My Friends!

Tuesday, September 15, 2015

BUKAN REZEKI VS. TOLAK REZEKI


[Bukan Rezeki vs Tolak Rezeki]

Alhamdulillah setakat hari ni ramai yang wasap tanya pasal Shaklee. Mostly dari instagram. Ada yang request cod, ada yang pos.

Untuk yang customer request cod, biasanya saya akan minta customer datang ambil shaklee kat rumah saya if customer ada transport dan nak Shaklee urgent. Sebab nya, rumah saya senang je nak cari, dan saya ada provide peta dan share location supaya tak sesat. Rata2 customer memang jumpa je rumah saya tak sesat.

Kelebihan datang amik terus kat rumah ni ialah jimat masa. Kadang nak deal jumpa kat luar nak kena tunggu lagi in case salah sorang lambat. Kalau jumpa kat rumah, bagitau je dah sampai saya terus turun. So save masa kat situ.

Tapi ada customer yang kurang paham tentang cod ni still request nak jumpa somewhere dan dia yang tetapkan masa. Sedangkan saya tak dapat nak cod pada masa yang dia request. Sebab tu lah kalau customer ada transport dan urgent, silalah datang amik barang kat rumah saya. Bukan saya suruh naik amik depan pintu rumah, saya tunggu kat bawah. (In case lelaki takut nak datang, haha). Ramai je customer laki datang amik barang terus bawah blok flat saya.

Kalau ada customer yang saya tak dapat penuhi waktu cod request anda, bukan saya tolak rezeki. Tapi mungkin tu rezeki SID lain. Saya tak kisah dan tak terkilan, sebab dah usaha. Saya dah bagi option kat customer, dan saya tak marah kalau customer nak beli dengan SID lain. Sebab kami SID pon ada life dan ada komitmen lain selain buat bisnes. Semuanya sama2 penting, kadang ada time free kadang tak. So kepada customer, kami (SID) minta jasa baik supaya faham kami, dan boleh deal untuk permudahkan proses cod berjalan lancar.

Untuk student yang tak ada transport, saya paham kesulitan anda dan biasanya saya akan hantar barang ke rumah/kolej anda. Ramai student dekat uitm shah alam beli Shaklee dengan saya dan sangat2 memahami timing saya hantar barang. Semua dapat bagi kerjasama yang sangat baik. Thank you dan saya sangat2 hargai jasa baik anda.

Saya jarang dapat customer yang banyak songeh, kalau ada pon sangat jarang, dan saya tak berharap diorang beli dengan saya. Sebab saya takut dikemudian hari makin banyak masalah timbul. Doa biar Allah hantar customer baik2 dan tak banyak songeh kat kita. InsyaAllah.

* thank you untuk semua customer saya yang baik datang cod kat rumah. Sambil2 tu boleh berenti kat area Jakel tu shopping2 dulu lepas cod. Lol.

Thank you for reading karangan panjang berjela ni. Nak beli Shaklee wasap je ya.

No comments:

Post a Comment