Nak cantik tapi tak ada bajet besar untuk beli produk kecantikan kat luar sana? Jangan susah hati ya, kita boleh guna cara semulajadi yang murah dan berkesan kalau konsisten amalkan. Dulu saya pernah cuba sapu tomato kat pipi, memang hasilnya kulit jadi lembut dan cantik pinkish gtu. Tapi kena konsisten lah, kena sapu hari2 untuk hasil best. So hari ni nak share benefit lemon untuk cantikkan kulit. Sebab saya sendiri peminat jus lemon, biasa campur kan dengan Cinch Tea dan hari2 pon minum jus lemon ni. So nanti boleh cuba semua cara untuk cantik dengan lemon cam kat bawah ni.
KHASIAT LEMON
- Lemon berupaya memberikan kesan yang mampu memudarkan noda atau tanda pada kulit yang membuatkan wajah kelihatan kusam dan kurang berseri.
- Selain mencerahkan kulit, jus lemon membantu untuk mengurangkan kedutan, noda hitam dan sel kulit mati pada kulit, seterusnya mendapat kulit lebih bermaya.
- Lima hingga enam peratus komponen lemon ialah asid sitrik yang memberikannya rasa masam dan mampu mencerahkan kulit manakala kandungan pH yang rendah membuatkannya bersifat antibakteria.
- Di negara India, lemon digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional Siddha dan Ayurveda bagi merawat beberapa masalah kesihatan dan kecantikan.
Cara Cantikkan Kulit Dengan Lemon (wajib cuba okey!)
CARA 1
Perah jus lemon dan masukkan ke dalam bekas penyembur yang dicampur dengan air dalam nisbah yang sama. Jus lemon itu kemudiannya boleh disembur pada kulit wajah bila perlu untuk kesan menyegarkan dan pada masa sama, mampu mencerahkan kulit jika dilakukan secara konsisten. Namun pastikan jus lemon tidak terkena pada bahagian kulit yang terluka atau termasuk dalam mata kerana ia akan menyebabkan kepedihan. --> senang je yang ni!
CARA 2
Lemon yang sudah dikisar bersama kulitnya juga boleh digosok pada kulit secara membulat. Bukan saja ia dapat membersihkan kulit tetapi ia juga akan mencerahkan kulit jika sering dilakukan. --> ok ni kena rajin blend, guna je shake n take mini blender tu, setel!
CARA 3
Buah itu juga boleh digunakan sebagai pencuci, pupur dan penyental kulit dengan cara mencampurkan jus lemon, air, madu dan aloe, kemudian sapukan pada wajah setiap pagi sebelum dicuci bersih. --> campor madu je dah okay kot.
CARA 4
Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan memicitkan jus lemon pada bola kapas dan sapukan pada wajah. Biarkan selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci dengan air.--> yang ni wajib cuba sebab terlampau senang!
CARA 5
Pupur lemon boleh dihasilkan dengan mencampurkan satu sudu makan jus lemon, satu sudu makan jus tomato, satu sudu makan jus timun dan satu sudu makan sudu makan serbuk gaharu, menjadi pes. Sapu pada kulit dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. -->ok yang ni kalau terlebih rajin boleh cuba.
CARA 6
Satu lagi cara membuat pupur adalah dengan mencampurkan satu sudu makan serbuk susu, satu sudu makan madu, satu sudu makan jus lemon dan dua titik minyak pati. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. --> ni pon kalau rajin boleh try
CARA 7
Bagi menghasilkan penyental kulit, campurkan dua sudu makan gula perang, putih telur dan satu sudu makan jus lemon. Sapukan pada kulit dalam gerakan membulat dan sental secara lembut. Biar pada kulit kira-kira 15 minit sebelum dicuci.
----------------------------------------------
Biarpun lemon terbukti membantu untuk mencerahkan kulit wajah, ia mengambil masa lebih lama berbanding penggunaan bahan kimia. Nak cantik kenalah rajin dan konsisten!
Selain itu, elakkan terdedah lama di bawah matahari sekiranya dalam proses mencerahkan kulit menggunakan lemon kerana bukan saja lebih melambatkan proses, kulit juga mudah rosak. -->Boleh juga pakai sunblock untuk elakkan sunburn.
Penggunaan jus lemon disarankan dilakukan selang sehari kerana penggunaan jus lemon boleh menyebabkan kulit menjadi sedikit kering jika digunakan setiap hari. Selepas rawatan menggunakan jus lemon, digalakkan memakai pelembap kulit bagi mengelakkannya kering. Kalau kulit berminyak cam saya ni sesuai la kot buat semua cara kat atas.
Rawatan menggunakan jus lemon juga perlu dilakukan secara konsisten dan sabar bagi melihat hasilnya.
Okey selamat mencuba semua!!
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee?
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290.
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment