My Friends!

Friday, October 17, 2014

Anak Cirit Birit dan Muntah: Apa Yang Perlu Kita Buat?

As salam semua. 

Hari ni nak share info tentang cirit birit. Seminggu sebelum raya haji hari tu, anak saya kena cirit birit dan muntah teruk. 1st time dia kena rasanya sebab tersalah makan. Debar jugakla tengok asyik muntah dan berak cair. Sampai lembik. 2kali kami ke klinik dan nasib baik tak de yang serius hanya cirit birit yang normal. Lama juga untuk recover makan masa seminggu lebih, cuma time teruk tu 2-3hari awal2 tu je muntah teruk. Kemudian dah tak muntah tapi berak cair. So untuk info mommy2 semua saya share kan pasal cirit birit ni, boleh kita buat persediaan kalau jadi kat anak kita, tapi mintak jauhkanlah.

CIRIT-BIRIT


Cirit-birit dicirikan oleh peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli), virus-virus (Rotavirus) dan parasit. Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit.

Dehidrasi

Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan cecair (dehidrasi), dan mungkin boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Simptom-simptom dehidrasi termasuk kering mulut, mata tenggelam, kulit kering berkedut, air mata yang sedikit atau tidak keluar semasa menangis, urin yang berwarna gelap dan pekat, dan rasa mengantuk atau kelesuan yang tidak normal. Jika anak anda mengalami dehidrasi atau hampir mengalaminya, berikan dia cecair yang mengandungi garam oral rehidrasi dengan secepat mungkin. Ia boleh dibeli daripada doktor atau farmasi. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia masih mengalami dehidrasi.

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia mengalami keadaan seperti berikut:

1. Mulut kering.
2. Mata cengkung (gelap je bawah mata).
3. Kulit kering dan berkedut.
4. Sedikit atau tiada air mata apabila menangis.
5. Tidak ada kencing selama 4-6 jam.
6. Kurang daripada 3 kali sehari je kencing.
7. Ubun bayi kelihatan lekok.
8. Tidak aktif atau tidak bermaya.

Apa yang Perlu Dilakukan

1. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak.
2. Terus memberi anak anda diet yang seperti biasa atau tingkatkan penyusuan susu badan.
3. Dapatkan nasihat doktor anda tentang pemakanan atau pemberian supplemen.

PERINGATAN: JANGAN BERI UBATAN UNTUK MEMBERHENTIKAN CIRIT-BIRIT.

MUNTAH


Apabila anak anda muntah, isi kandungan perutnya akan dipaksa naik ke esofagus dan keluar daripada mulutnya. Sesetengah daripada punca-puncanya termasuk, jangkitan virus di perut (gastroenteritis), iritasi perut, keracunan makanan dan jangkitan saluran kencing. Di dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi satu simptom untuk keadaan yang serius, seperti penyumbatan saluran penghadaman, gangguan di dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga, konkusi (kecederaan kepala) dan jangkitan di dalm otak (meningitis).

Oleh kerana anak anda mungkin akan kehilangan jumlah cecair yang banyak apabila muntah, terutama sekali jika dia telah muntah serta diiringi dengan cirit-birit, maka dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi. Dehidrasi yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia:

1. Muntah berulang kali.
2. Memuntahkan cecair berwarna hijau-kuning (hempedu).
3. Mempunyai demam atau sakit kepala.
4. Memuntahkan darah (warna merah cerah, perang dan hitam).
5. Rasa mengantuk dan pening-pening lalat.
6. Enggan makan.
7. Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang Perlu dilakukan

1. Biarkan anak anda muntah. Jangan menahan muntah.
2. Pusingkan kepala anak anda dengan mukanya menghadap besen/tuala bagi mengelakkannya daripada tersedut muntah.
3. Tenangkan hati anak anda semasa dia sedang muntah.
4. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak selepas muntah untuk mengelakkan dehidrasi. (in case kalau muntah cam anak saya hari tu, make sure jangan bagi minum air banyak2 sekaligus, sebab biasanya dia akan muntah balik lepas tu keluar balik semua air yang diminum. Better bagi sikit2 or bagi air ORS. Kami bagi minum air zam2 juga.)
5. Beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap, seperti 4-5 waktu makan dengan sajian yang lebih kecil berbandaing 2-3 waktu makan besar di dalam sehari.
6. Pastikan anak anda tidak makan makanan pejal sehingga dia berhenti daripada muntah.
7. Jangan berlengah mendapatkan bantuan perubatan jika simptom-simptomnya berlanjutan.

Bagaimana Shaklee membantu dalam masalah CIRIT BIRIT DAN MUNTAH??


Boleh berikan Performance Drink untuk pastikan kandungan bendalir dalam badan adalah stabil. Ini adalah bagi mengelakkan dehidrasi. Boleh diberikan pada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas. Berperisa oren yang semulajadi.

Performance Drink
Selain itu juga boleh diberikan Nutriferon bagi meningkatkan antibodi badan dan juga melawan virus yang berada dalam badan. Juga sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas mengikut sukatan yang diberikan. Sangat digalakkan untuk di ambil bersama-sama Performance Drink.

Nutriferon
So mommy2 boleh usaha buat apa yang patot, saya bawa anak saya ke klinik terus dan doktor bagi ORS dan beberapa ubat lain (tak ingat dah). Time ni kami mati kutu dan bagi je ORS, tu pon Iqbal minum sikit sangat2 ORS tu sebab iqbal susah nak makan ubat. Cuma dia nak minum air masak ngan air zam2 so dah redakan sikit risau dia dehidrated. Next time kami akan lebih bersedia dengan Performance Drink dan Nutriferon, tapi mintak2 jauhkan lah anak2 kita dari sakit2.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment