My Friends!

Wednesday, February 19, 2014

Iqbal demam tumbuh gigi geraham

As salam semua.

Minggu ni sangat mencabar bagi ibu dan papa.
Iqbal demam, ada ulser dalam mulut dekat dengan anak tekak. Dari petang Sabtu dia macam tak aktif dan baik je, sebab biasa, kerja dia belasah orang je, huhu. Tapi dah suspect dia nak demam sebab terlampau baik tu.

Esoknya Ahad, bermulalah espisod tak lena tidur malam, sebab gusi dia sakit, menangis sambil tunjuk kat gusi yang sakit ada ulser tu tu, kesian sangat sebab tak boleh nak tolong apa. Bila pedih tu, dia terus menjerit tiba-tiba. Sedih tengok sebab tak boleh nak buat apa. Sebab risau punya pasal, ahad tu kami dah bawa dia ke klinik, tapi sebab tak puas hati dengan ulasan doktor tu, Isnin nya kami pergi pulak klinik lain. Risau juga takut ada sakit lain yang kami tak perasan.

Alhamdulillah rupanya tak ada masalah lain, melainkan gusi dia ada ulser dan anak tekak merah! Perfect combination, sebab tu dia susah nak makan, trauma sebab sakit.

So doktor bagi antibiotik, ubat sakit tekak, ubat demam dan tahan sakit. Tapi Iqbal bukan jenis yang mudah makan ubat, suap 3ml, 1ml pon tak sampai rasanya dia telan. Yang lain semua dia buang balik. Time nak makan ubat pon drama nya, dengan mengamuk, tendang, tutup mulut percubaan untuk larikan diri. Dahla dia kuat  memang tak terlawan, kesudahannya ubat masuk sikit jelah.

Tu bab makan ubat, bila masuk bab makan pula sama susahnya. Agaknya dia trauma sebab sakit bila cuba makan. Dia lapar, tengok je makanan favourite dia macam aiskrim, honey star, pegang je, dan last2 dia suap kat ibu @papa untuk habiskan. Semacam dia puas hati tak dapat makan tapi suapkan kami tolong makan untuk dia. Huhu. Kesian sangat tengok.

Solution yang saya buat sepanjang dia demam:

★ Nasi saya blend bagi lumat supaya dia tak kena kunyah. Bila masuk mulut boleh terus telan. (Tapi sebab dia seorang yang memang susah nak makan, kerja suap nasi ni jadi rumit sikit, kadang2 sampai kena pegang dia dan paksa dia makan, no choice sebab takut dia lapar)

★ Air masak letak lam botol susu, dan titiskan air terus ke mulut dia. Sebabnya sejak dia kena ulser ni, terus tak nak BF, sebelom ni malam2 memang BF lagi time tidur. Masuk hari ni (rabu) dah 4 malam dia tak BF. Sebabnya dia tak boleh nak hisap apa pon sebab terlampau sakit, so the best option adalah titiskan air ke mulut dia. Kalau bagi straw or letak dalam cup, dia just pegang dan tengok je air tu, tak mampu nak minum sendiri sebab sakit mulut kalau kena straw etc. Suap guna sudu awal2 nya ok je, tapi lepas tu dia terus tak minum, alhamdulillah Allah bagi idea untuk saya cuba guna botol susu. (Fyi, iqbal tak minum susu guna botol, dia guna straw or cup je biasa). Nasibaik terfikir dan cuba dia terus minum air dan tidur.

★ Option kepada nasi adalah nestum. Saya selang selikan, kalau pagi makan nestum, petang/malam makan nasi pula. Nestum pon cairkan campur susu dan Mealshakes. Untuk cukupkan nutrisi mealshakes sangat penting time2 ni.

★ Mandi dan basahkan badan dengan kerap. Iqbal suka mandi so tak ada masalah sangat, time mandi dia happy macam tak sakit. (Rindu sangat iqbal yang ceria dan 'ganas')

★ Malam2 memang tidur asyik terjaga dan nangis, mungkin dia berdenyut sebab sejuk, jauhkan dengan kipas time ni sbb kalau kita sakit gigi pon kita akan elakkan duduk kat tempat berangin dan sejuk. Biasa dia terjaga pukul 3-4pagi dan tidur balik 7-8pagi sampai tengahari.

★ Time ingat, saya hancurkan Vit C Shaklee dan letak dalam nestum/nasi dia. Baru buat sekali dua sebab selalu lupa. So far demam dia tak teruk, panas pun paling tinggi 38darjah celcius. Ni 1st time sebenarnya dia demam kena ulser. 

★ Kena banyak sabar, tak cukup tidur tu biasa. Huhu. Penat tak payah cakapla, macam burung hantu dah sebab tak tidur malam. Tapi sabar itu indah, mesti ada hikmah disebalik semua ni, moga iqbal jadi anak yang kuat lepas ni insyaAllah.

★ One more thing, kalau ada adik beradik or parents yang boleh datang, minta tolong diorang datang dan boleh bergilir jaga anak yang sakit. Saya minta tolong ma saya datang, semalam dia smpai, alhamdulillah ringan sikit rasa tugas, boleh bergilir2. Kalau tak, tak tahula macamana nak buat. Thank you ma!!

Oklah, setakat ni dulu entry kali ni, rasa macam ada lagi yang tertinggal nak bagitahu, tapi tak kesahla lainkali boleh edit.

Doakan Iqbal cepat sembuh ya kawan2. ('',)

No comments:

Post a Comment