My Friends!

Sunday, December 21, 2014

17 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Ramai Tidak Tahu

As salam semua.

Parking entry ni kat sini, senang saya nak rujuk, saya amik dari sini → http://thevocket.com/17-kegunaan-ubat-gigi/

Meh baca! Gambar tak dapat nak copy sebab taip entry guna phone je. Paham2 jelah ek hihi.
--------------
Bila sebut ubat gigi, pastilah gunanya untuk bersihkan gigi saja.

Tapi rupa-rupanya ada banyak cara lagi ubat gigi ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kadang kala secara tiba-tiba datang dalam hidup kita.

Jom layan 17 lagi penyelesaian yang boleh dibuat dengan ubat gigi.

1. Bersihkan barang kemas termasuk yang ada batu permata intan berlian dengan ubat gigi saja. Cara lain, berus sekali celah-celah batu dengan berus gigi sama macam memberus gigi. → Nak cubala untuk cincin perak yang dah lama tak pakai.

2. Kilatkan kaca pada lampu kereta pun boleh pakai ubat gigi saja. Bersinar-sinar gitu.

3. Para ibu dan pengumpul kasut snikers pasti suka yang ini. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.

4. Jadikan ubat gigi sebagai pencuci tandas pun boleh. Hehe. → Basic H kan ado so tak perlu dah ubat gigi.
 
5. Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.

6. Gula-gula getah melekat di rambut? Ini masalah biasa bagi para ibu yang ada anak kecil yang suka makan gula-gula getah.  Tapi adakalanya kawan-kawan dia yang nakal yang buat. Nak tanggalkan bukan senang. Kini boleh diselesaikan dengan ubat gigi dan berus gigi saja. Haha. → ni sangat berguna untuk mak2 macam saya. Kena ingat ni!

7. Boleh guna ubat gigi untuk hilangkan calar di belakang CD rupanya.

8. Tensyen perabot kayu kat rumah kena conteng dengan anak-anak? Tak mengapa. Ubat gigi kan ada. Sental sampai hilang.

9. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.
 
10. Ini paling tak sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda calar? Hilangkan saja dengan ubat gigi. Yang penting gosok perlahan-lahan ye, bukan sental. Be gentle. → cam best ni!

11. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.

12. Kesan kotoran pada sterika juga boleh dihilangkan dengan ubat gigi. → yeah boleh try sebab iron memang dah hitam sikit

13. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi. → ni pun sama, boleh try sebab memang ada kesan ni kat meja pon.

14. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.

15. Aha, tempek kat muka untuk keringkan jerawat dengan ubat gigi saja. LOL! → SERIUS saya pernah buat yang ni zaman sekolah dulu, siap jadikan ubat gigi sebagai pencuci muka lagi. Hihi

16. Lagi sekali, para ibu pasti suka. “Contenglah dinding tu nak. Nanti kita minta ayah borong ubat gigi banyak-banyak dan sama-sama gotong royong sental dinding ye.” LOL! → yang ni Basic H kan ado, hihi lagi praktikal dan murah.

17. Bersihkan hitam di celah kuku pun boleh dengan ubat gigi.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, December 19, 2014

CAROTOMAX VITAMIN UNTUK MATA


Sape ada masalah rabun kat sini? Saya pon rabun tahap dewa dah. Hahaha. Carotomax membantu utk kurangkan rabun tu slowly dan bantu kurangkan power dari naik. Meh review sikit pasal carotomax.
...
Apa Yang Carotomax Boleh Bantu?
.
Carotomax ni merupakan juga vitamin A.
Antara Manfaat Utama Carotomax Shaklee:
.
☆Mempertingkatkan Penglihatan - Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti  rabun malam, rabun dekat, mata kering, kelesuan mata, katarak, dan gegelung hitam di mata.
.
☆Meredakan Penyakit Kulit - Pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.
 .
☆Melawan Kanser dan Oksidasi- Pengambilan kerap beta karotena mengukkuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
.
☆Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru : batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.
.
Mengapa CarotoMax?? Mengapa Carotomax dari Shaklee berbeza dengan supplement lain?
.
✔ CarotoMax mengandungi 6 variasi karotena, yang diekstrak daripadai rangkaian sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit, dan lain-lain.
.
✔ CarotoMax membekalkan lebih dari 13 mg (21, 500 IU) karotenoid berfaedah ini. Berbanding dengan pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, dan beta korena yang hanya mengandungi 8 mg.
.
HUBUNGI SAYA UNTUK MENCUBA CAROTOMAX.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

instagram.com/wawashaklee

Wednesday, December 17, 2014

Wallpaper Mr.DIY

As salam semua.

Saje nak share, semalam beli wallpaper kat MR.DIY, lama dah dok pikir nak beli tapi sebab rumah sewa je selalu hold dulu niat tu. Tapi semalam tahap wajib beli dah kot. Sebabnya adik dan kakak saya nak datang Shah Alam, bawak husband masing2. Malu rasa tengok rumah penuh dengan hasil seni anak teruna. Huhu. So kitorang laki bini decide nak tampal wallpaper je senang. Nak cat leceh sangat.

So kitorang pon jalankan misi mencari wallpaper kat MR.DIY. Awalnya ke MR.DIY kat Seksyen 18 Shah Alam, MR.DIY yang baru buka kat Shah Alam ni. Dulu situ kedai perabot. MR.DIY Seksyen 18 ni betul2 tepi Ole-Ole. Orang Shah Alam mesti tahu punya. So pegi la MR.DIY tu mencuba nasib dengan harapan menggunung ada banyak stok wallpaper ni. Tapi rupanya tak banyak yang ada. 1 pattern ada beberapa gulung je. Tak cukup sebab feature wall kitorang agak besar. Paling kurang 20 gulung semua yang size 45cm x 2meter = RM3.30.

So mula nya ingat nak pasrah gitu je, tapi husband bagi cadangan ke Plaza Alam Sentral. Situ ada MR.DIY, lama dah tak ke sana. Cari punya cari, ingatkan takde jual kt diy situ sebab round2 tak jumpa, rupanya ada dia longgok kat depan banyak2. Wahhhhh, banyakk sangat ada. Teruja sampai rambang mata nak pilih yang mana. Semua lawa2. Last2 pilih yang design kat bawah ni je sebab banyak stok dia ada. Yang lain rasa tak cukup 20 gulung. So beli 20 gulung tu. 


Cantik tak lepas pasang? Hihi ni kamera kurang lighting. Memang kaler dia saya suka sebab combine 3kaler takla over or serabut tengok. Husband nak yang ada kaler hijau, so okay la sebab memang ada kaler hijau. Berpeluh2 pasang wallpaper ni. Dahla takde tangga, main lapik2 kerusi gitu je panjat. Hihi. Husband yang panjat, saya pembantu je.

Memang puas hati la. Kalau tahu lawa dan murah gini dah lama kitorang beli wallpaper ni. Hihi. So next project bolehla nak tampal kat bilik pulak ke.

So korang yang dok umah sewa cam saya, boleh la beli wallpaper cam ni. Tak rugi sebab murah, dan cantik.

Sunday, December 14, 2014

Pengedar Shaklee Puncak Alam, UiTM Puncak Alam, Alam Suria, Bukit Cerakah, Meru, Kapar dan Kawasan Berhampiran

 Assalamualaikum & Hai Semua ♥

Ni Downline saya untuk yang berhampiran  Puncak Alam, UiTM Puncak Alam, Alam Suria, Bukit Cerakah, Meru, Kapar dan Kawasan Berhampiran boleh dapatkan Shaklee dengan LIYA.


Liya pengedar Shaklee Puncak Alam.;-)


Kawasan COD (cash on delivery) dibuat di kawasan berikut :

(boleh request juga kawasan berhampiran)
  •  Puncak Alam - UiTM Puncak Alam, Alam Jaya, berhampiran Econsave Alam Jaya
  • Fasa 1 Puncak Alam
  • Fasa 2 Puncak Alam
  • Fasa 3 Puncak Alam
  • Alam Suria
  • Bukit Cerakah
  • Sekitar Meru
  • Sekitar Kapar 
  • Dan kawasan Puncak Alam yang berhampiran.

Saya tinggal di  Alam Jaya, Puncak Alam

Khidmat penghantaran percuma (COD) dibuat di kawasan tersebut, manakala khidmat pos disediakan untuk yang berada jauh dari Puncak Alam.

Untuk student dan customer yang berminat mencuba produk Shaklee tetapi mempunyai kekangan kewangan, saya sarankan anda cuba set bajet dalam gambar ni dulu ya.


Boleh terus whatsapp/sms saya 
LIYA 019-9590635 
untuk pertanyaan produk dan order.
Boleh tengok & like FB Page saya 
https://www.facebook.com/darlieeyaPUTRIstore
atau follow IG:
untuk lebih info dan promosi terkini.

♥ Terima Kasih Semua :) ♥

:: Pengedar Shaklee Puncak Alam, UiTM Puncak Alam, Alam Suria, Bukit Cerakah, Meru, Kapar dan Kawasan Berhampiran ::

Testimoni Set Kulit Shaklee

As salam semua.

Nak sharing testimoni dari customer saya. Dulu dia consume Vitamin C, Vitamin E dan Alfalfa, muka dia makin okay dan jerawat pon kurang. Kiranya Shaklee sesuai dengan dia. Tapi dia stop consume Shaklee 2 bulan lepas mungkin sebab kurang budget, slowly lepas tu naik jerawat yang tak diingini. Sebab tu dia cakap nak consume semula Shaklee. :)

So dia bertekad nak teruskan pengambilan Vitamin C, Vitamin E dan Alfalfa tu untuk dapatkan kulit yang sihat macam sebelum ni. InsyaAllah moga kulit customer saya ni makin cantik.

Customer saya ni dok kat Flat Seksyen 7 je, senang betol nak COD sebab dekat sangat. Alhamdulillah.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

instagram.com/wawashaklee

Thursday, December 11, 2014

Inspirasi Hiasan Bilik Tidur Anak

As salam semua.

Hari ni cuti horreyyyy, Selangor cuti, so hari bermalasan sedunia. Happy macam orang keje je kan. Kalah lakiku happynya. Hihihi. Sape suka deco2 bilik? Wajib tengok gambar2 kat bawah ni, boleh jadi inspirasi untuk bilik anak2, inspirasi dari gaya bilik omputeh gitu, semua lawa2. Kemas tersusun, kalau anak ramai wajib buat bilik gini baru lah ada bonding sama adik beradik kalau share bilik kan. Kalau ada kembar 4 lagila wajib buat bilik gini. Selamat cuci mata!










Tuesday, December 9, 2014

Untitled #1


As salam semua.

Comey je kan gambar tu, betul dok apa yang dikata kat gambar tu? Macam betul kan. Haha. Perempuan memang risau (mostly la kan, tak semua) kalau lambat jumpa jodoh, laki plak rilek je kalau tak kawen lagi, tak risau apa pon kan (biasanyalah kan).

Tapi bila dah kawen tanggungjawab lelaki makin besar, sebab tu jadi start risau tu kot. Tapi tak ramai pon yang terlalu risau macam tu. Ramai je yang enjoy kehidupan seadanya, no worries selagi kita berpegang pada landasan yang betul kan. Risau juga tapi berpada2 je semuanya kan.

Moga rumahtangga kita semua diberkati dan kekal sampai akhirnya (tiba2 penutup tiada kaitan, haha). Good night!

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL

7 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung


Pemakanan berkhasiat untuk ibu ketika mengandung adalah perkara yang paling penting untuk di tekankan. Selain untuk kesihatan ibu, ia juga penting bagi tumbesaran janin yang dikandung. Jika sebelum ini kurang menitikberatkan jenis makanan yang diambil tetapi setelah disahkan hamil oleh doktor, perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah pengambilan makanan untuk diet seimbang setiap hari. Berikut disenaraikan pilihan makanan berkhasiat yang sesuai untuk menu harian ibu hamil:
…………………………………
1. Avocado 

Buah avocado kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6, vitamin C dan kalium yang penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Ia juga baik untuk melancarkan saluran pencernaan ibu hamil dan mengelakkan daripada sembelit.  Selain boleh dimakan begitu sahaja, ia juga sedap dijadikan jus minuman untuk sarapan pagi.

2. Brokoli 

Sayur brokoli kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kaya dengan kandungan kalsium. Pengambilan sayuran hijau ini dengan kerap dapat membantu sistem imun badan dan kekuatan tulang yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

3. Kekacang 

Kekacang mengandungi banyak kandungan mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium. Sumber kekacang yang baik ini dapat membantu ibu hamil mengelak daripada kekejangan anggota badan. 

4. Kurma dan Madu 

Makanan berasaskan sunnah Rasulullah SAW ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi untuk memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ia dapat melancarkan perjalanan darah dan memberi kebaikan kepada tumbesaran minda bayi di dalam kandungan.

5. Lobak merah 

Lobak merah kaya dengan vitamin A yang dapat membantu pertumbuhan mata, tulang dan gigi yang sihat kepada bayi di dalam kandungan. Lobak merah bukan sahaja boleh dimakan mentah, malah boleh dibuat jus atau dijadikan sup lobak merah yang pastinya digemari oleh ibu hamil.

6. Telur 

Telur kaya dengan pelbagai jenis khasiat seperti vitamin, mineral dan choline. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline. Choline adalah salah satu nutrisi penting untuk ibu hamil sebagai pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi. Malah, ia juga memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

7. Ikan salmon

Ikan salmon bukan sahaja dipenuhi dengan protein berkualiti tinggi, bahkan mempunyai sumber omega-3 yang tinggi. Omega-3 adalah lemak penting yang diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel otak dan kecerdasan bayi.
………………………………
Justeru itu, untuk memastikan kandungan membesar dengan sihat, elakkan daripada makan makanan segera ataupun makanan yang terlalu pedas dan masam. Seeloknya, banyakkan minum air zam-zam untuk memberi kebaikan keseluruhan kepada kandungan secara jasmani dan rohani.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

instagram.com/wawashaklee

Monday, December 8, 2014

Coaching Anak Baru!

As salam semua.

