My Friends!

Sunday, October 26, 2014

Bojeng Baru

As salam semua.

Finally selepas berpuluh2 orang setiap kali jumpa ingat iqbal ni girl, tadi lepas kejadian kat Amanville (indoor playground) staff kat situ bagi stokin pink kat iqbal (tanpa ragu), kami decide untuk potong pendek rambut iqbal. Walaupon rasa berat hati, kugagahkan juaaa. Hehehe.

Ni gambar sebelum gunting. Amboi kain lapik tu gambarnya haha baru perasan. Iqbal okay je tapi dia geli bila gunting kena kulit dia, maybe sebab dah besar so dah behave dari dulu. Dulu kalau nak gunting siap nangis2 meraung bagai sampai kami malas nak bawak g kedai gunting. Redha gunting sendiri je senget benget pon. Ni kali ke 3 lah iqbal gunting rambut kat kedai sepanjang 3tahun setengah umurnya.

Dan kat bawah ni hasil akhirnya, ni gambar lepas mandi sebab tu nampak terpacak.

Takpe anak ibu tetap hensem cam ibu dia. Eh? :p (stail iqbal bila tersilap cakap).