My Friends!

Showing posts with label Review Shawl. Show all posts
Showing posts with label Review Shawl. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Tutorial Madison Sugarscarf

As salam semua.

Hari ni nak share tutorial pakai Madison by Sugarscarf. Tak pernah dengar apa lah kan Madison ni? Hehe Madison ni nama shawl, shawl yang dah dijahit sekali dengan inner (inner silang), keluaran butik Sugarscarf. Jadi fenomena dah ramai sangat peminat. Ada dua jenis iaitu Madison Sofia (inner dia satin) RM89 dan Madison Classic (inner dia cotton) RM79.

Banyak kaler baru yang Sugarscarf keluarkan semuanya cantikkkk sangat. Saya baru ada 1 Madison Classic kaler happy orange, terliur gak tengok orang dok selfie kat fb dengan kaler Madison yang cun2. Btw tutorial ni saya amik dari group fb khas untuk peminat Sugarscarf. So share kat sini senang nak refer.

Tutorial Madison 1
Tutorial Madison 2
Tutorial Madison 3
Tutorial Madison 4
Tutorial Madison 5
Tutorial Madison 6

Tengok kaler Madison Classic bawah ni, cunnn sangat2. Tilik jelah dulukan, ada rezeki boleh beli.

Madison Classic Berry
Madison Classic Apple Green
Madison Classic Warm Beige

Ada banyak lagi kaler cun2 boleh ke website dia www.sugarscarf.com untuk usha2 dan shopping. Follow kat ig http://instagram.com/sugarscarf untuk update terkini Sugarscarf. Ni bukan iklan berbayar ok. Hehehe.

Bawah ni Madison Sofia inner dia berkilat sebab satin, kena gosok untuk tak nak bagi nampak kedut tu. Ni lah owner Sugarscarf, Puan Eyqa Sulaiman yang cun. Selamat Bermadison gojes semua!
Madison Sofia

Saturday, October 25, 2014

Dapat Jugak!

As salam semua.

Finally ku dapat jugak beli shawl halfmoon dari Qaira Hijab yang kaler cam dalam gambar ni. Dulu beli 1 je, rasa nak beli lagi, tadi dapat tahu Qaira Hijab ada buat sale sempena Maal Hijrah terus pegi usha2.

Memang murah la jugak, shawl ni asalnya RM39, bila sale dapat 3 helai RM90 only! Save RM27, Murahhh. Asalnya nak beli sehelai dapat jugak less sebab ada kad dia, tapi sebab semua kaler lawa2, tergoda punya pasal terus beli 3. Satu lagi kaler peach terang gitu. Memang best shawl ni, berbaloi beli, sebab chiffon yang tebal dan berat, terletak elok bila pakai. Dan tak panas.

Beli sehelai lagi palazzo RM40 only lepas less. Semua gara2 palazzo dia super comfy dan cantik sangat bila pakai. Hihi. Bilala nak insaf niiiii. :p Hope dapat jadi muslimah yang lebih baik pasni dari cara berpakaian dan semuanyalah. InsyaAllah.

Saturday, September 13, 2014

Shopping kat Qaira Hijab

As salam semua...

Fuh lenguh kaki berjalan tadi, saje bawak mak jenjalan kat area belakang Jakel Shah Alam, dekat je ngan umah. Mak ada datang sini, reward dia tudung tadi. Pegi Qaira Hijab, beli Halfmoon Rasha (new collection jgkla ni) ngan palazzo (ni dedua saya punye, hihi, reward diri sempena bonus shaklee masuk semalam). 

Palazzo ada sale, rm49 sehelai. Apa lagi grab sehelai time murah ni. hehe. Nak try pakai palazzo plak, ni 1st collection. Selalu beli skirt je. Palazzo ni bukan new collection sebab tu ada sale 40%. Bawah ni gambar palazzo saya beli, yang model Ameera Zaini gayakan ni. Lawa bila tengok real. Tak sabar nak pakai. Ada 3 pattern lain lagi palazzo ni, kalau best pakai boleh beli lagi. Hihi.

Palazzo Qaira Hijab
Ni pulak tudung halfmoon rasha, kaler kat bawah ni saya beli. Bila try memang lawa, rambang mata nak pilih sebab banyak sangat kaler lawa. Jahitan dia kemas, tak jarang, dan terletak sangat cantik, dan size besar jugak. Rm39, berpatutan harganya. Material high quality chiffon.

Ni Halfmoon Qaira Hijab Yang Saya Beli
Cantikkan? Banyak lagi kaler yang cantik tapi macam terbekenan lagi ngan kaler 2 helai cam kat bawah ni. Uwaaaa, masuk lam wishlist dulu, nanti kita beli lagi. InsyaAllah. 

Sape2 nak shopping kat Qaira Hijab tapi jauh ngan butik, boleh beli online kat qairahijab.com.my. Butik Qaira Hijab kat Shah Alam ni tepi butik Radiusite, atas Restoran Jemari. 

Nak beli lagi!
Lepas ke Qaira Hijab tu, masuk ke Sugarscarf pulak, belikan tudung instant awning kat mak, murah jugak, rm35, mak suka yang tu, dah suruh pilih yang lain taknak. Save duit anak dia. Hihihi. Sayang MA.

*credit gambar dari website qairahijab.com.my

Thursday, September 4, 2014

Cara Pakai Shawl Style Irine Nadia

As salam semua.

