Tomato bukan sahaja lazat dimakan, ia juga mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Tidak hairan jika tomato banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan kerana buah kurniaan Allah ini mempunyai banyak vitamin seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin K.
Antara khasiatnya adalah:
Melicinkan kulit
Rendam setengah cawan beras selama 30 minit, toskan airnya dan kisar kasar. Kisar halus 4 biji tomato. Campurkan beras dan tomato ini. Sapukan ke seluruh bahagian badan dan biarkan selama 15 minit. Bilas badan dengan air suam. Ia bagus untuk kulit yang berminyak.
Mengurangkan jerawat
Sifat asid tomato membantu mengurangkan dan membersihkan jerawat di muka. Vitamin A, vitamin C dan vitamin K antara komponen biasa ada di dalam krim jerawat. Semua ini terdapat di dalam tomato. Untuk jerawat yang kecil, potong tomato dan letakkan pada jerawat tersebut. Untuk jerawat yang lebih besar dan serius, kisar tomato dan sapukannya pada wajah. Biarkan selama 1 jam. Bersihkan dan bilas wajah. Amalkan setiap hari, InshaALlah jerawat cepat kering.
Cuaca Malaysia yang panas memudahkan kulit untuk terbakar jika berjemur lama, lebih-lebih lagi di kawasan pantai. Hancurkan setengah biji tomato, dan campurkan dengan 2 sudu besar yogurt. Sapukan ke muka, leher dan bahagian badan yang kulitnya terbakar. Basuh selepas 20 minit. Tomato menyejukkan kulit, manakala yogurt pula memberikan ia protein yang diperlukan dalam kesembuhan dan menjadikan kulit lebih lembt dan anjal.
Mengecilkan pori pada wajah
Pori pori yang besar pada wajah mudah memerangkap kotoran. Kisar tomato dan ambil sesudu jusnya dan campurkannya dengan 2 hingga 4 titis jus limau nipis. Gunakan bebola kapas, sapukan campuran ini ke muka. Urut dalam gerakan membulat. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air dingin. Amalkan selalu untuk mengecilkan pori pada wajah.
Menyerikan Wajah
Campurkan sesudu madu dengan sesudu jus tomato segar. Sapukan ke seluruh wajah sehingga ke leher. Biarkan selama 15 minit dan bilas bersih.
SELAMAT MENCUBA!
SELAMAT MENCUBA!
Sumber
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee?
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290.
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment