My Friends!

Friday, October 31, 2014

Tutorial Madison Sugarscarf

As salam semua.

Hari ni nak share tutorial pakai Madison by Sugarscarf. Tak pernah dengar apa lah kan Madison ni? Hehe Madison ni nama shawl, shawl yang dah dijahit sekali dengan inner (inner silang), keluaran butik Sugarscarf. Jadi fenomena dah ramai sangat peminat. Ada dua jenis iaitu Madison Sofia (inner dia satin) RM89 dan Madison Classic (inner dia cotton) RM79.

Banyak kaler baru yang Sugarscarf keluarkan semuanya cantikkkk sangat. Saya baru ada 1 Madison Classic kaler happy orange, terliur gak tengok orang dok selfie kat fb dengan kaler Madison yang cun2. Btw tutorial ni saya amik dari group fb khas untuk peminat Sugarscarf. So share kat sini senang nak refer.

Tutorial Madison 1
Tutorial Madison 2
Tutorial Madison 3
Tutorial Madison 4
Tutorial Madison 5
Tutorial Madison 6

Tengok kaler Madison Classic bawah ni, cunnn sangat2. Tilik jelah dulukan, ada rezeki boleh beli.

Madison Classic Berry
Madison Classic Apple Green
Madison Classic Warm Beige

Ada banyak lagi kaler cun2 boleh ke website dia www.sugarscarf.com untuk usha2 dan shopping. Follow kat ig http://instagram.com/sugarscarf untuk update terkini Sugarscarf. Ni bukan iklan berbayar ok. Hehehe.

Bawah ni Madison Sofia inner dia berkilat sebab satin, kena gosok untuk tak nak bagi nampak kedut tu. Ni lah owner Sugarscarf, Puan Eyqa Sulaiman yang cun. Selamat Bermadison gojes semua!
Madison Sofia

Thursday, October 30, 2014

PETUA HILANGKAN JERAGAT


Tips: PETUA HILANGKAN JERAGAT


Petua tradisional hilangkan jeragat. Selain rawatan moden, masalah jeragat juga boleh diatasi dengan petua tradisional. Berikut beberapa petua tradisional yang boleh anda cuba! Meh kita sama2 cuba. Yang takde jeragat pon boleh je cuba, baik untuk kulit.

Sirih Muda
  • Sediakan beberapa sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Putih Telur
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan lekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci sehingga bersih.
Hampas Kelapa
  • Gosokkan hampas kelapa di seluruh muka anda. Biarkan selama 14 minit. Amalkan selalu. Selain untuk hilangkan jeragat, kulit muka akan halus gebu.
Betik, Beras dan Kayu manis
  • Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah kembang, tumbuk atau kisar dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Kemudian sapukan ke seluruh muka, biarkan ia kering hingga 20 minit.

PERHATIAN!
Jika anda malas untuk mengamalkan Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat, Boleh juga cuba Petua Moden Hilangkan Jeragat iaitu dengan mengambil Collagen Powder Shaklee.


♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, October 29, 2014

Rezeki Tak Terduga

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur sangat2. Happy sangat2 hari ni. (Hari2 lain pon happy tapi hari ni super duper happy). Sebabnya 1st time saya dapat downline dari blog. Biasa ramai customer je yang whatsapp nak COD area Shah Alam. Tapi tadi akak ni whatsapp untuk nak join member terus sebab banyak dia nak borong. RM750 total belian dia.

Terkedu juga, alhamdulillah kan rezeki. Terus tadi register kan online, dan COD kat rumah dia barang yang dia nak urgent. 2 Omega Guard, 2 AJHT, 2 Ostematrik, 2 B-Complex. Balance nya ESP 1, Ostematrik 1 dan memberkit bag kena hantar tunggu barang order online sampai.

Memang dekat je rumah akak ni ngan rumah saya, dalam 5minit naik keta. Berbual lama jugakla tadi, tanya2 rupanya dia ada masalah sakit belakang ngan sakit lutut, sebab tu beli set sendi. Dan akak ni rupanya lecturer kat UiTM Shah Alam, tengah cuti belajar sambung phd. Haha ada geng! Lagila lama berbual tadi. Happy sebab akak ni pon sporting, jumpa macam dah kenal lama gayanya. Hehe. Tq akak register bawah saya. Alhamdulillah. Terus masuk jurnal keyukuran hari ni.

(ni entry semalam, baru sempat publish hari ni)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Tuesday, October 28, 2014

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

As salam semua. Hari ni nak share berkenaan rambut gugur. Saya pon pernah alami masalah sama dulu, rambut teruk sangat gugur sampai rasa nipis dah rambut nya. huhu. Lepas bersalinlah memang ketara sangat, rambut penuh atas lantai dan bilik air. Saya dapat solution dengan start consume Zinc dan guna Syampoo Prosante Purifying (yang lain2 B complex, Vitalea, ESP memang dah consume). Memang menjadi Alhamdulillah. Tapi kena sabar sebab rambut baru tak tumbuh sekelip mata. Berbulan2 baru nampak kesannya kalau istiqomah. Meh kita tengok apa punca rambut gugur dan cara untuk atasinya.

Ape penyebab terjadinya masalah rambut ni?


Banyak jugak faktor-faktornya. Antaranya;
  • Mengandung
  • Bersalin
  • Menyusukan bayi (3 point ini berkait rapat dengan hormon androgen)
  • Tekanan ditempat kerja atau dirumah
  • Pengambilan ubat ubatan
  • Kurangnya nutrisi seperti zat besi dan zinc
  • Menghidap penyakit tiroid
  • Ketidak seimbangan hormon

9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:


1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah rambut gugur?

  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Rawatan rambut gugur bersama vitamin Shaklee:

  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc, B-Complex dan Vita-Lea (multivitamin).
  1. ZINC COMPLEX - Untuk membantu kesihatan rambut rosak, rapuh dan bercabang
  2. B COMPLEX - Untuk masalah peredaran darah terutamanya dibahagian kepala yang melibatkan rambut
  3. VITA LEA - Untuk masalah kekurangan zat besi
  4. ESP - Untuk masalah rambut rapuh dan bercabang
  • Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik, iaitu Revitalizing Syampoo (untuk rambut gugur) / Purifying Syampoo (untuk rambut gugur, kelemumur, kulit kepala gatal2).
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set vitamin ini. Tapi jika anda ada kekangan bajet boleh dapatkan set bajet yang mengandungi Zinc, ESP dan Syampoo.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Monday, October 27, 2014

'This is my card'

As salam semua.

Lately bz sikit tak sempat nak update kerap2 blog. Alhamdulillah boleh maintain once a day dah syukur. Saje nak update new bottle cap sticker dan business card yang baru dapat last week. 
Kali ni sebab suka kaler oren, saya pilih design yang lebih simple dan oren! Lepas ni sape jadi customer saya akan dapat business card ni, 'this is my card'. Hehehe. 1st time ada kad ni teruja jugak. Since design lawa lagi bangga nak bagi kat orang kan. Kalau ada sid nak tempah boleh ke group sid@rekaneka kat fb. Saya memang dari dulu lagi beli flyers dan bottle cap stickers dari diorang. Design cun2 sangat.

Okaylah, good night semua!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Sunday, October 26, 2014

Bojeng Baru

As salam semua.

Finally selepas berpuluh2 orang setiap kali jumpa ingat iqbal ni girl, tadi lepas kejadian kat Amanville (indoor playground) staff kat situ bagi stokin pink kat iqbal (tanpa ragu), kami decide untuk potong pendek rambut iqbal. Walaupon rasa berat hati, kugagahkan juaaa. Hehehe.

Ni gambar sebelum gunting. Amboi kain lapik tu gambarnya haha baru perasan. Iqbal okay je tapi dia geli bila gunting kena kulit dia, maybe sebab dah besar so dah behave dari dulu. Dulu kalau nak gunting siap nangis2 meraung bagai sampai kami malas nak bawak g kedai gunting. Redha gunting sendiri je senget benget pon. Ni kali ke 3 lah iqbal gunting rambut kat kedai sepanjang 3tahun setengah umurnya.

Dan kat bawah ni hasil akhirnya, ni gambar lepas mandi sebab tu nampak terpacak.

Takpe anak ibu tetap hensem cam ibu dia. Eh? :p (stail iqbal bila tersilap cakap).

Saturday, October 25, 2014

Dapat Jugak!

As salam semua.

Finally ku dapat jugak beli shawl halfmoon dari Qaira Hijab yang kaler cam dalam gambar ni. Dulu beli 1 je, rasa nak beli lagi, tadi dapat tahu Qaira Hijab ada buat sale sempena Maal Hijrah terus pegi usha2.

