My Friends!

Monday, June 30, 2014

Jadual Buka Puasa 2014 Selangor

Untuk rujukan saya dan anda smua, kat bawah ni jadual waktu berbuka dan imsak untuk negeri Selangor.
Saya share yg ni je sbb saya dok Shah Alam. Hehe. Selamat menunaikan ibadah puasa kawan2.
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

ESP Terbaik Untuk Gastrik

Assalamualaikum semua.

Sempena bulan Ramadhan ni, mesti ramai antara kita yang risau xboleh puasa penuh sebab GASTRIK. Husband saya pon risau sebab dia penah kena gastrik time puasa, smpai nak pengsan, siap kena cocok kat klinik, balik rumah terus demam. Kesian tengok. Lepas tu, try bancuh kan ESP dan Horlicks untuk dia sahur (yang ni bulan puasa thun lps), alhamdulillah lepas tu xkena dah gastrik sampai skarang.

Sebenarnya husband saya ni degil sikit (ngumpat sikit) susah nak makan supplement, tapi lepas kes gastrik tu, senang je amik ESP semua, xyah pksa, sendiri yang request. Alhamdulillah. So sebsb tu lah Ramadhan kali ni pon menu sahur sama cam tahun lepas, cuma tambahkan performance drink je. 1st day puasa alhamdulillah bertenaga smpai petang, xrasa sangat macam puasa. Xrasa dahaga dan lapar sangat, dan xsakit kepala. Memang saya sangat2 syorkan amik performance drink kepada yang nak puasa. Dan kalau gastrik tambah ESP.

Set Gastrik Shaklee

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Sunday, June 29, 2014

Menu Sahur Saya

Salam Ramadhan semua.

Saje nak share menu sahur sy dan husband. Kitorang xsuka makan yg heavy2 time sahur, susah nak telan dan cepat sangat kenyangnya. Dulu time breastfeeding anak sy iqbal pon ada time2 xmakan nasik time sahur sbb xde selera.

Sy ngan husband prefer makan kurma dan shake2 ESP ngan performance drink je. Mmg tahun lepas pon nilah menu sahur kitorang. Untung dpt husband sehati sejiwa.chewah,alhamdulillah. (Sukala sy xyh nk masak bagai utk sahur, haha). Tp kalau husband sy request nak makan nasik, sy akan bgun masak (ye ke, haha). Tp since dia request xnak yg heavy2, so just follow je kan. Nanti masak2 membazir je kalau xde yg mkn.

So sahur ni sy bancuh ESP + CINCH SHAKE dgn horlicks utk husband sy, dan sy punya bancuh dgn fresh milk farm fresh. Since ada lg stok cinch, sbb tu cmporkan je ngan ESP, fungsi lbh kurang bg tenaga dan rasa kenyang. Performace drink bancuh asing, tgk kt gmbr bwh ni, 4botol shaker guna. 2utk sy, 2utk husband. Dan kurma mmg wajib makan 2-3ketul. Lepas minum semua ni, kenyang buyahhh ore klate panggil. haha. kenyang terlampau sbb penuh air, tmbah2 siap minum lg plain water byk2. Lepas ni gerenti byk kali masuk toilet. Hihi. Xpe janji bdn ckup air sehingga berbuka.

♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

Saturday, June 28, 2014

Enfuselle Shaklee

Alhamduillah, tertunai satu lg hajat nak try Enfuselle Skincare set shaklee. Sebab muka makin oily semenjak dua menjak ni sbb musim panas, so decide nk try enfuselle, tgk testimoni pon menarik je smua. Dari beli yg kat farmasi, baik beli yg shaklee dapat point.hehe.lagipon dah terbukti xde bahan kimia dan selamat.

Since kulit saya ni jenis memang asalnya oily, so dinasihatkan beli full set, cleanser, toner dan moisturizer. Harga? Dont worry, mampu milik. Hehe. Tahan berbulan2 jugak ni rasanya sbb cleanser ngan toner dia botol bsar jgk. 

Ada jugak Enfuselle utk dry skin. Dan untuk normal skin boleh cuba Nutriwhite.

