My Friends!

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Butik Fiska Shah Alam

As salam semua.

Tadi ke butik Fiska Shah Alam dekat Alam Avenue 2, area Padang Jawa. Lepas cod Shaklee 2 tempat baru pergi Fiska, lewat dah sampai kul6 lebih.

Lawaaa sangat2 design butik ni, ownernya Irine Nadia blogger famous tu. Lupa nak snap gambar plak tadi adesss. Semalam grand opening nya, tapi tak sempat nak pergi sebab ada hal lain.

Tadi banyak tudung instant, shawl yang brand fiska sendiri dijual kat situ, ada jugak dress. Jap snap gambar kat ig dialah senang @fiskashahalam. Okay sambung balik setel save and snap gambar. Haha. Kat bawah ni gambar dress yang cun tu.


Dan ni pulak instagram Fiska tu, boleh reramai gi follow Fiska okay.


Kat butik ni bukan brand Fiska je ada. Dia berkonsepkan vendor butik juga. So produk lain pon ada diletak kat sini. Salah satu produk lain tu, Argan Oil keluaran MORA Essential by Mira Filzah (model tu lah) ada dijual kat sana. Saya memang aim nak beli Argan Oil nilah tadi. Hihihi. Memang dah usha2 instagram diorang semalam @moraessential.

Ni yang saya pegang tu produknya. Okay jap saya gi save gambar.


Okay sambung balik, kat bawah ni produk dia.


Harga promo RM50 je tadi sehingga hari ni. Harga asal RM60, 15ml. Saje2 nak try sebab saya memang takde guna serum apa. Yang ni boleh bertindak cam serum jugak. Pakai 2x sehari pagi dan sebelum tido. Tinggi kandungan Vitamin E dan tiada bahan kimia yang buat saya rasa nak cuba.

Tapi Shaklee memang tak tinggal, hihi yang ni sampingan je, tengok testimoni best2 tergoda la nak beli. Biasalah pompuan kan macam tu, nasib rm50 je,kalau rm100 ke tak beli dah.

Kat bawah ni ig dia, boleh follow kalau nak.


Ni gambar saya sebab tak ramai orang tadi sebab dah petang, bolehla bergambar.

Pastu beli Pavlova tadi kat Fiska, ada gak jual kek2 semua tu. Dan serius Pavlova dia super sedappp! Menjilat kotak tadi tak cukup 1 slice. Huk3. 

Okay la sampai sini jelah dulu ye. As salam semua.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee area Shah Alam, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

instagram.com/wawashaklee

Friday, February 27, 2015

Cuti CNY : Adik Kawen

As salam semua.

Okay terlebih rajin ni entry ke 2 hari ni. Saje nak story dan tepek gambar kat sini, kenangan adik saya kawen time cuti CNY hari tu.

Mula2 nya saya dan husband memang serba salah nak balik ke tidak cuti CNY (atas sebab2 tertentu), tapi Allah permudahkan jalan. Memang dalam hati nak sangat2 balik. Alhamdulillah, apa yang saya set dalam kepala, yang saya fikir, itulah yang saya dapat. Dapat jugak balik!

Perancangan Allah memang tepat pada masanya, tak tercapai akal kita untuk fikir. Camni kisahnya boleh balik tu. Adik ipar saya beli kereta baru. Right on time setel urusan loan semua, kereta keluar sedang2 elok time kami nak balik kampung.

Awal2nya dulu (sebelum decide confirm balik kg) ingatkan kereta dia setel seminggu awal so husband akan balik antakan dengan kawan dia je, then tiba2 Allah bagi rezeki urusan kereta dia delay sikit. Ada hikmah nya kan. So kami balik kampong naik kereta baru. Wohooo. Takde plak gambar keta nak letak kat sini. Heheh.

Majlis adik saya tu berjalan lancar Alhamdulillah pada hari jumaat 20 Feb. 



Iqbal la orang paling happy dapat balik kampong. Main kambing lah, kucing lah sampai lembik kucing tu dia dok bawak kesana sini. Btw nama kucing iqbal tu Bibah. Hahahaha. Klasik molep nama pon adik ipar yang bagi. Bila iqbal sebut bibah bibah memang kiut gilerr.




Time bekwoh tu ada 4orang kawan saya datang jugak. Thank you untuk kawan2 yang sudi datang (macamla diorang baca kan haha).



Jubah saya pakai kaler pink tu beli 2 hari sebelum majlis. Mula2 plan nak beli jubah Bella Ammara, then kalut2 nak balik tak sempat nak ke Bella Ammara (sebab dia tutup kul6 petang). Takde rezeki so balik kampong ke Zawara lah kita dekat area Tesco Kota Bharu. Dah usha2 sehari sebelum tu kat instagram dia (@zawara) jubah apa yang lawa. Memang dah set lam kepala nak beli jubah balqis ni, nasib pegi ada lagi stok jubah ni. Saya beli Size M, Tall punya. Ni 2nd time saya beli kat Zawara, sebelum ni beli Sara Dress untuk raya last year. Lawa jugak.

Btw balqis jubah ni hanya RM129 sebab promo. Murah sangat kottt sebab memang jubah dia cantik, selesa, besar, kain jenis berat, cutting lawa, tebal, labuh. Hihi melampau puji sebab memang puas hati sangat2 beli jubah ni.

Okay lah setakat ni dulu, sape berkenan jubah tu boleh usha2 Zawara ok, rasanya kalau Zawara KB memang ada lagi stok. Byee, as salam.

Thursday, February 26, 2015

Rajin Kejap.

As salam semua.

Lama tak update blogggg... but saya masih disini, setia sebagai Shaklee Independent Distributor. Bisnes still jalan 24/7 cam biasa tau... Blog ni bila dah tinggal memang nak start balik agak susah kan. Sama juga macam saya punya thesis, bila dah stop untuk cuti CNY alamak nak start balik tu ya rabbi malas dia luarbiasa malas. Hihi. Alasan banyak kan.

Tak apa kena slow2 buat la ni, update blog once a day pon dah okay, kena usaha lagi. Tapi still Alhamdulillah ramai yang contact saya nak beli Shaklee lepas google jumpa my blog. Rezeki tak pernah salah alamat. Hihi.

Okay stop dulu for now. Nanti sambung lagi kalau rajin. Hihuuuu. Rindu sebenarnya nak update blog ni. Tapi selalu tertangguh. Today hentam sajelah update apa yang terlintas nak update. Hehehe.


*Gambar motivasi untuk diri sendiri.
*nanti nak update entry pasal denggi, sebab hari tu 2hari admit sebab denggi.

Sunday, February 1, 2015

Yeay Dapat Kad Birthday!!

As salam semua. Lama dah tak menulis kat sini. Sekarang more fokus kat instagram. Boleh follow @wawashaklee untuk dapat lebih info pasal shaklee. Kena lebih komited untuk update blog dan instagram sekaligus ni. Sebab dua2 sangat2 membantu untuk dapat customer. Alhamdulillah.

Ok2 melalut kelain, nak citer benda lain tadi. Happy sebab dapat kad besday dari nannyku kak Cery. Hihi. Ingatkan dah tak dapat. Jeles mulanya tengok mak shaklee ku dapat je besday sehari lepas saya. Saya 24, dia 25hb tapi dia dulu dapat (ni sebab posmen dia laju kot). Hihi tak kesah la janji dapat. Buat topup aura Jutawan tu.


Maka dah genaplah umur 30 tahun. Adesss bunyi macam dah tua. Mau kena telan vivix ni.

Okay jumpa lagi, daaaaa!

Wednesday, January 7, 2015

TIPS KURANGKAN TAKUT NAIK KAPAL TERBANG


As salam semua. Fuh lama nya tak menulis kat sini. Lama sangat bersarang blog ni since 23 December tak sempat post apa pon. Sebab balik kampong time tu, dan kebetulan banjir besar kat Kelantan. Tak sempat nak update blog bagai.

Balik hari tu naik FireFly, flight malam, dan for sure saya takut sebabnya saya ada kisah ngeri naik flight, fobia tak hilang lagi. Dulu pernah naik time hujan renyai2 dari KB. Allahu gegar dia kuat amat macam naik rollercoaster. Memang rasa cam nak mati dah time tuh. Takut tu takyah crita la. Sampai sekarang fobia lagi.

So apa yang saya buat sepanjang flight hari tu? Hihi. Saje nak share, saya dah jumpa cara untuk kurangkan rasa takut tu. Berkesan la jugak untuk flight yang goyang2 sikit. Untuk orang yang fobia cam saya ni, goyang sikit pon dah takut sangat. Apa yang saya buat? Saya dok bersila, pastuh gerak2 kan badan dan kepala sikit sambil zikir.

Kalau dah lenguh bersila (or in case seat sempit) korang angkat kaki jangan bagi kaki cecah lantai dan gerakkan kaki tu skit untuk kurangkan rasa goyang flight tu. Memang menjadi, kalau flight goyang sikit2 tu tak terasa la sebab badan kita memang dah bergerak2, macam exercise kaki pon ada. Hahaha.