Memang murah la jugak, shawl ni asalnya RM39, bila sale dapat 3 helai RM90 only! Save RM27, Murahhh. Asalnya nak beli sehelai dapat jugak less sebab ada kad dia, tapi sebab semua kaler lawa2, tergoda punya pasal terus beli 3. Satu lagi kaler peach terang gitu. Memang best shawl ni, berbaloi beli, sebab chiffon yang tebal dan berat, terletak elok bila pakai. Dan tak panas.

Beli sehelai lagi palazzo RM40 only lepas less. Semua gara2 palazzo dia super comfy dan cantik sangat bila pakai. Hihi. Bilala nak insaf niiiii. :p Hope dapat jadi muslimah yang lebih baik pasni dari cara berpakaian dan semuanyalah. InsyaAllah.

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah

As salam semua.

Salam Maal Hijrah untuk kita semua. Semoga dengan bertambahnya umur kita, waktu terluang kita dapat isikan dengan sebaik mungkin. Berazam untuk jadi isteri, ibu, anak yang lebih baik untuk keluarga saya. Dan lebih dekat denganNya. Semoga kita semua berjaya ubah diri jadi lebih baik dan istiqomah. InsyaAllah. :)



Selamat Berhujung Minggu.

Thursday, October 23, 2014

Yoyo Car

As salam semua.

Semenjak dua menjak ni suka Sangat update entry time2 ni (means malam sebelum tido). Kes siang hari tak de idea, malam dok tilik2 gambar baru dapat ilham. Time ni free dah santai2 sebelum tido sambil layan iqbal. Tapi jenuh berebut tangan la nak taip 1 entry. Dia suka sangat tarik tangan kalau tengok ibu main phone. Adegan tarik2 dulu sebelum boleh abes tulis ni. (Ni baru lepas adegan tarik menarik diakhiri iqbal minum air then ngadap tab)

Okay berbalik pada tajuk entry, korang pernah dengar ke YOYO CAR? Ke dah pernah main? Ni kes terjebak beli benda ni sebab hari tu g umah nenek kat jengka sepupu ada dok main kereta ni kat rumah nenek tu, baru beli jugak. Iqbal pon mainla round dalam rumah, jakun kejap sebab tak pernah naik. Nak2 umah mok (saya panggil mok kat nenek saya) lantai mozek so licin bestla gerak2.

Yoyo Car / Swing Car
Kat atas ni la rupa yoyo car tu. Stereng depan tu bole pusing 360 darjah. Boleh tampung berat sehingga 80kg so orang dewasa pon boleh naik. Sebab tu saya selalu bonceng ngan iqbal naik keta ni. Hahaha.

Iqbal dan Yoyo Car
Kat mana saya beli? Jenuh jugak mencari kedai jual sebab g cari time kedai semua tutup, lepas maghrib. Sebab time nak beli tu, nak time2 tu jugak. So ronda2 kedai basikal budak ada je jual tapi design dia lain sikit, lagi nampak cam budak2 sebab kalerful. Kami tak nak yang design gitu sebab takut tak berapa kukuh. So gigihla mencari, 2-3hari jugak cari. Last2 hubby kata kawan office dia bagitau ada jual kat Seksyen 23, kat kedai area AEON Big kat situ. So hubby pegi situ beli RM79.

Ada je yang jual lagi murah tapi kebanyakan kena beli online kena pos. Kami yang jenis tak sabar ni tak sanggup le nak tunggu 2-3hari. Haha. Ada juga orang jual kat Pasar Tani Stadium Shah Alam setiap pagi ahad tu, tapi tak boleh nak tunggu ikhtiar juga cari kedai yang jual. Dannnn, hari tu g Mr.DIY rupanya ada jugak jual kat situ. Jenuh cari kalau tahu g je Mr.DIY. huhuhuhu.

So far iqbal happy main, hari2 dia ajak ibu dia bonceng sama. Free2 ibu exercise sejak benda ni ada. Peluh2 jugakla lenguh kaki nak kayuh, sabar jelah.

Oklah, setakat ni dulu, taip sambil berebut ngan iqbal. Kalau tak lagi panjang kot entry ni. :p

Wednesday, October 22, 2014

Petua Menghilangkan Jerawat

As salam semua.