Kat bawah ni ada testimoni terbaru customer pkai set ni. Best2. Xsabar nk guna. Nanti sy bg review lg after sebulan guna k. InsyaAllah.
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, June 27, 2014

Testimoni Set Eczema Shaklee

Testimoni Panasss Set Eczema Shaklee untuk Dewasa

Panas sebab cuaca kt luar kan super hot.hehe.Meh tengok apa yang customer saya bagi feedback lepas hampir seminggu mencuba Set Eczema Shaklee.

"Herbal blend sapu... tp jie suke sapu vita E lg sbb napok mcm berkesan je bila sapu...Tula... hrp2 gtu la. Kene rajin mkn & sapu kt muke. Nmpok mkin kurang dh..." -->Puan Jie.

Refer gambar kat bawah ni utk testimoni dia ya. Customer ni amik full set eczema, ada Omega, Vitamin E, ESP dan Herbal Blend. Dia suka sapu Vitamin E kat tempat eczema, katanya berkesan. Eczema dia sekitar muka dan tangan.

Haa, best kan bila konsisten amalkan shaklee dapat hasil best, walaupon lambat, tp berkesan, sebab Shaklee heal dari dalam. Biar lambat asal kesannya mabeles. Nama lagi natural supplement, bukan bertindak pantas cam ubat. Hanya yang consume tahu betapa bestnya Shaklee. Xcaya? Meh cuba!

Set Eczema Shaklee Untuk Dewasa
Testimoni Set Eczema Shaklee

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Testimoni Herbal Blend

As salam semua.
Saya nak share testimoni customer kawan Shaklee saya (Ezzah) yang dia post kat fb baru2 ni. Tertarik saya nak sharekan kat sini, sebab nak bagitahu kebaikan Herbal Blend kepada mommy2 khasnya.

Memang Herbal Blend krim wajib ada bagi yang ada baby, untuk bantu kurangkan ruam2. Tambah2 skarang ni cuaca panas memanjang, mesti baby kena ruam, anak saya pon kena, sapu je herbal blend, elok la esoknya. Biasanya gitu. Dengan izin Allah kan. Meh baca seterusnya testimoni dari kawan saya ni. Kalau berminat nak order, hubungi saya 011-19300290. Ada lagi Herbal Blend yang available dengan saya.

Thursday, June 26, 2014

Set Puasa Shaklee

ESP, MEALSHAKE, PERFORMANCE DRINK persediaan untuk puasa. Skang cuaca panas. Bukan nak cakap amik ni kenyang sampai petang. X dahaga langsung sampai buka. Klau gitu x rasa la kan nikmat puasa sebenar dan tujuan kita berpuasa.

Kalau PERFORMANCE DRINK ni diambil sebagai minuman isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

ESP ni plak membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan kulit walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.

Ketiga tiga produk ni rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan ianya sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.

Buatlah pilihan bijak untuk kurangkan lemau time bulan puasa. Hehe. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari yang lepas, dan bertambah amal. InsyaAllah.

Set Puasa Shaklee

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Cara Nak Cantikkan Blog

Semalam lepas buat entry TIPS BUAT BLOG ada kawan yang pm saya tanya camana nak mekap blog untuk nampak cun melecun. So saya janji dengan dia untuk buat entry khas cara cantikkan blog ni.

Okey sambil2 baca ni, untuk yang nak belajar better buka terus blog masing2 dan terus follow step by step yang saya ajar ni k. Untuk lebih faham dan cepat ingat.

Dan better bukak kat PC/laptop senang sikit.

STEP 1: 
Buka blog anda dan tengok kat belah atas kanan ada perkataan DESIGN (refer gambar 1 kat bawah). 
Klik DESIGN tu.


STEP 2: 
Lepas klik DESIGN tadi, automatik akan ke blogger dashboard ke apa org panggil. Macam dalam gambar 2 kat bawah ni. So anda boleh tengok kat belah kanan tu mobile version, siapa yang set mobile version ni akan nampak versi mobile bila buka blog anda guna phone.


Contoh mobile version dan web version macam dalam gambar kat bawah ni. Nampak tak apa beza dia? Web version tu paparan sama macam kita buka blog guna pc/laptop. Kalau mobile version pula macam contoh dalam gambar kat bawah ni, nampak tajuk je, nak baca kena klik. So anda pilih nak yang mana, saya prefer web version. Boleh tekan disable mobile version kalau tak nak guna mobile version. Macam dalam gambar 2 saya disable kan. (Blog kak Cery pon xguna mobile version)


okey back to step nak cantikkan blog tadi, please refer to gambar 2 balik, ada butang kaler oren tulis CUSTOMIZE tu, tekan kat situ ya.

