My Friends!

Monday, September 30, 2013

10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yang Disarankan

Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita. Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Pokoknya, jangan pernah terfikir untuk berhenti berusaha!


Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeqi dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah.

Barangkali TIPS berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:
  • Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  • Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  • Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  • Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  • Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  • Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  • Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  • Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  • Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  • Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)


Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)



Anda juga boleh mengambil set kesuburan yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:

1) Zinc Complex

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:


1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Insha-Allah.

sumber: celikvitamin.com

Tuesday, September 24, 2013

Vitalea Multivitamin Terbaik Dunia


Assalamualaikum, tengahari ni nak share info tentang VITALEA sebab ada ramai sangat tanyakan produk utk beri tenaga sepanjang hari.... Vitalea ni killer product shaklee, biasa kalau yg baru nk cuba consume shaklee di suggestkan amik Vitalea dulu.

Anda selalu ke bertanya pd diri sendiri kenapa aku masih penat bila ANDA TIDUR CUKUP.. MAKAN PUN CUKUP.. tapi kenapa masih penat? masih letih?
"satu daripada lima wanita kekurangan zat besi dalam darah dan simptomnya yang paling kerap berlaku adalah rasa letih yang tidak diketahui punca" paul Voucher.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal mendedahkan wanita yang mengambil 80mg supplement zat besi kurang mengalami rasa letih.


Kenapa Vitalea?

VITALEA (MULTIVITAMIN) TERBAIK yang mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vitalea juga lengkap dengan multivitamin dan multimineral yang mengandungi 28 jenis vitamin untuk keperluan nutrien harian tubuh kita.

Punca utama kita selalu penat disebabkan kekurangan zat besi. dan kenapa saya cadangkan VITALEA utk atasi masalah keletihan? sebab dalam vitalea ada kandungan zat besi. zat besi inilah yang akan menolong angkut oksigen supaya kita x penat. sebab.. bila kita kurang zat besi jadi darah tak dapat angkut oksigen dengan baik.
kalau yg selalu ngantuk n penat time kerja sesuai sgt amik vitalea
patutlah dulu mak saya suka sangat masak sayur bayam!! mak cakap makan sayur ni banyak khasiat. dulu tak faham apa2.. so makan je lah ngn ikan goreng atau ayam goreng nasik panas2.. fuhhh!!! (kecur liur) dulu makan je tanpa amik tau.. skang dah tau sebab nya dalam bayam ni ada zat besi. bila badan kita cukup oksigen secara x langsung otak pun cergas.. patut la banyak khasiat.. pandaikan mak mak dulu trick kita suh makan sayur.. 

nak tau x yang shaklee ni dah buat 340 ujian makmal untuk atasi keberkesanan multivitamin ni.. rasenya xde lagi syarikat yang buat sebegitu banyak ujian terhadap produk mereka. 

dannnn vitalea merupakan vitamin pertama yang dicipta pleh DR C FORESS SHAKLEE yang dikenali dengan nama vitalized mineral dalam bentuk cecair, pada tahun 1902. so vitalea ni dah lebih umur 90 tahun!! ianya sangat mudah larut.. jika direndam dalam air tak sampai 5 minit akan larut.. hancur. begitu jugalah apabila masuk ke dalam badan kita :)

masih ragu2?

3 sebab kenapa vitalea berbeza dengan ribuan multivitamin lain kerana

1. vitalea disokong oleh banyak kajian klinikal. 

2. teknologi salutan mikro membolehkan penyerapan yg pantas ke dlm perut supaya meningkatkan penyerapan asid folik ngan vit b bg menghasilkan serta memelihara sel2 baru...sbb tu vitalea cepat larut dlm air.

3. setiap kali vitalea dihasilkan, ujian kualiti dilakukan sebanyak lebih 340 kali..Selain merupakan multivitamin tertua di dunia vitalea yg super power ini di formulasikan khusus dgn 28 jnis vitamin serta mineral yg bdn kite perlukan..weehuu...

i like vitalea sbb ia sumber tenaga di kala menyusukan anak..walaupun size yg gedabak besar tu tapi oleh kerana kandungan hebatnya vitalea mmg menjd vitamin penting...buat customer yg sering berkira2, tak nak telan pelbagai vit & at the same time nak sihat sy cadangkan amik vitalea je..

jom kita baca testimoni pengguna vitalea :)





Berminat? hubungi sy segera, jangan malu2....


Monday, September 23, 2013

Blogging guna phone

Hihi darat betol la sy ni, baru download blogger utk phone. Patotla mcm susah sgt nk update blog guna phone.

So senang le lpas ni, hehe.

Pd yg baru blajar nk buat blog, dont wori xsusah pon, sy pon baru blajar skali lg after bertahun2 xbkak blog ni, senang sgt, tp make sure blajar slowly step by step, tgk satu2, jgn rushing nanti lg blurrr.hehe.

Sy pon dlm proses blajar lg utk cantikkan blog, tp setiap hari ada je bnda baru sy blajar, n today, nilah bnda baru nya, blogging tru phone.haha jgn gelak sbb sy excited bnda yg smua org tahu guna.

Emm, nak jgak bgtau ni, mstilah kan, blog utk bisnes ni, kna la promote produk sendiri, hehe.

Ni ada set budget utk yg ada kekangan kewangan utk bli supplement. Set budget ni terdiri dari set hamil, set utk kulit/jeragat, set kesuburan, set utk kanak kanak, set kurus, set sendi/tulang dan set menyusu.

semua set ni mmg murah dan berbaloi kalau nk cuba sbgai permulaan. kalau berminat blh hubungi sy ya,011-19300290.kalau nak tnya2 saje dulu pon blh, gaji dh esok lusa ni, boleh start fikir dh nk try produk mana dulu, hehe.


Sunday, September 22, 2013

Meal Shakes

Alhamdulillah seronok dengar bila ada kawan yg beli Meal Shakes utk anak dia bgtahu anak dia dh bertambah selera makan dan makin senang nak makan, kalau dulu seorang yg picky eater sekarang dah kurang memilih makanan.


Teruja dengan hasil yang memuaskan disini secara ringkasnya saya kongsikan kebaikan meal shakes shaklee ni.


6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap

  • Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

  • Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

  • Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6. Detox

  • Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah :

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

Jom baca apa kata mereka yang telah mencuba Meal Shakes:











Berminat untuk berikan yang terbaik buat anak anda? hubungi saya segera utk khidmat nasihat percuma.

Thursday, September 19, 2013

Pengalaman Sendiri Consume Shaklee

Testimoni diri sendiri, jom kongsi pengalaman...
(copy paste dr fb sy je sbb mls nk taip balik)

Starting point sy consume shaklee adlh sbb time iqbal 5bln sy mengalami bengkak susu yg serius slma seminggu, lps smggu baru pegi klinik, time tu mmg sakit sgt, jln pon rasa nk pengsan, susu mmg drop dh sbb sebelah mmg xkluar, n sakit, sian iqbal time tu sbb dia fully bf, kuatkan hati g klinik doc ckp kna mkn antibiotik for a week, lgla takut susu drop sbb spnjg sy tahu kalau mkn ubt dpt mengurangkan kuantiti susu, nak2 ubt selsema, (tp kesan mgkin brbeza brgantung pd individu).

Dlm takut2 tu mkn jgak ubt doc bg sbb kalau makin truk takut smpai kna operate (sori sbb sy xguna istilah sains utk nama bgkak susu etc sbb sy takut salah guna, hihi). 

Then bermulalah episod susu makin drop tp sakit bengkak tu day by day makin ok. Masa tu dh berkira2 nk bli susu formula sbb mmg dh nk give up. 

Then husband ckp, dia ada trbaca tntang supplements yg dpt tmbhkn susu bdn, then trus gugel, tadaa, jumpalah shaklee, disitulah episod pertama sy consume shaklee utk tmbahkan susu bdn. 

Tp yg paling sy gembira, sy dpt benefit byak sgt, slh 1 nya adlah sy xkena bengkak susu dh after that smpai skrg, happy sgt alhamdulillah. Sbb sblum iqbal umur 5bln tu dh byak kali sy kna bgkak susu, adala nak dkt 5x. 

Sy consume mula2 tu hanyalah ALFALFA, B-COMPLEX, VITALEA, VITAMIN C & LECITHIN. Sedih sgtla sbb susu bila pump dpt 1oz pon susah. Iqbal plak kuat menyusu, after mkn supplemt tu consistently alhamdulillah day by day susu makin byak, dia xbyk mendadak tau, slowly and gradually, tp ingat kna byak minum air dan pump or bg direct feeding. Kalau mkn supplement semata2 tanpa pump etc, mknlah berpuluh-puluh jenis supplement pon ttp xkan bg kesan. Hehe. So kuncinya adalah kena konsisten, supplement hanyalah bantuan tmbahan utk perbykkan susu. Then lps tu, sy slowly add on ESP, Ostematrik dan GLA.