Hari ni terasa nak share tips tradisional untuk hilangkan jerawat besar atau jerawat batu. Sebabnya lately banyak pulak jerawat besar2 naik kat dahi, sakit pulak tu, lama juga nak surut, time solat nak2 time sujud oh seksanya. Ni kes saya sendiri malas cuci muka sebelum tido, padan muka sendiri huhuk. Memang penting sangat2 selalu cuci muka, dan jangan dok gatal tangan selalu sentuh muka, nak2 kat tempat berjerawat. Tapi saya ni jenis tangan xdok diam, selalu je sentuh muka dengan tangan yang berbakteria. So tadi saje google2 cara untuk hilangkan jerawat batu, dan jumpa petua kat bawah ni, meh baca dan boleh cuba.

Jerawat Besar kat Dahi, Sakit!

Cara Hilangkan Jerawat Batu@Besar


Ambil telur putih sahaja, masukkan telur putih dalam bekas kecil. Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil, sapukan telur itu di kapas. letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur. Hasilnya, jerawat itu akan melekat di kapas itu. (Kena cuba dulu baru tahu betol ke tidak jerawat tu lekat kat kapas tu).

Cara Hilangkan Jerawat Halus


Untuk mengatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Menghilangkan Jerawat & bekas jerawat


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus. (Aci tak kalau pakai krim kunyit je, hehe, ni kes malasla ni)

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu. (Yang ni time ingat buat juga, tapi banyak time tak ingat dari ingat)

Petua 6 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu

Masker Telur
Sape2 ada jerawat dan parut bolehlah cuba petua diatas ya. Saya pon kalau rajin nak buat juga, yang telur tu rasa cam nak buat experiment lekat ke tidak jerawat kat kapas. Tak boleh nak imagine lagi, hehe. Sumber asal petua2 ni saya tak pasti dari mana, tadi google jer jumpa ada orang share. 

Selamat mencuba!
(Masker alfalfa, vitamin C pon best untuk kecutkan jerawat, lama dah tak buat ni, sebab malas punya pasal, bila jerawat besar2 naik baru kalut.huhu)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Tuesday, October 21, 2014

My Infused Water

As salam semua.

Malam ni boleh santai2 sempena esok cuti raya deepavali. Selamat bercuti sakan untuk budak sekolah dan cikgu cikgi yang cuti sampai weekend, bestnya. Dah start bunyi mercun dah ni kebaboom disana sini siap terkejut pon ada dah ni. Nasib baik tak tido lagi. Tunggu lepas kol12 baru boleh tido lena malam ni kot.

Okay dah lari dari tajuk asal ni. Saje nak share cara saya buat infused water. Dah lama juga amalkan ni, rasa tak lengkap kalau tak minum. Dan semestinya buah yang wajib ada adalah lemon! Memang kena minum jugak kalau tak memang tak senang duduk, addicted dah ni.

Infused Water : Lemon
Lemon yang paling basic la bagi saya. Sekarang dah tambah kiwi dan limau nipis. Lagi best rasa dia bila tambah madu or performance drink shaklee untuk bagi rasa sikit. Atas selera masing2. Saya letak madu sekarang ni sebab baru restock madu 2botol. Performance drink saya minum dengan cinch tea.

Infused Water : Lemon + Kiwi + Performance Drink Shaklee
Dan bawah ni latest tadi malas nak kupas kiwi, letak limau nipis, lemon dan madu sikit. Memang terbaiklah!

Infused Water : Lemon + Limau Nipis + Madu
Dah try letak timun, tapi rasa tak rasi dengan tekak, so timun letak tepi dulu. Korang pon boleh try and error k, kalau rasa tak best tak boleh telan tukar guna buah lain pulak. Kalau tak sedap tak habis membazir jugak kan, better buat guna buah favourite korang. Sebab tujuan asalnya nak suruh kita minum air masak je 2-3liter sehari. Tambah buah lagi berkhasiat dan jadi best so takdelah rasa kosong sangat air yang kita kena telan.

Oh, lupa, nak sharing cerita iqbal my son ni, hari tu buat infused water letak atas meja makan sebelum minum. Saya kat dapur, dia masuk dapur 2 kali amik air masak. Ingat kan dia minum, rupanya dia tuang dalam infused water sampai penuh hampir tumpah. Yang tu okay lagila, time saya nak minum, saya kacau2 sikit, tengok kat bawah tu disebalik kiwi ada buah bulat sebiji. Dah pelik time tu, belek2 tengok rupanya buah DUKU seketul ada dalam air tu! Hahahaha. Dengan kulit2 nya sekali tanpa dikupas. Adoilah anak, time tu saya kompius nak marah ke nak gelak. Last2 tergelak je tengok muka dia buat dekkk je takut kena marah. Macam2 sungguh. Hehe.

Okaylah tu je nak share. Selamat Hari Deepavali untuk yang meraikan.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia

Monday, October 20, 2014

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan

As salam semua.

Meh join ramai2 best jugak hadiahnya, tekan gambar bawah ni untuk join ek.
Good luck!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.


Sunday, October 19, 2014

Resepi Jeruk Mangga

As salam semua.

Tengok kat fb lately demam jeruk mangga dah smua kan. Ore klate panggil jeruk pauh/colek pauh. Pregnant mommy lagila kalau tengok gambar orang post mesti nak time tu jugak. Ada yang jual rm15 sebekas kat fb include pos. Siap boleh buat bisnes pada yang rajin ni. Pada yang malas, order je tunggu posmen anta. Hehe.

Terjumpa pulak orang share resepi buat jeruk mangga ni, sape yang rajin tadi esok boleh buat ni. Untung2 boleh jual, laku ni kalau jual.

Resepi Jeruk Mangga
Selamat Mencuba!
(Nasib xpregnant kalau tidak memang wajib buat sendiri sebab kalau beli kompom kena beli 10bekas, :p)

Saturday, October 18, 2014

Mini Giveaway by Syira Lokman

As salam semua, jom join Mini Giveaway by Syira Lokman ni. 
Sebab saya jadi sponsor jugak. Hihi mehler join reramai. Hadiah pon banyak.
Klik gambar bawah ni untuk join ek.
Good luck!


Ni senarai hadiahnya:

Special untuk anda?

Bloglist Oktober hingga Disember x10 [Syira]
Novel Dia Sahabatku dan Mini Notebook x1 [Hazimah]
Shawl manik juntai x1 [Shalimar]
Slimfast 1 kotak x1[Mira]
Lace handsock x1 [Zuhaira]
Handsock x2 [Liya]
Sophie Magic Pink Cream [Aenoyou]
Blog review x3 [Wani]
RM5 x1 [Miera]
Topup RM10 x2 [Hafizah]
Topup RM5 x3 [Farah]
Topup RM10 x3 [Nia]
Topup RM5 x 2 [Farihan]

Hadiah misteri x2 [Ruqaiyah]

1 TOP REFERRAL
Herbal Blend Multi-Purpose cream shaklee RM27.50 - [Norazua] << ni saya sponsor
Blouse x1 [Maya]

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, October 17, 2014

Anak Cirit Birit dan Muntah: Apa Yang Perlu Kita Buat?

As salam semua. 

Hari ni nak share info tentang cirit birit. Seminggu sebelum raya haji hari tu, anak saya kena cirit birit dan muntah teruk. 1st time dia kena rasanya sebab tersalah makan. Debar jugakla tengok asyik muntah dan berak cair. Sampai lembik. 2kali kami ke klinik dan nasib baik tak de yang serius hanya cirit birit yang normal. Lama juga untuk recover makan masa seminggu lebih, cuma time teruk tu 2-3hari awal2 tu je muntah teruk. Kemudian dah tak muntah tapi berak cair. So untuk info mommy2 semua saya share kan pasal cirit birit ni, boleh kita buat persediaan kalau jadi kat anak kita, tapi mintak jauhkanlah.

CIRIT-BIRIT


Cirit-birit dicirikan oleh peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli), virus-virus (Rotavirus) dan parasit. Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit.

Dehidrasi

Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan cecair (dehidrasi), dan mungkin boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Simptom-simptom dehidrasi termasuk kering mulut, mata tenggelam, kulit kering berkedut, air mata yang sedikit atau tidak keluar semasa menangis, urin yang berwarna gelap dan pekat, dan rasa mengantuk atau kelesuan yang tidak normal. Jika anak anda mengalami dehidrasi atau hampir mengalaminya, berikan dia cecair yang mengandungi garam oral rehidrasi dengan secepat mungkin. Ia boleh dibeli daripada doktor atau farmasi. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia masih mengalami dehidrasi.

