My Friends!

Thursday, March 27, 2014

Advanced Joint Health Tablet untuk sendi yang sihat

Anda ada masalah sakit sendi??
Atau ibu bapa anda sering mengadu sakit-sakit dan bisa-bisa sendi?? 
Jom dapatkan Joint Health Tablet dari Shaklee produk khusus untuk kesihatan SENDI.

Bagaimanakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet (AJHT) memberi keselesaan dan kusyen kepada sendi kita?


Joint Health Tablet (AJHT) memberikan manfaat kepada send-sendi sihat dalam 3 cara:

(1) Menyokong keselesaan sendi. 
→Mempunyai kandungan ekstrak Boswellia, yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. 
→Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. 

→Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. 
→Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. 
→AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

(2) Bertindak sebagai kusyen. 
→Mempunyai kandungan ekstrak Jagung, yang membantu mengekalkan tulang rawan. 
→Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. 
→Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. 
→Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. 
→Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. 
→Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. 
→Malah, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

(3) Memelihara tisu penyambung yang sihat. 
→Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam kesihatan sendi. 
→Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain, yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.