My Friends!

Thursday, February 27, 2014

Hikmah Iqbal Demam - Officially Cerai Susu

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah iqbal sihat dah sepenuhnya, kejap je dia demam dan ada ulser lam mulut, sekarang back to normal routine. Ada hikmah besar rupanya dia demam, memang tak terjangka Allah bagi pertolongan di saat yang kita benar2 perlu. Sedikit sakit hanyalah ujian kecil tak ternilai dengan hikmah yang dapat.

Sebenarnya dah hampir setahun kot berkira2 nak cerai susu tapi tiap kali cuba rasa kesian sangat tengok iqbal nangis dan jerit2. So dah banyak kali hasrat tu terkubur je. Dia hanya BF time dok kat rumah, time kat rumah pengasuh minum S26 ok je xde nak nangis ke ape. Mungkin dah biasa kot.

Bila dia demam terus xnak BF sebab mulut dia sakit, makan minum semua xnak, punyelah susah nk bagi dia makan, huhu, kesian sangat tengok. Sebab dia dah makan banyak lately, bila dia xmakan jadi rasa pelik. Bila reject BF mula2 fikir mesti dah sembuh nanti sambung balik ni, so tak expect more la kan, lagipon susu dah xbanyak cam dulu, nanti kering mestila dia tak nak dengan sendiri kan.

Lepas tu ada gak dalam 2x sehari dia mintak "didi didi" (read susu) then try bagi dia terus geleng, tu time dia teringat kot. hehe. Lepas tu memang tiap kali dia teringat tu sy terus offer susu lam botol, Fresh Milk saya bg, Goodday, nasib baik rasa pon sedap jgak so dia minum.

Mula2 dah bancuh S26 tapi dia minum terus xnak macam xsedap. huhu. Tu yang kalut tnya kawan2 susu apa yg sesuai dan best utk bdak 3tahun. My fren lya suggest fresh milk, then cari la beli yg kecik dulu alhamdulillah 2x minum dah abes. So teruskan ngan fresh milk bg dalam botol susu MAM. Tapi dia still minum susu kotak Dutch Lady Kid yg 1-6 tahun tu jugak gilir2. Then kadang2 dia rembat susu Dutch Lady Full Cream ibu punyer. huhuhu. Xkesahla asal dia minum dan sihat.

Cumanya berak kerap sikit sejak 100% minum susu ni, mungkin nak biasakan dengan perot kot, (sedapkan hati sendiri). Dia xde nangis sakit perot pon, berak dalam 3x sehari, sebelom ni 1,2x je. Normal la kot, makan pon banyak, dan yg penting bkan berak kesat.

Alhamdulillah so far ok dan semuanya smooth, cuma malam2 bila tido langsung xnak susu, kalau tido siang abes gak sebotol dia minum time tido. Time malam sebelom tido minum susu sikit, then bangun pagi baru minum plak, nasib baik malam2 dia xjaga dan x nangis ahamdulillah.

Iqbal dah bsar nak masuk 3 tahun dah 14.4 ni, syukur dimurahkan rezeki dapat susukan dia smpai 2tahun 10 bulan. Fully BF hanya 2tahun, lepas tu dah start campor, time kat umh je lah BF nya.

Dulu time nak beranak, memang xde ilmu lgsung psl bf, siap beli susu Anmum sebelom bersalin standby, last2 susu tu buang je sbb iqbal dari kecik mmg xnak susu botol. Perancangan Allah hebat walaupon sy xde ilmu time tu, slowly sy blajar, dan dugaan bengkak susu lagila mencabar, dah hampir give up time tu, iqbal 5bulan. Berkat usaha alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee cuba sedaya upaya utk banyakkan susu balik. Tapi sy makan juga kurma sbb mmg menjadi utk boost susu. Pam dan direct feeding 2-3jam skali tu wajib, kalau x, makanla supplement berbotol2 pon susu tetap xkan byak.

Rules utk boost susu tu je kerap pam/direct feeding dan banyakkan minum air masak dan makan makanan berkhasiat. Yang penting kena rajin, sabar dan jangan cepat putus asa. Sebab susu xkan banyak dalam sekelip mata, slowly and gradually. Supplement tu salah satu usaha kita je, selebihnya kena rajin doa jugak minta Allah permudahkan BF journey kita. Kalau kita usaha niat baik Allah akan tolong, insyaAllah.

Sape2 nak mintak tips penyusuan ke blh terus sms/whatsapp sy, yg mana sy boleh tolong insyaAllah sy tolong.

WAWA 011-19300290
www.facebook.com/splendidsupplement
Pengedar Sah Shaklee area UiTM Shah Alam,
Unisel, MSU, I-City, Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia.