My Friends!

Saturday, August 16, 2014

I love Mr.DIY

As salam semua...

Mr.diy? Pernah dengar tak? Ni nama kedai tau, suuuuka sangat2 la kedai ni. Sebab murah. Dan barang2 kat situ semua nya kiut2 dan unik, sesuai la untuk saya nak bagi gift kat customer Shaklee saya. Hihi. Kat sinilah saya biasa beli pillbox. Banyak jenis pillbox yang ada, dari yang murah hinggalah ke mahal. Mahal pon tak sampai rm10 pon. Memang berbaloi2.

Tadi pergi mr.diy kat Jusco Bukit Raja ni je. Dekat dengan rumah saya kat seksyen 7 shah alam. Belikan pillbox downline kirim dan sideline kirim. Penuh satu plastik besar beli tadi, malu nak bawak. Hahaha. Puas hati la sebab pillbox feveret ada stok. Belikan untuk orang lain pon saya yang melebih puas hati, asal dapat beli, memang suka lah. Tak kesah dah beli untuk orang lain pon. Hihihi. Sekali masuk memang kena beli jugak walaupon cakap kat hubby nak masuk round je (tipu sunat ni). Kikiki. Memang hubby pon dah tahu dah taktik, asal ajak pergi jusco memang akan masuk la kt diy tu.

So untuk kawan2 yang nak mencari gift comel2 or pillbox, bolehla ke kedai mr.diy, banyak je cawangan dia kat kl/selangor ni. Kat Shah Alam pon ada banyak cawangan dah mr.diy ni, kat Jusco Bukit Raja, Plaza Alam Sentral, Space U8 (yang ni nama tempat tak sure betol ke tak, penah pergi sekali), dan terbaru kat Tesco Extra dekat area Stadium Shah Alam (tak pernah pergi lagi sejak boikot Tesco, huhu).

Okeylah jumpa lagi di next entry, as salam.