Kalau nak tahu Bella Ammara ada buat grand opening new butik kat Seksyen 7 Shah Alam 30 Ogos, area belakang Jakel, belakang tower Jovian. Area yang memang hot kat Shah Alam ni, dan yang penting 5 minit je dari rumah saya!
Rasanya hari ni 31 ogos diorang teruskan sale sempena opening tu, kebanyakan jubah lawa diorang hanya rm150! Eh macam murah plak rm150, tapi bagi yang kurang fulus cam saya ni mahal jugakla kot. Hihi. Memang xde lagi koleksi dari bella ammara ni dalam lemari. Tapi selalu cuci mata tengok instagram diorang sambil meleleh air mata nak beli. Haha. So boleh window shopping kt ig diorang ek pada yang nk usha2. Design jubah diorang semua longgar, xjarang dan nampak exclusive sangat, design telekung solat pon cantik. Berbaloi utk grab, saya tunggu next raya pulak la baru beli.
So semalam ceritanya memang niat nak pegila bella ammara tu, nak tengok2, tak tau pon nak beli apa, just niat nak tinjau kawasan. Tapiii tengok update diorang kat ig dari 7am orang dah start berator! Kol 9 amik no giliran, kol10 butik bukak. Mak aiii kalah butik pareda kali ni. Hehe gurau je k. Tapi memang ramai, ada kawan pegi pagi dapat no 499! Kol4 ptg baru turn dia masuk. Last2 balik je tak sanggup nak tunggu. Saya pon boleh pegi lainkali untuk cuci mata, kumpul duit dulu. Hihi. Petang semalam round 2-3x jugak memang still penuh ramai orang tunggu turn nak masuk.
Memang ramai giler lah peminat bella ammara ni. Oh ada 2lg butik bawah bella ammara, PUDORE & OSRA, butik ni dalam butik bella ammara tu, sebab tu 2tingkat butik dia. Grandlah, dahla design dari yang lain. I like!
Dan suka tengok owner dia Belle, lawa sangattttt!
Selamat shopping pada yang pegi!
No comments:
Post a Comment