Alhamdulillah. Sabtu lepas beranak lagi 2 orang anak Shaklee, suka sangat2. Sorang ni dok dekat Puncak Alam ni je, kawan satu skolah dulu. Sorang lagi kat Johor, junior stu dorm skolah dulu.

Tadi anak Shaklee yang kat Puncak Alam ni ada datang nak tanya pasal blog dan pasal Shaklee. Nama dia Daliya. Best pulak dok cerita dan godek2 pasal blog ni. Dia memang dh ada blog since 2011 kot tapi terkubur sebab tak update. Tengok2 blog dia lagi cun dari blog saya la. Hahaha. Cuma takde header je. So tadi ajar buat header, dapat la header ni. Cun tak? Hihi.
Header tu download je dari tenet then edit guna Power Point. Senang je. So setel bab header, ajar buat Google Plus plak. Google plus senang je asal ada email gmail. Suka ajar dia sebab dia memang nak tahu so setiap apa yang diajar dia tulis senang nak rujuk nanti. Ni blog dia www.daliyamillia.blogspot.com boleh la follow dia nanti ye.


Rasa cam cepat je masa berlalu time dok ajar dia tadi. Takpe next time boleh datang lagi kita sama2 share knowledge. So sape2 area Puncak Alam, Kapar dan Meru boleh dapatkan Shaklee dari Liya ni ya. InsyaAllah servis terbaik!

Friday, December 5, 2014

INFO RINGKAS JERAWAT DAN PUNCANYA


Dah lama nak post yang ni, dah lama cari kes naik jerawat teruk kat dahi semenjak dua menjak ni. Mungkin sebab faktor tidur tak menentu sebab anak teruna selalu tido lambat sekarang ni, dalam 2-3pagi baru tido. Ibu dia penuh jerawat kat dahi. Pipi pon ada jugak yang ni xsure la kenapa. Mungkin sebab toksin banyak sangat dalam badan, kena konsisten telan Herblax lepas ni. InsyaAllah. Jom review sikit2 punca jerawat naik.

Kedudukan Jerawat & faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar:


• DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih dan stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

• HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

• DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

• PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

• PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

• PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
••••••••••••
Apa2 pon kita kena sentiasa jaga kesihatan dalaman kita, so luaran pon akan jadi cun melecun hihi. Mehla kita komited jaga muka untuk nampak cun depan suami, syuhhhh jerawattt! (Saya kena rajinkan diri cuci muka, selalu malas nak cuci sebelum tido, tu salah satu punca naik jerawat bagai nak rak, uwaaa!)

Thursday, December 4, 2014

CINCH SHAKE MIX UNTUK KURUS

As salam semua.

Semalam COD kan 1tong cinch choc, lecithin dan herblax kat student dekat Giant Stadium Shah Alam. Mula2 adik ni nak ESP, then bila tahu kelebihan Cinch Shake untuk kurus terus tukar ke Cinch. Bagus betul dia muda2 lagi dah concern tentang kesihatan. Dia tak gemuk pon saya tengok, tapi katanya nak kecikkan paha, insyaAllah semoga adik berjaya dapatkan kesihatan yang baik dengan Shaklee.

Meh kita review sikit apa tu Cinch Shake yang glemer tu.
••••••••••
Cinch Shake Mix adalah minuman berkhasiat yang membantu dalam mengekalkan otot dan memberi rasa puas semasa menurunkan berat badan. 

Dengan pilihan 3 perisa; Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate, anda mampu menikmati kelazatan perisa kegemaran anda.

APA KELEBIHAN CINCH SHAKE MIX?


★Indeks Glisemik Rendah - 22 sesuai untuk penghidap kencing manis
★Diperkayakan dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
★24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
★Tinggi kandungan serat
★Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
★Penggunaan soya bebas GMO

APA ITU LEUCINE?


Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar anak2. 

Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake Mix ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.
••••••••••••
Kalau berminat nak cuba boleh terus hubungi saya ya. Boleh cod area shah alam dan pos seluruh Malaysia.


♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

instagram.com/wawashaklee

Monday, December 1, 2014

Double Promo Shaklee December 2014!

As salam semua.

Alhamdulillah semalam closing November yang manis. Dan hari ni lagi manisss sebab Shaklee buat double promo, sempena bulan orang dapat bonus! Yang lagi best promonya adalah VITAMIN C dan VITAMIN E yang sememangnya hot product even bukan time promo.
Besttt sampai tangan macam sotong dah jadinya tadi dok balas whatsapp customer dan kawan2 tanyakan harga. Doakan saya murah rezeki ya kawan2.

Ni lah dua produk promo bulan ni beli 6 percuma 1. Tapi kalau nak beli 1,2,3,4,5 pon boleh aje, no problemo! Boleh dapatkan cepat sebelum stok habes, takut tak sampai ujung bulan semua stok licinss.


♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.