Pastu kan tetiba pula kes Air Asia QZ8501 tu terhempas time saya kat kampong. Flight balik Shah Alam 4hb, berdebar tak yah cakap la, nasib naik pagi, memang awan tebal jugak time tu, tapi alhamdulillah Allah permudahkan cuaca cerah along the way dan tak gegar sangat pon.

Memang saya fobia, dan syukur juga dapat new way untuk kurangkan takut tu. Try and error je pada awalnya. Husband tengok pon dia gelak, memang tak leh dok diamla, apatah lagi tido. Hihi. Apapon sangat2 bersyukur sebab Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah.

☆☆☆☆☆☆☆☆

Al-Fatihah dan takziah untuk mangsa QZ8501. Moga famili mangsa diberi ketabahan yang luarbiasa. InsyaAllah.

Wednesday, December 17, 2014

Wallpaper Mr.DIY

As salam semua.

Saje nak share, semalam beli wallpaper kat MR.DIY, lama dah dok pikir nak beli tapi sebab rumah sewa je selalu hold dulu niat tu. Tapi semalam tahap wajib beli dah kot. Sebabnya adik dan kakak saya nak datang Shah Alam, bawak husband masing2. Malu rasa tengok rumah penuh dengan hasil seni anak teruna. Huhu. So kitorang laki bini decide nak tampal wallpaper je senang. Nak cat leceh sangat.

So kitorang pon jalankan misi mencari wallpaper kat MR.DIY. Awalnya ke MR.DIY kat Seksyen 18 Shah Alam, MR.DIY yang baru buka kat Shah Alam ni. Dulu situ kedai perabot. MR.DIY Seksyen 18 ni betul2 tepi Ole-Ole. Orang Shah Alam mesti tahu punya. So pegi la MR.DIY tu mencuba nasib dengan harapan menggunung ada banyak stok wallpaper ni. Tapi rupanya tak banyak yang ada. 1 pattern ada beberapa gulung je. Tak cukup sebab feature wall kitorang agak besar. Paling kurang 20 gulung semua yang size 45cm x 2meter = RM3.30.

So mula nya ingat nak pasrah gitu je, tapi husband bagi cadangan ke Plaza Alam Sentral. Situ ada MR.DIY, lama dah tak ke sana. Cari punya cari, ingatkan takde jual kt diy situ sebab round2 tak jumpa, rupanya ada dia longgok kat depan banyak2. Wahhhhh, banyakk sangat ada. Teruja sampai rambang mata nak pilih yang mana. Semua lawa2. Last2 pilih yang design kat bawah ni je sebab banyak stok dia ada. Yang lain rasa tak cukup 20 gulung. So beli 20 gulung tu. 


Cantik tak lepas pasang? Hihi ni kamera kurang lighting. Memang kaler dia saya suka sebab combine 3kaler takla over or serabut tengok. Husband nak yang ada kaler hijau, so okay la sebab memang ada kaler hijau. Berpeluh2 pasang wallpaper ni. Dahla takde tangga, main lapik2 kerusi gitu je panjat. Hihi. Husband yang panjat, saya pembantu je.

Memang puas hati la. Kalau tahu lawa dan murah gini dah lama kitorang beli wallpaper ni. Hihi. So next project bolehla nak tampal kat bilik pulak ke.

So korang yang dok umah sewa cam saya, boleh la beli wallpaper cam ni. Tak rugi sebab murah, dan cantik.

Thursday, December 11, 2014

Inspirasi Hiasan Bilik Tidur Anak

As salam semua.

Hari ni cuti horreyyyy, Selangor cuti, so hari bermalasan sedunia. Happy macam orang keje je kan. Kalah lakiku happynya. Hihihi. Sape suka deco2 bilik? Wajib tengok gambar2 kat bawah ni, boleh jadi inspirasi untuk bilik anak2, inspirasi dari gaya bilik omputeh gitu, semua lawa2. Kemas tersusun, kalau anak ramai wajib buat bilik gini baru lah ada bonding sama adik beradik kalau share bilik kan. Kalau ada kembar 4 lagila wajib buat bilik gini. Selamat cuci mata!










Tuesday, December 9, 2014

Untitled #1


As salam semua.

Comey je kan gambar tu, betul dok apa yang dikata kat gambar tu? Macam betul kan. Haha. Perempuan memang risau (mostly la kan, tak semua) kalau lambat jumpa jodoh, laki plak rilek je kalau tak kawen lagi, tak risau apa pon kan (biasanyalah kan).

Tapi bila dah kawen tanggungjawab lelaki makin besar, sebab tu jadi start risau tu kot. Tapi tak ramai pon yang terlalu risau macam tu. Ramai je yang enjoy kehidupan seadanya, no worries selagi kita berpegang pada landasan yang betul kan. Risau juga tapi berpada2 je semuanya kan.

Moga rumahtangga kita semua diberkati dan kekal sampai akhirnya (tiba2 penutup tiada kaitan, haha). Good night!

Monday, December 8, 2014

Coaching Anak Baru!

As salam semua.

Alhamdulillah. Sabtu lepas beranak lagi 2 orang anak Shaklee, suka sangat2. Sorang ni dok dekat Puncak Alam ni je, kawan satu skolah dulu. Sorang lagi kat Johor, junior stu dorm skolah dulu.

Tadi anak Shaklee yang kat Puncak Alam ni ada datang nak tanya pasal blog dan pasal Shaklee. Nama dia Daliya. Best pulak dok cerita dan godek2 pasal blog ni. Dia memang dh ada blog since 2011 kot tapi terkubur sebab tak update. Tengok2 blog dia lagi cun dari blog saya la. Hahaha. Cuma takde header je. So tadi ajar buat header, dapat la header ni. Cun tak? Hihi.
Header tu download je dari tenet then edit guna Power Point. Senang je. So setel bab header, ajar buat Google Plus plak. Google plus senang je asal ada email gmail. Suka ajar dia sebab dia memang nak tahu so setiap apa yang diajar dia tulis senang nak rujuk nanti. Ni blog dia www.daliyamillia.blogspot.com boleh la follow dia nanti ye.


Rasa cam cepat je masa berlalu time dok ajar dia tadi. Takpe next time boleh datang lagi kita sama2 share knowledge. So sape2 area Puncak Alam, Kapar dan Meru boleh dapatkan Shaklee dari Liya ni ya. InsyaAllah servis terbaik!

Thursday, November 27, 2014

Fossil Clearance Sale 27 & 28 November 2014.

As salam semua.

Tadi ke tempat sale Fossil, kat Manara Atlan dekat dengan KLCC. Naik komuter dan LRT je. G ngan husband. Kawan update bagitau ada sale, kawan kerja kat Celcom kat menara tu. Mula2 berbelah bagi nak g ke tidak since hubby mulanya takleh teman sebab takleh cuti ada meeting. Macam tak yakin nak g sorang lama gilee dah tak naik komuter, pastu tempat tu tak sure kat mana, just berpandukan direction kawan bagi je. huhu. Last2 bangun subuh pagi tadi husband ajak jom lah siap nak g shopping. Uwahhhhh terus tersenyum lebar. Sukaaaaa sangat hahahaha. 


Saya peminat fossil lama dah, tapi sebab bag2 dia kalau takde sale agak mahal so berkira2 juga nak beli. Baru ada 1 handbag fossil beli kat JPO, pastu sling bag dan purse upline Shaklee saya bagi. Selalu dok usha kat instagram meleleh air liur sebab nakkk tapi mahal. Macam tak padan nak beli. Sebab tu bila ada sale excited nak pegi. So pagi tadi sampai sana kol10.30am, time tu boleh masuk camtu je tak payah beratur apa. Semua bag, jam etc 70% less. Rambang mata tengok bag cantik2.

Lastly pilih punya pilih berapa puluh kali pusing sebelum decide nak beli yang mana. Jam lawa2 tapi sebab ramai sangat dok pilih sampai bersesak2 kena tolak pon ada. Haha. Tak boleh nak masuk rapat. Tapi usaha gak dapatla grab 1 jam.


RM161 only jam ni after less. Dapat bag idaman kalbu. Time pegi bag ni ada 1 ni je, memang abes terus puas dah cari xjumpa. Memang semua borong sebab bag ni memang ramai yang nak rega pulak below rm300 je tadi. 


Rezeki saya dapat jugak. Alhamdulillah. Ni semua yang dapat grab tadi. 


Bukan semua saya punya. Ada yang nak bagi kat adik2. Berbaloi2 sebab dah lebih setahun tak shopping handbag. Tunggu sale next year borong pulak.

Sape nak pegi boleh naik LRT turun kat KLCC, menara Atlan 5 minit jalan kaki dari KLCC. Exit ke Jalan Ampang.

Reminder :

→Better jangan bawak anak kecik sebab tempat sempit dan sesak
→Better g awal sebab ramai sangat orang time nak bayar, tadi berjam2 beratur nak bayar.
→Better makan kenyang2 bawak air masak banyak2 sebab panas gak tadi
→Better jangan beli banyak2 nanti abes duit hahaha.