STEP 3: 
Lepas tekan customize tadi, terus appear gambar no 3 kat bawah ni. 
Kat sini lah tempat nak edit bagi lawa blog tu. 


STEP 4: 
Jom tengok satu2 apa yang boleh edit kat sini. 
TEMPLATE yang mula2 skali, yang ni anda boleh pilih design blog anda nak yang pesen camana. 
Boleh terus apply kat blog anda k.


STEP 5:
 BACKGROUND IMAGE, yang ni macam blog saya ni gambar bunga 3kuntum ni, biasa saya tukar, ikut mood dan kerajinan. Banyak gambar2 boleh pilih kat sini. Kalau boleh pilih gambar2 yang sesuai yang tak berpinar mata memandang, hehe. 


STEP 6: 
SET WIDTH, yang ni untuk set lebar blog, nak lebar mana, boleh terus try and error.


STEP 7: 
SET LAYOUT, layout ni kalau klik akan terus keluar cam dalam gambar 7 kat bawah ni. so anda boleh drag je nak letak kat mana2 gadget nak letak kat bawah ke, kiri ke, kanan ke, atas ke. Ikut kreativiti anda.


STEP 8: 
ADVANCED ni boleh tukar font, nak bagi besar font ke, nak bold ke, nak italic ke, semua boleh. Nak tukar kaler font pon boleh buat kat sini. anda boleh cuba edit satu2. Saya memang selalu edit yang ni, jenis tulisan ni, suka pulak.


DAH SIAP!!

Tu jelah yang basic nya dari gambr 1 hingga 8. 
Kalau follow dan try buat, insyaAllah boleh cantikkan blog anda nanti. 

Untuk nak add widget or gadjet kiri kanan blog tu, nanti saya buat entry lain pulak k. Dah panjang entry ni.


Masker Vitamin E dan ESP

Ni cara2 nak buat masker vitamin E dan ESP, boleh refer gambar. Cumanya vitamin E untuk yang kulit berminyak tak sesuai untuk buat masker, kalau nak sapu nipis2 kat parut je bolehlah. Jangan pakai satu muka. Takut makin berminyak.

Masker ESP sesuai untuk kulit berminyak. ESP campurkan dengan plain yogurt pon okey, lagi best. Campur vitamin C sekali pon boleh, atau Alfalfa.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 25, 2014

Blogging Guna Phone

Dulu saya pon rasa susah nak blogging guna phone, sebab kecik je phone ni, lenovo s920. berpinar mata tengok (alasan je ni, haha).

Then tiba2 dapat tahu ada application kat playstore, BLOGGER so terus la download dan guna. Very2 simple and easy to use. User friendly. (eh dah campor plak english dan malay, haha). Entry ni pon saya guna application tulah.

Untuk beginner yang rasa susah nak blogging, download je BLOGGER ni, senang kerja, tak rumit langsung, boleh update blog on the go. Pergi mana2 pon tak de alasan tak bukak pc/laptop. Hujung jari je semua. So fully utilize phone anda, nanti boleh jadi alasan nak beli phone baru. Ehemmmm ehemmm.haha.

Gambar kat bawah ni yang logo B tu kaler oren tu kat tepi maybank2u tu BLOGGER nya. Cepat download semua! ;p Saya letak kt depan senang nak guna. Sebab memang selalu guna. Selamat berblogging. Jangan lupa follow saya nanti saya follow balik, boleh tinggal link kat ruangan komen. ♡♡♡

Tips Buat Blog

As salam smua

Saya nak share skit kelas isnin hri tu, sy g kelas motivasi dan kelas basic shaklee isnin bru ni.master laila, master zura, ni ada dtg.best sgt amik aura.

1st nk share psal buat blog, blog mmg2 sgt penting, sy nasihatkan sape yg xde blog lg (kalau serius nk bisnes), kena buat blog.wajib!

Tips untuk buat blog:
  • Better guna nama sendiri utk nama blog, misalnya norazua10.blogspot.com, tp xprefer letak no 10 tu, kalau blh xyh letak no.letak nama penuh lg elok.
  • Kalau blh tajuk setiap entry blog buat yg simple2 yg keywords org biasa search.
  • Blog entry xsemestinya pnjg berjela, penuh bahasa alien psl produk, just santai2 tulis apa aktiviti hari tu ke, tulis apa yg u minat, kalau minat masak buatla entry psl masakan, smbil2 tu selit skit psl produk u jual.then bila sebut produk trus buat link supaya org tekan trus kpd detail psl produk tu.
  • Tajuk blog jgn nmpak mcm nk menjual sgt, just tulis mcm kita nk sharing info ngan org.sbb bila org nk beli mesti tgk info lain kt blog kita, just share je info yg u rasa nk share.kalau suka fesyen muslimah, share la psl tu (sy minat ni).
  • Gunakan ayat2 yang senang faham dan jangan guna short form pelik2 yg buatkan org terbelit2 otak nak faham hehe. Gunakan ayat standard biasa2 yg biasa org guna.
  • Kalau nak guna English, better tulis full in English, kalau nk guna malay, tulis smua in malay. (sy prefer malay sebab grammar kelaut)
Tips utk naikkan rating blog:
  • Rajinkan blogwalking, means g baca blog org then komen kt entry diorang serta tgglkan link blog kita utk diorg follow.tp kdg2 cara ni lmbt skit nmpak hasil sbb ramai blogger trlepas pndang komen kita.sy pon ada trlepas pndang 1 komen smlm, komen smggu lps lg.
  • Cara paling cpt nak naikkan rating blog buat 5entry sehari selama sebulan.yg ni sy pon nk try.semalam buat 3 sbb start mlm dh.
Yg xde blog bolehla start buat, untuk long term business sangat2 penting, sebab saya sendiri dapat ramai customer dari blog. Just nak share mana tahu makin murah rezeki. InsyaAllah.

Tuesday, June 24, 2014

Panduan Memilih Supplement Vitamin E

Panduan Memilih Supplement Vitamin E
------------------------
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi. Boleh lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. (satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)

2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label

3. Pilih Vit E yg berserta selenium

"Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan.."

**Pilihlah Vitamin E Complex Shaklee sebab ia memenuhi garis panduan di atas. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]**

Wawa 011-19300290
www.facebook.com/splendidsupplement


Radiusite Customer Appreciation Day


Assalamualaikum

Weekend last week Radiusite kat Shah Alam ada buat Sale sempena 5 tahun Radiusite. So sebab saya duduk area dekat je dengan radiusite, saya tak lepaskan peluang untuk join sekali shopping time murah ni, haha...alasan je kan. Tapikan ya ampunnn, ramai gila beratur sampai keluar time nak masuk radiusite masa hari sabtu tu, kalah butik pareeda dah ni. saya pergi tengahari, beratur adalah sejam kot nak masuk. Sempat grab analily 3 helai rm120 sebab memang cari instant hijab. Tapikan shawl radiusite lawa2 kaler smua macam lollypop dia punya colourful tu. Nasib ditetapkan iman tak grab semua. hihi.

Memang dugaan sebab duduk area dekat dengan Jakel Seksyen 7 ni, semua kedai tudung ada kat sini yang glamer2. Cuma Alhumaira Contemporary tak ada kat sini, hopefully diorang tergerak hati nak buka butik kat sini. hehe. Dreemika, Sugarscarf, Qaira Hijab, Zawara, Calaqisya, Rina Salleh, Pearl Haya, dan banyak lagilah semua ada kat sini. Pokai kalau tiap2 minggu diorang gilir buat sale. haha. Satu lagi area baru nak naik kat Alam Avenue area Padang Jawa. Butik2 semua baru nak buat grand opening. Shawl By Vsnow rasanya minggu ni nak rasmikan. warghhh.....lama dah usha2 tudung dia....kena pujuk hubby la nak pergi ni, cakap konon2 nak tengok2 je. haha.

Motivasi Shaklee

Assalamualaikum semua...

Semalam saya attend kelas Shaklee bawah empire Master Laila, kat De Palma Hotel Seksyen 19 Shah Alam. Kebetulan ada buat kat Shah Alam, apa lagi, jangan lepaskan peluang best ni. Bukan selalu boleh jumpa Master2 hebat ni, Master Zura Betty pon datang all the way from Johor.

Banyak sangat dapat motivasi semalam, rasa macam nak jadi katak pekak sungguh2 haha. Taklah 100% pekak, just pekak telinga untuk komen2 negatif je, supaya hidup dalam dunia yang penuh cas2 positive, barulah bahagia gembira.

Semalam ada sharing pasal macam mana nak start bisnes shaklee ni, cara kira bonus, cara kira nak dapat car bonus dan point untuk conference. Dan kepentingan Vision Board dan TULIS 99 IMPIAN kita atas kertas. Kenapa perlu tulis? Supaya impian tu tak terbang ditiup angin, haha... Supaya impian tu kita selalu tengok dan ingat akan matlamat kita nak berjaya, sebagai push factor. Push factor ni sangat2 penting, korang nak berjaya kenapa, untuk siapa, tapi lastly mesti kembali kan semuanya buat iklas utk Allah, Lillahitaala. Cuma yang penting, kena tulis semua impian tu, tampal kat dinding, tengok hari2. Saya dah buat vision board, cuma 99 impian baru buat semalam dan belum complete. InsyaAllah akan completekan secepat mungkin.


Target untuk sekarang, nak naik Coordinator, nak dapatkan car bonus, dan collect point sebanyak mungkin untuk ke Italy next year! InsyaAllah, kena tulis besar2, dan usaha untuk capai. I CAN DO IT!

Sunday, June 22, 2014

Testimoni Vitamin E Shaklee

Testimoni Meletop Vit E Shaklee. ;)

Akak ni umur 35 tp skin age dia 27. Dia konsisten amik Vitamin E Shaklee selama 2tahun. Ada kwn2 yg muda dari dia cek jgk skin age tp skin age diorang lbh tua dari usia. Hah, camana tu? Smuanya penangan Vit E Shaklee!


"mmg terkejut tgk result tu.. dah la tgh perkhemahan dgn bdk2 kadet polis... sunburn.. tgk result kt komp mmg kulit luar dan dlm sgt elok.. cuma keliling mata je ada hitam2 skit.." ⇨kata akak ni lg.

Istiqomah mmg penting, nak awet muda mmg kna telan vit e hari2, result cpt ke lambat berbeza atas individu, jangan makan sebulan je pastu stop, mmg xdptla hasil yg best tu. Hihi.

Meh sama2 awet muda mcm akak ni, promo vit e masih berlangsung! Sebotol tahan utk 4bulan, ada 120biji, sebiji je sehari.

Berminat?Hubungi sy cepat2!
♡wawa 011-19300290♡
www.norazua10.blogspot.com

Thursday, June 19, 2014

Nutriferon Dan Demam

Saje nak share testimoni sendiri Nutriferon utk boost sistem imun, trutamanya time nak demam.

Alhamdulillah I feel much better after amik nutriferon, pg td rasa mcm nk demam selsema, trus amik 1sachet nutriferon, rehat kejap, now rasa lbh sihat, alhamdulillah. Tadi hidung dh rasa cam nk selsema, skarang dh okey. Syukur sgt2.

Sejak consume shaklee, no more panadol or pain killer, dah bertahun xamik, mencuba utk hidup lbh sihat tnpa bantuan panadol/pain killer, tringat zaman skolah menengah, ponstan hari2 telan (oh noo, nyesal sgguh), moga nikmat kesihatan berpanjangan, insyaAllah.

Belajar dari kesilapan kan, sbb dulu buat ponstan cam gula2 everyday asal sakit kepala trus telan, smpai kdg2 dah xberkesan, kena telan byk biji bru okey. Mmg sy slalu sakit kepala, xleh panas trutamanya, dan kait gak kot ngan mata sbb sy rabun teruk, ada silau lg, so mudah sakit kepala. Lepas ada anak, kenal shaklee, mmg xde dh lam simpanan panadol/ponstan, unless utk kes2 kecemasan cam sakit gigi/cabut gigi. Tp seingat saya mmg lama dh xamik panadol, cuba elakkan, kalau sakit kepala sy pilih utk telan shaklee, dan alhamdulillah berkesan utk sy. So sy pilih utk bebas dari panadol. Hehe. Ianya bukan paksaan, tp pilihan, kita buat pilihan terbaik utk tubuh kita.

