My Friends!

Sunday, October 5, 2014

Infused Water

Sekarang ni 'Infused Water' tengah meletop-letop sebab selalu nampak orang share kat facebook & Instagram. Saya suka tengok sebab colorful sangat dan nampak lazat. Sesuai jugak untuk orang yang tak suka makan buah atau tak suka minum jus. Infused Water ni rasa light2 je. 

Apa itu 'Infused Water'? 

Infused Water ni air yang dicampur dengan buah-buahan dan diperap dalam peti sejuk selama beberapa jam. Ada juga yang paggil air detox. Ada macam-macam cara boleh buat infused water ni. Contohnya campor buah seperti lemon, Raspberry, Strawberry, Watermelon, Kiwi, Pinapple, Mint dan banyak lagi. Letak je buah yang korang suka. Better jangan campur gula. Memang sedap saya dah try dengan lemon dan kiwi. 

Rupa infused water 

So.. bagus ke Infused Water ni? Apa kelebihan dia?
  • Kelebihan paling glamour ialah dapat menurunkan berat badan! Woww! Suka2! Sebab buah-buahan ni boleh meningkatkan metabolisma dalam badan kita :) 
  • Dan juga dapat mengenyangkan kita. So tak perlu nak makan banyak. sekaligus menurunkan berat badan. 
  • Sesuai juga untuk menyahkan toksin dalam badan, jadi badan lebih sihat! Yeay! 
  • Meningkatkan da memperbaiki mood. Hmm? Bagus nih! 
  • Mengurangkan rasa mengantuk/lemah sewaktu tengah hari. 
  • Mengurangkan sakit-sakit otot semasa work-out 
  • Melindungi organ-organ dalam badan semasa berpeluh 
Okay lepas baca artikel-artikel tentang Infused Water ni.. memang banyaklah kelebihan dia, yang paling best tu dapat turunkan berat badan tu la. So jomlah kita sama-sama try buat air ni. Senang sangat, potong2 buah, masuk dalam air then simpan semalaman. Jadi dah..tapi make sure minum within 48 hours ok. Selamat mencuba! 

Infused Water 
Nak Resepi? boleh ke link bawah ni
http://norazua10.blogspot.com/2014/10/resepi-infused-water.html
http://www.buzzfeed.com/melissaharrison/fruit-infused-waters#485o1jn

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment