My Friends!

Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Resepi Infused Water

As salam semua.

Hari ni nak share resepi infused water or 'air detox' ni. Terjumpa kat fb orang share. So nak share sini sebagai rujukan sendiri di kemudian hari. Jangan tak tahu air detox ni boleh juga untuk kurus ye. Refer to previous entry ada saya bagitahu kelebihan infused water ni.

4 Resepi Infused Water
So far saya buat guna Lemon + Kiwi je, baru start je, lemon tu memang hari2 minum, campur dengan cinch tea. Memang bantu pelawasan saya.

Ok meh tengok lagi resepi infused water kat gambar kat bawah ni, kalau kecik tak clear sila klik gambar untuk lebih jelas ya.

Resepi Infused Water
Contoh Infused Water, Yummy!
SELAMAT MENCUBA!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, September 11, 2013

Waktu Terbaik Minum Air

Waktu Terbaik Minum Air

Bila waktu terbaik utk minum air? Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :

· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein

· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan



**Setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.