So yg tu benefit utk tmbh susu. Paling best benefitnya adalah, bdn sy xlesu xpenat sperti sblom tu, sukaa sgt, rasa mcm robot blh buat kerja xbrenti smpai ke mlm tp still xrasa penat. Hubby pon nmpak perubahannya. Sbb sebelom tu kalau iqbal tido sy mstilah join sama kan, tp after amik supplements shaklee xtido pon xpe dah. Dan xrasa nk tido pon sbb bdn bertenaga. Best sgt. Rasa mcm dh jd superibu tetiba. Tp semuanya dtg dari Allah, suppement ni sebagai usaha kita, doa xleh tggal. Kena bergerak seiring. 

Jom sama2 ubah hidup kita, jom sama2 consume shaklee.


ni gambar sy zaman dulu yg before tu, barulah perasan muka sangatla kusam bila tgk balik gmbr lama, sori ni je gmbr yg ada lam pc, yg lain ada lam laptop malas nk bukak. yg after tu, gmbr tudung kelabu tu time raya baru ni, n yg satu lg tu last week dua2 xmekap, pkai bedak baby johnson saje. sy mmg cerah tp muka kusam, patutla dulu time blajar rasa mcm xberseri sgt muka. nasib baikla akhirnya jumpa jugak shaklee ni. alhamdulillah.

kalau berminat jangan malu2 contact sy 011-19300290 ya. xrugi beli shaklee sbb benefit dia utk badan mmg awesome.

♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

Wednesday, September 18, 2013

Gastrik dan Shaklee

Bercerita tentang gastrik ni, suami sy pon ada gastrik nak2 kalau time bulan puasa (bkn nak ngelat ya, haha). pernah sekali time bulan puasa tiba2 jer dia sakit perut smpai g klinik kena cocok. kesian tengok terguling xleh nak bangun sampai demam jadinya. saya xpernah kena gastrik so saya xtahu sgt camana sakitnya, cuma saya tahu memang sakit sgtlah kan. mari bercerita lebih lanjut tentang gastrik pada yg kurang tahu mcm saya ni.


Apa itu Gastrik 
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. 

Bagaimana Gastrik Terjadi 
Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2, sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik 
  • Peminum arak (arak ni bersifat asid) 
  • Perokok 
  • Makan dengan berlebihan 
  • Makan makanan yang terlalu pedas 
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
  • Jangkitan 
  • Skipping meals 
  • Stress
Symptom Pesakit Gastrik
  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam 
  • Lemah, demam 
  • Kembung perut-sakit dada 
  • Pedih ulu hati
Cara Merawat dan Menangani Gastrik

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.
Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik 

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.

2) Ostematrix 

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus


Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Berbalik pada cerita suami saya tu, so lepas dia kena gastrik yang teruk tu, tiap2 hari time sahur saya bancuhkan ESP dan horlick, sebab kami jenis xmkn nasik time sahur, just mkn kurma n minum ESP je. Alhamdulillah after amik ESP tiap kali sahur, dia xkena dah gastrik time puasa sampai lah sekarang. Ostematrik tu memang tiap2 mlm kami makan sebelom tido. dan peppermint tu tiap kali rasa mcm perut ada angin sbb lewat mkn ke etc, kami trus amik peppermint ginger plus, lepas tu keluarlah angin tu, sendawa.

Ini antara testimoni yg berjaya atasi masalah gastrik mereka dengan Shaklee



Friday, September 13, 2013

Selalu Penat - Supplement Untuk Tambah Tenaga

Ada yang tanya ada x supplemet shaklee untuk tambah tenaga? untuk yang selalu kerja kena guna tenaga banyak, balik rumah selau letih. jawapannya mestilah ada, hehe sebab saya sendiri dah cuba. walaupon sy belum bekerja dan xtahu bagaimana rasa penat bekerja tp sbb sy ada anak, so sy lalui jugakla rasa penat tu hari2.

Disini saya kongsikan vitamin terbaik utk pastikan badan sentiasa energetic everyday yang saya consume sehingga sekarang.

