My Friends!

Saturday, October 11, 2014

Ganung Kitee! White Sand Beach Resort.

As salam semua.

Hari ni g Ganung ada bekwoh (kenduri) kawen officemate husband. Kat area Marang, tepi jalan besar, dan yang paling best, tepi pantai!

Kami bermalam kat Chalet kat tepi rumah kawan husband tu je, White Sand Beach Resort. Cantik chalet ni, chalet kayu macam rumah sebiji2, ada tak sampai 10 buah chalet je kot. Tak banyak. Kawan2 office husband pon tido kat sini juga. So ramai2 baru best sikit, siap ada BBQ tadi, karaoke bagai. Meriah molep, dengan ombak meghempas pantainya.

Buat bbq area swimming pool, tapi tadi hujan pulak time makan tu, luckily dah kenyang time tu terus masuk bilik. Ni gara2 orang dok karaoke kot sampai hujan turun. Haha.

So ni lepak lam bilik sambil teman anak teruna tengok katun. Ok meh nak citer best tak resort ni. Best sebab ada swimming pool (xdelah besar sangat tapi dah puas hati sangat dah), bilik besar, ada 2katil besar, toilet bersih, ada peti sejuk, kettle dan aircond. RM150 untuk 1 malam. Tambah RM20 seorang untuk BBQ.

View Dari Chalet
Pantai kat sini tip top bersihnya. Xde sampah pon! Pasir sangat2 bersih, puas hati sungguh iqbal main petang tadi sampai tak nak naik! Lepas mandi pantai terus sambung mandi kat swimming pool pulak. Memang seronoklah dia. Ni 1st time dia mandi pantai. Huhu. Sebab kami laki bini jenis tak suka berjalan or travel saje2, dan tak suka gi pantai untuk berkelah. Sebab tu iqbal umur 3tahun stengah baru kenal pasir. Haha.

Pantai Cantik!
Tadi memang dia pijak pasir pon macam geli. Bila ajar baru dia okay pijak2 sambil lompat. Tengok air pantai pon jakun je. Haha. Bila ajak masuk air dia main sampai penuh pasir atas kepala. Tak kesah dah air masuk mata mulut. Hentam saje berendam. Dia lah yang paling bersungguh tadi main. Budak2 lain semua main pasir je tak mandi sangat.

Mandi kolam dengan papa
Dannnn cam biasalah, ramai yang ingat iqbal ni girl. Hahaha. Yakin2 je kawan husband cakap 'lasak mengalahkan laki'. Pasrah saje ibu dia sebab lebih dah 10orang cakap gitu. Balik shah alam mungkin kena potong rambut kasi botak. Huhu.

Okay to be continued kalau rajin. Hehe. Gambar upload lainkalila banyak2.

Happy iqbal
Selfie ibu anak