**Shaklee hanyalah penyebab, Allah yg beri kesembuhan. :) syukur atas nikmat sihat yg Allah beri.

Tuesday, June 17, 2014

Alfalfa Kurangkan Bau Badan

Dari semalam rasa nak buat blog entry pasal ni, teruja sebab testimoni diri sendiri. 

Anda ada masalah bau badan? Kuat berpeluh? Bau badan yang busuk boleh membuat seseorang individu tidak yakin dengan diri sendiri. Selain itu, ia turut mengganggu orang di sekeliling. Memang mengganggu, diri sendiri yg bau pon terganggu jugak, mmg kurang keyakinan.

Punca Bau Badan

Peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak, dan bahagian-bahagian lain yang berbulu. Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Alfalfa Membantu Hilangkan Bau Badan

Secara amnya, Alfalfa berfungsi untuk proses detokfikasi. Ini kerana elemen yang ada dalam Alfalfa antaranya adalah antibakteria. Jika anda menghadapai masalah bau badan ini, jangan risau. Alfalfa boleh membantu.

(sumber: FB Master Iffah Anuar)

TESTIMONI ALFALFA KURANGKAN BAU BADAN

Ni testimoni diri sendiri, hari tu saya terskip alfalfa time nak cerai susu anak sy, lepas tu lupa nak consume balik, then sy perasan bau badan perghhh hahaha, kuat sgt nak2 bau ketiakk...mmg kuat peluh sejak amik cinch tea, pastu cpt sgt bdn bau, slalu kna pkai deodorant tp still kuat baunya.haha.pastu sy start amik alfalfa smula, amik 10biji skaligus, lepas tu sy prasan bau badan NO MORE!! jimat deodorant kali ni hahaha.walaupon peluh kuat, tp xbau dah ketiak busuk smua tu, alhamdulillah.bukan ckp kosong ni ye, mmg pengalaman sendiri.xcuba xtahu.hehe.meh tgk testimoni org lain plak.

Berminat nak cuba alfalfa? Jangan malu2 untuk hubungi sy ya!

♥ Your Shaklee Independent Distributor~1052321
♥ WAWA 011-19300290
www.facebook.com/splendidsupplement
♥ Pengedar Sah Shaklee area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersil) dan kawasan Shah Alam yang berhampiran.
♥ Pos ke seluruh Malaysia.

Saturday, June 14, 2014

INFO PRODUK: SKIN CARE SHAKLEE - NUTRIWHITE ATAU ENFUSELLE?

Ramai yg mula minat nak cuba skin care Shaklee..tp yg mane satu?
Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda..

Jom kenali kedua-duanya dan kesesuaiannya dengan kulit anda:

1) SKIN CARE NUTRIWHITE 
Lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. 

Antara product2 Nutriwhite :

♥ Gentle Deep Foaming Cleanser :

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
♥ Soothing Radiance Whitening Softner :
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan
♥ Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
♥ Daily Defence Whitening Essence :
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit
♥ Overnight Renewal Whitening Cream :
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
♥ Gentle Action Makeup Remover :
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
♥ Spot Whitening Treatment :
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

2) SKIN CARE ENFUSELLES 
Sesuai pd yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori product Enfuselles :


(i) Normal to Dry Skin : sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :

♥ Hydrating Cleansing Lotion :

  • Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
♥ Hydrating Toner :
  • Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
  • Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
♥ Hydrating Moisturizer :
  • Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
  • Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
   Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
♥ Eye Treatment :
  • Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
   Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

(ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :

♥ Purifying Cleansing Gel :
  • Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
♥ Purifying Toner :
  • Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
  • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
   Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
♥ Balancing Moisturizer :
  • Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
  • Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
   Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
♥ Eye Treatment :
  • Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
   Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

sumber : Shaklee Malaysia
♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, June 13, 2014

Sahur Dengan Shaklee

Puasa nk dekat dh, ESP + Performance drink + mealshakes akan jd menu wajib sahur nanti. Skarang panas luar biasa, utk kekal bertenaga dan cegah dehidrasi mmg perlukan 3 ni. Tp anda ada pilihan:

1 ESP + PERFORMANCE DRINK
2 MEALSHAKES + PERFORMANCE DRINK
3 ESP + MEALSHAKES + PERFORMANCE DRINK

Performance drink tu wajib, nak2 utk ibu menyusu, amik ngan ESP lg bagus. Kurangkan keletihan dan maintain susu time puasa.