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia mengalami keadaan seperti berikut:

1. Mulut kering.
2. Mata cengkung (gelap je bawah mata).
3. Kulit kering dan berkedut.
4. Sedikit atau tiada air mata apabila menangis.
5. Tidak ada kencing selama 4-6 jam.
6. Kurang daripada 3 kali sehari je kencing.
7. Ubun bayi kelihatan lekok.
8. Tidak aktif atau tidak bermaya.

Apa yang Perlu Dilakukan

1. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak.
2. Terus memberi anak anda diet yang seperti biasa atau tingkatkan penyusuan susu badan.
3. Dapatkan nasihat doktor anda tentang pemakanan atau pemberian supplemen.

PERINGATAN: JANGAN BERI UBATAN UNTUK MEMBERHENTIKAN CIRIT-BIRIT.

MUNTAH


Apabila anak anda muntah, isi kandungan perutnya akan dipaksa naik ke esofagus dan keluar daripada mulutnya. Sesetengah daripada punca-puncanya termasuk, jangkitan virus di perut (gastroenteritis), iritasi perut, keracunan makanan dan jangkitan saluran kencing. Di dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi satu simptom untuk keadaan yang serius, seperti penyumbatan saluran penghadaman, gangguan di dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga, konkusi (kecederaan kepala) dan jangkitan di dalm otak (meningitis).

Oleh kerana anak anda mungkin akan kehilangan jumlah cecair yang banyak apabila muntah, terutama sekali jika dia telah muntah serta diiringi dengan cirit-birit, maka dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi. Dehidrasi yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia:

1. Muntah berulang kali.
2. Memuntahkan cecair berwarna hijau-kuning (hempedu).
3. Mempunyai demam atau sakit kepala.
4. Memuntahkan darah (warna merah cerah, perang dan hitam).
5. Rasa mengantuk dan pening-pening lalat.
6. Enggan makan.
7. Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang Perlu dilakukan

1. Biarkan anak anda muntah. Jangan menahan muntah.
2. Pusingkan kepala anak anda dengan mukanya menghadap besen/tuala bagi mengelakkannya daripada tersedut muntah.
3. Tenangkan hati anak anda semasa dia sedang muntah.
4. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak selepas muntah untuk mengelakkan dehidrasi. (in case kalau muntah cam anak saya hari tu, make sure jangan bagi minum air banyak2 sekaligus, sebab biasanya dia akan muntah balik lepas tu keluar balik semua air yang diminum. Better bagi sikit2 or bagi air ORS. Kami bagi minum air zam2 juga.)
5. Beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap, seperti 4-5 waktu makan dengan sajian yang lebih kecil berbandaing 2-3 waktu makan besar di dalam sehari.
6. Pastikan anak anda tidak makan makanan pejal sehingga dia berhenti daripada muntah.
7. Jangan berlengah mendapatkan bantuan perubatan jika simptom-simptomnya berlanjutan.

Bagaimana Shaklee membantu dalam masalah CIRIT BIRIT DAN MUNTAH??


Boleh berikan Performance Drink untuk pastikan kandungan bendalir dalam badan adalah stabil. Ini adalah bagi mengelakkan dehidrasi. Boleh diberikan pada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas. Berperisa oren yang semulajadi.

Performance Drink
Selain itu juga boleh diberikan Nutriferon bagi meningkatkan antibodi badan dan juga melawan virus yang berada dalam badan. Juga sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas mengikut sukatan yang diberikan. Sangat digalakkan untuk di ambil bersama-sama Performance Drink.

Nutriferon
So mommy2 boleh usaha buat apa yang patot, saya bawa anak saya ke klinik terus dan doktor bagi ORS dan beberapa ubat lain (tak ingat dah). Time ni kami mati kutu dan bagi je ORS, tu pon Iqbal minum sikit sangat2 ORS tu sebab iqbal susah nak makan ubat. Cuma dia nak minum air masak ngan air zam2 so dah redakan sikit risau dia dehidrated. Next time kami akan lebih bersedia dengan Performance Drink dan Nutriferon, tapi mintak2 jauhkan lah anak2 kita dari sakit2.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Selamat Hari Lahir Ma.

As salam semua.

15 October (2days ago) birthday my mother. Yang saya panggil ma. Terlewat post entry ni, xpe janji dah wish untuk ma time harijadi dia.

Kat bawah ni gambar malam besday, kakak dan adik2 saya buat surprise, kat umah kat ketereh kelantan. Saya tak dapat join sebab dok shah alam. Tapi tak kesahla sebab adik beradik semua sporting beli kek dan hadiah untuk ma.


