My Friends!

Showing posts with label Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Jerawat. Show all posts

Friday, December 5, 2014

INFO RINGKAS JERAWAT DAN PUNCANYA


Dah lama nak post yang ni, dah lama cari kes naik jerawat teruk kat dahi semenjak dua menjak ni. Mungkin sebab faktor tidur tak menentu sebab anak teruna selalu tido lambat sekarang ni, dalam 2-3pagi baru tido. Ibu dia penuh jerawat kat dahi. Pipi pon ada jugak yang ni xsure la kenapa. Mungkin sebab toksin banyak sangat dalam badan, kena konsisten telan Herblax lepas ni. InsyaAllah. Jom review sikit2 punca jerawat naik.

Kedudukan Jerawat & faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar:


• DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih dan stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

• HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

• DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

• PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

• PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

• PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
••••••••••••
Apa2 pon kita kena sentiasa jaga kesihatan dalaman kita, so luaran pon akan jadi cun melecun hihi. Mehla kita komited jaga muka untuk nampak cun depan suami, syuhhhh jerawattt! (Saya kena rajinkan diri cuci muka, selalu malas nak cuci sebelum tido, tu salah satu punca naik jerawat bagai nak rak, uwaaa!)

Saturday, November 15, 2014

COD Shaklee kat Seksyen 18 Shah Alam

As salam semua.

Hari ni ke Shaklee HQ restock Vitamin C dan GLA yang dah licin, dan barang2 lain. Urgent restock sebab dah ada customer yang menunggu untuk cod area Seksyen 18 Shah Alam ni.

Comey lote je customer ni, umur 23, beli set kecantikan, dia ada masalah jerawat bernanah kat dagu. Tak banyak jerawat tapi jerawat besar, so saya suggestkan Garlic dan Vitamin C dulu. Tunggu dah surut jerawat bolehla tambah ESP dan Vitamin E untuk pudarkan parut plak.

Vitamin C boleh buat masker jugak untuk kesan lagi superb.

Wednesday, October 22, 2014

Petua Menghilangkan Jerawat

As salam semua.

Hari ni terasa nak share tips tradisional untuk hilangkan jerawat besar atau jerawat batu. Sebabnya lately banyak pulak jerawat besar2 naik kat dahi, sakit pulak tu, lama juga nak surut, time solat nak2 time sujud oh seksanya. Ni kes saya sendiri malas cuci muka sebelum tido, padan muka sendiri huhuk. Memang penting sangat2 selalu cuci muka, dan jangan dok gatal tangan selalu sentuh muka, nak2 kat tempat berjerawat. Tapi saya ni jenis tangan xdok diam, selalu je sentuh muka dengan tangan yang berbakteria. So tadi saje google2 cara untuk hilangkan jerawat batu, dan jumpa petua kat bawah ni, meh baca dan boleh cuba.

Jerawat Besar kat Dahi, Sakit!

Cara Hilangkan Jerawat Batu@Besar


Ambil telur putih sahaja, masukkan telur putih dalam bekas kecil. Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil, sapukan telur itu di kapas. letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur. Hasilnya, jerawat itu akan melekat di kapas itu. (Kena cuba dulu baru tahu betol ke tidak jerawat tu lekat kat kapas tu).

Cara Hilangkan Jerawat Halus


Untuk mengatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Menghilangkan Jerawat & bekas jerawat


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus. (Aci tak kalau pakai krim kunyit je, hehe, ni kes malasla ni)

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu. (Yang ni time ingat buat juga, tapi banyak time tak ingat dari ingat)

Petua 6 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu

Masker Telur
Sape2 ada jerawat dan parut bolehlah cuba petua diatas ya. Saya pon kalau rajin nak buat juga, yang telur tu rasa cam nak buat experiment lekat ke tidak jerawat kat kapas. Tak boleh nak imagine lagi, hehe. Sumber asal petua2 ni saya tak pasti dari mana, tadi google jer jumpa ada orang share. 

Selamat mencuba!
(Masker alfalfa, vitamin C pon best untuk kecutkan jerawat, lama dah tak buat ni, sebab malas punya pasal, bila jerawat besar2 naik baru kalut.huhu)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, August 6, 2014

Testimoni GLA

Saje nak refresh balik testimoni sendiri bila consume GLA ni. Sy amik GLA sebab senggugut time period. Saje nak try la kan. Try2 mmg berkesan xsakit langsung smpai xleh nk predict bila akan period. Sebab biasanya 1 day b4 nk period dh start sakit perot. Alhamdulillah.

Lg 1, jerawat biasa naik time period, tp bila mkn gla jerawat kurang dh naik. Best2. Muka pon rasa cam cantik je haha perasan. Sbb lam gla pon ada vit e. Sesuai nk cantikkan kulit bg oily skin cam saya ni.
Ok tu je testimoni saya. Kalau xpercaya kena cuba dulu tau sempena promo GLA Ogos ni berbaloi la nak cuba pon. Murah berbaloi2.

Wawa 011-19300290
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

Monday, July 28, 2014

Mencegah & Merawat Jerawat

Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa kedengaran. Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori2 dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.

Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.

Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.

Cara mencegah jerawat:
  • Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
  • Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
  • Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
  • Dapatkan rehat secukupnya.
Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
  • B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
  • Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
  • Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
Supplement untuk merawat Jerawat:
  • Vitamin E – membantu mengurangkan parut
  • Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
  • GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.