My Friends!

Wednesday, March 30, 2016

SPEK BARU, KALI NI ADA REZEKI PAKAI YANG RAY BAN

Alhamdulillah petang tadi Allah permudahkan urusan saya. Spek patah, lepas 4 tahun dia berkhidmat pagi tadi tamat riwayat dia. Sedih sungguh sebab spek tu paling best setakat ni.

Tapi percaturan Allah lagi hebat. Ada rezeki lain yang dia nak bagi. Survey 2 kedai je tadi, 1st kedai tak ada yang sesuai, size tak ngam dengan hidung. Susah nak cari size 55-17, dan terhad sebab nak guna cermin lama, cermin kaca so tak boleh nak potong.

Tiada rezeki kat kedai pertama, kami ke Focus Point, Seksyen 7. 3 orang pekerja tolong carikan frame yang ngam. Mulanya terjumpa 1 yang ngam cermin, tapi tak selesa sebab size kat hidung 16, bukan 17. (Hidung saya besar kot, perlu yang lebar). Nasib juga tak ngam sebab harga RM500 lebih. Cantik memang cantik tapi bukan rezeki saya.

Saya minta pekerja carikan lagi, sambil baca hasbunallah semoga Allah mudahkan pencarian. Dan alhamdulillah, ajaibnya ada satu lagi yang ngam. Allah, size 54-18. Okay dari yang 16 tadi, kalau besar tak apa. Try punya try syukur sesuai dengan muka.

Happy sebab Allah permudahkan urusan (history sebelum ni nak beli spek, masuk lebih 10kedai baru jumpa spek yang ngam).

Time nak bayar plak, pekerja tu cakap boleh bayar guna point kad kredit. Allah lagi la happy sebab point banyaklah juga (hasil borong shaklee guna cc). Nak bagitahu nya bayar separuh je tadi harga spek tu. syukur sangat2 ada rezeki lain yang Allah bagi.

Kadang2 benda kecil camni boleh buat kita happy sebab Allah mudahkan urusan. Staff perempuan dekat kedai tu sangat membantu dan friendly. Highly recommended untuk yang nak buat spek buat kat Focus Point Seksyen 7. Dekat area belakang Jakel tu. Deretan sama ngan Gulatis.

Spek saya cam dalam gambar bawah ni. Tapi bentuk dia jadi lari sikit mungkin sebab faktor cermin saya ngam2 ngan frame. But its okay, worth the money dapat juga frame Ray Ban. Yang sebelum ni frame Jeep. Sedih juga spek lama patah, tapi rezeki Allah bagi yang ni plak. Maybe yang ni better dari yang sebelumnya, insyaAllah.

Sumber gambar: google

No comments:

Post a Comment