Time saya siap bayar around 2pm, panjang beratur kat luar pintu tunggu turn nak masuk. So better g awal boleh balik awal. Menggigil lutut berdiri tunggu turn nak bayar. Lebih kurang 100 orang sebelum turn saya. Ramaiii sangat.

Okeylah, happy shopping semua ya! Ni gambar2 tadi.






Sunday, November 23, 2014

Lagi DIY Pin Tudung!

As salam semua. Lama tak update blog, biasa hari2 update, adoi nak istiqomah cabaran betul. Idea datang dan pergi, time datang tu biasa tengah busy, then hilang ditiup angin (kena telan omega guard sebotol bagi kuat ingatan).

Ni nak cita pasal DIY pin tudung lagi. Sambungan ala2 DIY pin tudung versi 2.0. Okay, sambung cite, semalam g butik Sincerely By Us lagi, sebab nak beli kek. Sebenarnya alasan je nak beli kek bagitau husband, tujuan utama nak g beli benda alah ni lah. Dah addicted nak menDIY lagi. Pastu g Giant terjumpa plak box ni, cam tahu2 je nak beli terus ada depan mata. 

Kali ni beli 4jenis charm, Eiffel Tower 3D, Owl, Guitar, dan Love. Love tu paling besar dan paling mahal. Eh mahal pon tak sampai 5ringgit pon. So balik2 kira dapat 40 charm kali ni, time nak beli tak tengok pon setiap paket ada berapa charm, main ambik je. Rupanya ada 10 setiap paket. Tapi jarum peniti tu ada 20 je satu paket. Nampak gaya ada lagi alasan nak serbu butik tu lagi. Hehe. Ni kat bawah ni butik ni yang jual barang DIY untuk pin tudung tu, The Wind Fairy, boleh bukak instagram dia untuk tengok koleksi pin yang dia jual.




Sincerely By Us (SBU) Butik tu vendor butik kat Alam Avenue 2 Shah Alam. Macam2 barang yang ada kat SBU dari macam2 online shop. Kek pon ada, sedap plak tu kek dia, anak saya suka sangat. Eh okay dah lari tajuk ni.

Bawah ni gambar charm yang saya beli semalam. Owl dan Guitar tu kecik je, dan murah la sebab kecik.

Charm Comels

Saya tak pasang2 lagi semua pin dan charm tu, tengah mencari ilham nak buat benda lain lagi. Ingat nak buat hp plug ni, tapi kat SBU rasanya tak de jual benda tu. Huuuu. Tengoklah camana nanti.

Handphone Pluggy

Okaylah, saya tengah kumpul2 hadiah untuk buat give away ni, doakan saya dipermudahkan urusan ok! kalau saya bagi pin tudung ni je pon harap ramai la join, benda murah je pon, kecik plak tu, rasa serba salah pulak nak bagi. Huhuhu.

*tarikh untuk GA tak pasti lagi, sekarang agak busy, insyaAllah soon ya! ;)

Monday, November 17, 2014

DIY Pin Tudung Comel

As salam semua.

Lama rasa tak update blog, huhu. Saje nak share, semalam buat sendiri peniti comel ni.


Barang2 nak buat : jarum peniti, ring kecik, dan charm (sorry kalau salah guna terms). Senang je buat sambung2 then siap. Ni 1st time jumpa benda2 peniti untuk diy ni depan mata. Biasa tengok online ramai yang jual. Kebetulan semalam ke butik Sincerely By Us Shawls kat Alam Avenue 2, Padang Jawa, Shah Alam ni ternampak benda alah ni. Terus bertapa kejap pilih2 mana berkenan. Last2 beli 3jenis charm comey, Eiffel Tower, Butterfly dan charm bulat ada tulis live laugh love.


Banyak lagi pilihan charm nya, rambang mata nak pilih, next time boleh beli lagi. Semalam beli peniti 20pcs je. Kebetulan balik2 kira charm pon ada banyak tu. So dapat 20pcs pin. Ada yang kaler silver, tapi saya pilih yang stail ni. Memang senang sangat2 nak buat, kalau nak bagi gift better DIY je, jimat kos.

Then nilah hasilnya, untuk customer tersayang.


Maybe saya akan buat Give Away bagi pin comel ni, sape nak?


Friday, November 7, 2014

Maksud Bacaan Ketika Solat

As salam semua.

Dah lama gambar2 ni tersimpan rapi dalam phone, saya save dari fb, untuk rujukan sendiri, dan sekarang nak share kat sini. Boleh tambah saham akhirat kan, insyaAllah. Semoga bermanfaat. (Klik gambar untuk lebih jelas, gambar tak ikut turutan, tunggu edit kat pc nanti)