Ma abah nampak happy dalam gambar ni, dan ma nampak muda! Haha. Actually memang agak muda sebab ma baru 49 tahun. Dia lahirkan saya time umur 20 tahun. Kawen muda. Hihi.

Alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik untuk ma dan abah. Semoga ma abah dipanjangkan lagi umur boleh tengok cucu2 next plok. (Setakat ni my son adalah cucu tunggal). Semoga makin murah rezeki dan sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Kami sayang ma abah, sangat2! ♡♡
Selamat Hari Lahir yang ke 49 MA!

Thursday, October 16, 2014

Keistimewaan Garlic Complex Shaklee

As salam semua.

Hari ni nak sambung sikit lagi info pasal Garlic Complex Shaklee. Nak reveal apa istimewanya Garlic Complex Shaklee berbanding yang lain.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif). Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Bawang Putih

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia


♥Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
♥Menormalkan keseimbangan lipoprotein.
♥Menurunkan tekanan darah.
♥Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang.
♥Berfungsi sebagai anti-oksidan.
♥Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi.
♥Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
♥Bantu rawat asthma.

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee


1.   Pengekalan 100% Allicin aktif.
2.   Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic.
3.   Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4.   Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar. 

Khasiat Bawang Putih
Best je tengok khasiat dia kan. Sesuai untuk semua garlic ni. Harga murah je, ada 60biji, untuk sebulan.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, October 15, 2014

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS

Acikk, ampun baru perasan GA ni, boleh join lagi kan? hehehe.
kawan2 meh join kompem dapat adiah ni.

Birthday saya 24 January 1985.
xsabar nak dapat adiah. haha.

Blogger Area Mega Give Away


Wah best giveaway ni, hadiah menarik dan banyak, ada can nak dapat ni.
kalau nak join klik gambar atas ni k.

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru


Klik gambar kat atas ni untuk join ek. Goodluck!

Hadiah :
3x Wideshawls
1x Marsjar Ori Mini
1x Marsjar Oreo Mini
6x Manik Hijab Pin

Segmen Bloglist October irrayyan.com

Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.

Syarat-syaratnya:

1. Wajib follow blog Ibuhana.com
2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.

Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.

Good luck semua!

Pesanan: Klik pada BANNER untuk join





CADANGAN SET POPULAR UNTUK ESP SHAKLEE

…CADANGAN SET UNTUK ESP SHAKLEE…

Sempena Promosi ESP Buy 6 Free 1 masih berlangsung sepanjang Oktober 2014, 
ni set2 yang laris yang biasa menjadi pilihan ramai yang semestinya ada ESP!!

ESP + VITALEA
• Untuk kesihatan optimum + energy booster.

ESP + OMEGA
• Untuk kecerdasan otak + kurangkan kolestrol + set kurus wow jugak.

ESP + B COMPLEX
• Untuk persediaan hamil + untuk ibu hamil lengkap dgn acid folic + utk kurangkan stress + kurangkan migrain

ESP + OSTEMATRIK
• Untuk yg ada gastrik + migrain + hilangkan lenguh2 badan dan sakit pinggang.

ESP + LECITHIN
• Untuk kurus selim melim + kurangkan bgkak susu utk ibu BF!

ESP + GLA COMPLEX
• Untuk kesuburan wanita + legakan senggugut + atasi jeragat + kulit glowing!

ESP + ALFALFA
• Milkbooster + hilangkan keputihan dan sembelit + kacip fatimah moden.

ESP + ZINC
• Atasi masalah rambut gugur + untuk ibu berpantang utk cepat sembuhkan luka dalaman dan luaran.

ESP + VITAMIN E
• Untuk kulit cantik berseri tanpa mekap + hilangkan parut (vit e tak sesuai untuk kulit berminyak).

ESP + VITAMIN C
• Untuk improve sistem imun + kulit cantik.

Set ESP Shaklee
ESP + PEPPERMINT
• Untuk buang angin lam badan + hilangkan loya ibu hamil yang alami alahan.

ESP + MEALSHAKES
• Untuk tambah selera makan.

ESP + CINCH
• Untuk kurus + mengenyangkan.
------------------------------------
Pilih yang mana anda nak, boleh pm/whatsapp saya untuk pertanyaan lanjut.
Nak set selain dari ni pon boleh, boleh request!

Banyak sangat set yang ada ESP tak larat nak taip semua.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.