.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Tuesday, May 6, 2014

Kebaikan B Complex untuk ibu menyusu

B for BEAUTY....B Complex termasuk dalam set kecantikan Shaklee. Mengapa B complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik dan berseri? Pasti ada yang tertanya2...jom baca fakta2 ni, Kebaikan B Complex untuk ibu menyusu dan juga utk kecantikan.

Antaranya :-

1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.

2. Vitamin B membantu sebagai penenang. Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting. Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.

3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.

Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...


Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex. Kepentingan B complex ialah :
  • Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.
  • Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.
  • Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.
  • Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex.Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.
  • Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.
  • Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.
  • Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.
Dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B complex dalam set tu.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Thursday, April 24, 2014

B for BEAUTY

Kalau org yg nk jaga kulit dan awet muda wajib amik vitamin B Complex.
Kenapa ye??
Hebat sgt ke B Complex ni??

Yes..B Complex mmg hebat cuma ramai yg memandang remeh pengambilan B Complex berbanding vitamin2 lain seperti vitamin C dan vitamin E..

B complex, vitamin E dan vitamin C semua ade kelebihan sendiri, lebih nye b complex ⇨ anti stress, membantu melindungi kulit dari pancaran matahari, melancarkan perjalanan darah..

1) Anti Stress
  • Bila kita stress urat2 muka kita bekerja lbh kuat berbanding urat2 ketika kita senyum.
  • Dan bila stress kita cenderung mengerutkan muka.
  • Kerutan2 stress tu boleh menyebabkan kedut2 pada wajah.
2) Membantu melindungi kulit dr pancaran matahari
  • Slh satu punca kulit kusam adalah terlalu byk terdedah pd mentari. 
  • Kulit kalau kusam mmg mengambil masa utk dipulihkan.
  • Pengambilan b complex sememangnya langkah bijak. 
  • Lebih b-complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana b-complex bertanggungjawab sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'.
3) Melancarkan perjalanan darah
  • Anda semua tentu tahu kan perjalanan darah yg baik menampakkan wajah lbh muda.
  • Sebab tu la kalau kita buat facial, dia end up treatment dgn facial massage sbb dia nk stimulate kita punya blood circulation.
  • Perjalanan darah yg baik membantu kita kelihatan lbh muda dan menghilangkan tekanan pd bdn dan wajah.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Tuesday, March 11, 2014

Set Kecantikan Shaklee

~Set Kulit Cantik Shaklee~



Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok......
-----------------------------------------------
~VITAMIN E~
>>Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
• Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
• Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
• Menjaga kelembapan kulit
• Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
-----------------------------------------------
~VITAMIN C SUSTAINED RELEASE~
>>Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
• Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
• Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
• Mencerahkan kulit
-----------------------------------------------
~B COMPLEX~
>>Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
• Sebagai pelembap
• Mencegah pigmentasi
• Melambatkan tanda penuaan
• Mengubati jerawat
-----------------------------------------------

Set Kecantikan Shaklee
>>Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
• Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
• Mencegah penuaan
• Menjadikan kulit lebih kenyal
• Mencerahkan kulit
• Menjaga kulit dari sinaran UV
• Mengurangkan parut jerawat
• Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
• Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
• Menjadikan wajah lebih berseri

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, September 13, 2013

Selalu Penat - Supplement Untuk Tambah Tenaga

Ada yang tanya ada x supplemet shaklee untuk tambah tenaga? untuk yang selalu kerja kena guna tenaga banyak, balik rumah selau letih. jawapannya mestilah ada, hehe sebab saya sendiri dah cuba. walaupon sy belum bekerja dan xtahu bagaimana rasa penat bekerja tp sbb sy ada anak, so sy lalui jugakla rasa penat tu hari2.

Disini saya kongsikan vitamin terbaik utk pastikan badan sentiasa energetic everyday yang saya consume sehingga sekarang.

Ni semua vitamin untuk set lengkap kesihatan optimum

Kenapa perlukan Vita-Lea (Multivitamin & Multimineral)?

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Kenapa perlukan B-Complex?

  • Menukar makanan kepada tenaga.
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut
  • Mencegah perlcche iaitu kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah, nafas berbau.
  • Meredakan Alahan

Kenapa perlukan Vitamin C?


  • Merangsang pembentukan Kolagen
  • Memperbaiki simptom pendarahan
  • Peningkatan Sistem Imun
  • Memerangi Kanser
  • Mencantikkan Kulit
  • Memperbaiki Insomnia, stress dan keresahan
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat.
  • Disamping itu Vita-C dapat membantu penyerapan iron yang ada dalam Vita-Lea.
Saya cadangkan anda mencuba tiga vitamin ini dahulu tetapi sekiranya ada budget lebih boleh ambil ESP dan Ostematrik untuk hasil yang optimum.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Thursday, September 12, 2013

Vitamin Shaklee Untuk Tambah Berat Badan

GEMUK DENGAN SHAKLEE - SUPPLEMENT UNTUK TAMBAH SELERA MAKAN

Pernah dengar ada orang memerlukan vitamin untuk tambah berat badan? Selalunya orang yang nak kurus je kan tapi ada jugak sesetengah orang nak tambahkan berat badan, mungkin agak jarang didengar (jeles pulak kan dengan orang yang nak gemuk, hihi).

Ada beberapa punca yang menyebabkan berat badan seseorang itu tidak bertambah. Antaranya adalah:
  • Makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien di buang begitu sahaja dengan sia-sia. 
  • Pengambilan makanan yang sedikit (makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja. 
So di bawah ni adalah beberapa supplement dan vitamin yang boleh diambil. Jika rasa badan tu melayang layang di tiup angin, cuba try set ini.

Set Tambah Berat Badan Shaklee
1. Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplemen penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga. 

2. B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan 

3. Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening. 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, September 11, 2013

Vitamin Shaklee Untuk Senggugut

Apa itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea (Satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang di alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan di alami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


Jika anda sering mengalami senggugut setiap kali datang period,saya cadangkan anda mencuba set PMS ini.


Bagaimana ketiga2 vitamin ini bertindak?


Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut. Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

2. Shaklee Ostematrix

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain. Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. Shaklee B-complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

Apa kata mereka yang dah mencuba?


Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan set kelegaan pms ini anda boleh hubungi saya melalui:

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.