Tadi tertengok kat fb ada orang share gambar2 cara pakai shawl, so terlintas rasa nak share cara fav saya for now lah, pakai shawl yang simple dan cantik.

Refer gambar bawah ni, ni tutorial dari Calaqisya, make sure kalau nak pakai gaya ni shawl kena tebal tak jarang or shawl corak (baru tak nampak sangat kalau nipis sikit). Maggie shawl Calaqisya best sebab tebal. Iklan jap hehe. Atau just pakai inner neck, setel masalah tudung jarang. Saya jenis tak suka pakai inner neck unless terpaksa. Heehe.

Okay selamat mencuba, yang pasti gaya ni labuh depan belakang. Saya memang addicted ler kejap pakai gini sebab baru reti, darat sungguh. Hahaha. Kes tengok tutorial irine nadia baru tahu. Ketinggalan sungguh.

Gini lah lebih kurang, guna shawl panjang
ni irine nadia, comel sgt dia pakai shawl
ni tutorial dari irine nadia, same je cuma dia guna wide shawl
saya pakai maggie shawl calaqisya standard size

Tuesday, July 15, 2014

Shopping kt ShawlbyVSnow

Assalamualaikum smua.

Td g area Alam Avenue, dekat ngan Padang Jawa, memang plan dah nak g ShawlbyVSnow. Grand opening hari tu xsempat nak pegi. Dulu slalu tgk tudung2 diorang update kt ig ngan fb, memang lawa2 tudung kt situ. Tp xterbeli sbb mls nk order online, nasib baik la diorang bukak butik kat shah alam ni.

So td pegi sana niat nk beli shawl utk matching ngan baju raya (haha alasan semata2). Byk jugak plain shawl yg lawa2, kain pon best, tergodaaa tp nasib la dah bajet awal2 nak beli yg jenis mana. Instant tudung pon byk lawa (lbh kurang mcm design sugarscarf), tp tggu next time la beli plak. Boleh datang every week la sbb dekat je.hihi.kopaklaa gini.

Td owner dia ada, panggil Ami kalau xsilap, dia model tudung Sugarscarf dulu (xsure skarang still model sugarscarf ke x), patotla model shawl by vsnow ngan sugarscarf sama, dari dulu lagi dok pikir mesti diorang ada link ni.haha.jadi penyiasat jap, rupanya owner Sugarscarf tu kakak Ami ni. So trjawabla persoalan slama ni. Bestkan muda2 lg dah ada butik tudung sendiri. Rasa mcm nak jugak ada butik satu hari nanti. Masuk lam list 99impian dulu. Moga termakbul nanti insyaAllah.

Ok so kisahnya td beli la 3helai halfmoon shawl kaler meletop smua. Tp 1 je sy punya. Yg lain org lain punya.hihi saya tukang pilih je. Ni gmbar sy ngan Ami, owner Shawl by VSnow. Kurus je tuannya, lawa walau xmekap. Yg mana nak pegi Shawl by VSnow Shah Alam boleh refer ig alamat butik diorang, dekat je ngan JPJ Padang Jawa. Cepat serbu, boleh beli tudung raya. Okay bye!! :)


♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

Saturday, July 12, 2014

Terjebak!!

Assalamualaikum semua.

Hihi hari ni penat round area belakang Jakel Shah Alam ni, kes nak cari tudung raya punya pasal. Dari jauh memang jalan dah jemmm... huhuhu. (Napelah semua butik tudung blakang tu xbukak malam, malam2 best sikit xpanas, boleh round semua butik kalau bukak). So terpaksa redah jem2 pon. Parking pon penuh td, nasib baik dekat umah je xdelah stress sangat.hehe.

Mula2 tadi g Radiusite, tengok2 tudung lawa byk dah sold out. Biasalah memang ramai org datang xputus2. Mmg plan nak cari shawl color oren nak matching ngan baju raya. So ke Sugarscarf plak lepas tu, bangunan sebelah tu je pon. Kat sugarscarf pon ramai orang, tudung instant banyak kat sini. Lawa2 plak tu.huhu. Rasa nak grab je 2-3helai yg instant tudung tu, tapiiii, dah lari bajet. Haha. So let go dulu, teruskan pencarian shawl oren.

Then, tadaaaa, MADISON CLASSIC yang glemer tu ada lg kaler oren. Wahahaha sukanyaaa!! Memang dok usha2 jugak madison classic bila tgk ramai gila yg beli kata best dan lawa je tgk diorang pakai, kat ig memang ramai yg tggu madison classic ni. Yg ni shawl dah attach skali ngan inner. Inner plak jenis silang, bukan inner biasa tu. (Refer gambar bwh ni k).

Tadi pon xbyk dh kaler madison classic ni, xsilap ada oren, pink, grey, black, brown. Kaler meletop2 semua dah abes. Huhu. Kaler dusty green dia lawa. Melepasss. Hihi. Xpe kalau best pakai tggu restock lagi kita serbuuuu.

So itulah kisahnya, beli MADISON CLASSIC kaler oren. Refer gambar bawah ni yg kaler oren tu, yg tulah yg sy beli, tgk real mmg lawaaa cam lm gmbr. Kalau ada yg nak beli, boleh beli online www.sugarscarf.com, kalau dekat boleh ke butik. Ada lg a few colour yg tggal, happy shopping. (Tajuk terjebak tu sbb akhirnya terjebak jgk jadi geng2 yg gilakan madison classic, uwaaa)
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.