Ready stock!!
Performance Drink
Set Puasa Shaklee

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, June 11, 2014

Sembelit dan Shaklee

Happy sangat dpt feedback best dari customer yg amik Herblax + Alfalfa, dia ada masalah sembelit yg agak teruk. Ni feedback yg dia share:

"Thx, both product works perfectly fine for me! They are awesome! The add points are:
♡no diarrhea effect as other laxative product might have
♡Easy to consume
My problem did get better, now i am just taking the alfalfa."
.......Miss Cheryl from Penang.

So yg mana ada sembelit yang teruk, boleh cuba herblax dan alfalfa. Both mmg terbaik sbb sy pon ada masalah sembelit dan getting better after consume both product.

Wawa 011-19300290

Lebih info utk sembelit dan shaklee refer SINI ya!

Tuesday, June 10, 2014

Eksperimen Vitalea Larut Air

Experiment sy sendiri ni, nak buktikan Vitalea mmg larut air dan xmeninggalkan sisa dalam bdn kita. Mmg btol, 2-3minit dalam air vitalea dah start larut, kemudian siap boleh kacau2 jadi air vitalea then minum, hehe. (Rasa xbrapa best so sy campor madu bru boleh minum, sebab tu prefer telan gtu je dari buat air). Bg preggy mommy yg xleh nk telan tablet, mungkin ni salah satu cara utk telan vitalea, iaitu larutkan lam air dan minum. Boleh juga patahkan kpd 2-3bahagian kalau rasa vitalea bsar sgt.

So setelah buktikan Vitalea larut air, baru lah terpikir sbb tu jugaklah kebanyakan supplement shaklee boleh dibuat masker, sbb smuanya larut air, dan boleh dihancurkan dgn mudah tanpa perlu ketuk dgn lesung. Hihi.

So, Pilihlah hanya yg terbaik utk badan anda ya. Vitalea ni vitamin wajib utk pastikan sy bertenaga seharian.

Wawa 011-19300290

Saturday, June 7, 2014

Hantaran Shaklee

Mesti rmai nak kawin menjelang Syawal ni, dah beli barang utk hantaran? Apa kata letak produk Shaklee atas dulang hantaran, nampak exclusive sgt! Kalau mmg yg dah consume shaklee elok sgt letak produk Shaklee, boleh sharing kebaikan produk ngan org lain.

Para bakal suami juga boleh surprisekan bakal wife dengan letak produk shaklee, nak2 produk utk kecantikan, macam VIVIX + COLLAGEN + VITAMIN E + VITAMIN C + ESP. Dan juga produk untuk kesuburan GLA + B COMPLEX + ALFALFA + VITAMIN E + ZINC.

Sempena Vitamin E tengah promo, jom grab terus bulan ni!
Berminat boleh hubungi sy ya.
Wawa 011-19300290
*Time kawen dulu xkenal lg shaklee, kalau x mmg akan ada shaklee ni sebagai hantaran. :)

Hantaran Shaklee

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Friday, June 6, 2014

Basic H dan Kegunaannya


Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus untuk banyak kegunaan.
.........................................
CARA PENGGUNAAN

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.

  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit. 
2. Mencuci & membersih ikan, ayam &daging & makanan laut daripada bahan awet.
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit. 
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit. 

 4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak. 
 5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya.
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus. 
 6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya.
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas. 
 7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan.
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai. 
 8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya.
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal. 
 9. Mengasah pisau.
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam. 
 10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya.
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas. 
.......................................
UNTUK KECEMASAN

CARA PENGGUNAAN

1. Menghapuskan kutu di atas kepala.

  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas.
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk. 
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya.
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga.
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor).
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala. 
5. Sakit gigi.
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit. 
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas. 
7. Ulser dan mulut berbau.
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin).
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan. 
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya.
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru. 
......................................
Apa lagi kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampin pakai semula [cloth diaper] dengan lebih bersih.

 
..........................................
Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu kita dengan banyak urusan.

♥ Your Shaklee Independent Distributor~1052321
♥ WAWA 011-19300290
www.facebook.com/splendidsupplement
♥ Pengedar Sah Shaklee area UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersil) dan kawasan Shah Alam yang berhampiran.
♥ Pos ke seluruh Malaysia.