Ni semua vitamin untuk set lengkap kesihatan optimum

Kenapa perlukan Vita-Lea (Multivitamin & Multimineral)?

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Kenapa perlukan B-Complex?

  • Menukar makanan kepada tenaga.
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut
  • Mencegah perlcche iaitu kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah, nafas berbau.
  • Meredakan Alahan

Kenapa perlukan Vitamin C?


  • Merangsang pembentukan Kolagen
  • Memperbaiki simptom pendarahan
  • Peningkatan Sistem Imun
  • Memerangi Kanser
  • Mencantikkan Kulit
  • Memperbaiki Insomnia, stress dan keresahan
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat.
  • Disamping itu Vita-C dapat membantu penyerapan iron yang ada dalam Vita-Lea.
Saya cadangkan anda mencuba tiga vitamin ini dahulu tetapi sekiranya ada budget lebih boleh ambil ESP dan Ostematrik untuk hasil yang optimum.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Budak Sekolah

Em, today need to get back to school. I have to finish everything (but not finish everything today la) that i started 3 years ago. Quite not inspired by the surrounding but need to get back thing in place, or else i might need to start over, uwaaa, ngeri.

I'm trying to get the mood right now, so many things i left behind for so long, too many play time, too many 'huhahuha' no wonder i always get scolded by my supervisor, haha, luckily she's very kind and generous woman. 

Ok i found this picture quote which make me calm because that's mean i never wasting my time after all. LOL.

4d3c1c50102d11 55 Inspiring Quotations That Will Change The Way You Think

Herb-Lax

HERB-LAX

Lebih dikanali sebagai detox. Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax

-- pembersihan najis yang tersekat
-- meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
-- membantu masalah sembelit
-- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
-- mengempiskan perut
-- ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

-- pengamal tegar ubat tahan sakit.
-- mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
-- mereka yang banyak jerawat
-- pesakit gout
-- mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen.

Lecithin

Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ dalam kata ringkasnya ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans, dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin dan yang menariknya Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean.

Dan ini saya nak share tentang 13 kelebihan Lecithin yang anda perlu tahu.

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras dan banyak lagi. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye ianya memecahkan lemak).Tahukah anda.Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin,pasti ianya keputusan yg bijak.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, fever, asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan, ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13. Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

Thursday, September 12, 2013

GLA Complex

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?
-- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
-- Membantu meningkatkan kesuburan
-- Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
-- Membantu dalam menangani menopus
-- Menguatkan kuku dan rambut
-- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
-- Membantu menangai ekzema
-- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
-- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
-- Menguatkan imuniti tubuh
-- Memperlahankan proses penuaan
-- Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
-- Mengawal kencing manis dan darah tinggi
-- Mengawal kolesterol
-- Untuk fungsi saraf

Zinc Complex

ZINC COMPLEX

Tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. 

Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc:
-- Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

-- Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

-- Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

-- Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

-- Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

-- Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

-- Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

-- Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

-- Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

-- Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

-- Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

-- Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

-- Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

-- Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

-- Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

-- Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

-- Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Vitamin Shaklee Untuk Tambah Berat Badan

GEMUK DENGAN SHAKLEE - SUPPLEMENT UNTUK TAMBAH SELERA MAKAN

Pernah dengar ada orang memerlukan vitamin untuk tambah berat badan? Selalunya orang yang nak kurus je kan tapi ada jugak sesetengah orang nak tambahkan berat badan, mungkin agak jarang didengar (jeles pulak kan dengan orang yang nak gemuk, hihi).

Ada beberapa punca yang menyebabkan berat badan seseorang itu tidak bertambah. Antaranya adalah:
  • Makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien di buang begitu sahaja dengan sia-sia. 
  • Pengambilan makanan yang sedikit (makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja. 
So di bawah ni adalah beberapa supplement dan vitamin yang boleh diambil. Jika rasa badan tu melayang layang di tiup angin, cuba try set ini.

Set Tambah Berat Badan Shaklee
1. Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplemen penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga. 

2. B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan 

3. Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening. 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.

Sembelit dan Shaklee


SEMBELIT DAN SHAKLEE

Terasa nak berkongsi pasal sembelit, sebab sy salah seorang yg mempunyai masalah utk membuang. Org kata kalau banyak makan buah terutamanya pisang akan menyenangkan proses membuang. Tapi kesannya berbeza atas individu. Pada saya cara tersebut kurang berkesan, mungkin sebab saya mengalami masalh sembelit di zaman sekolah lagi, sekarang dah ada anak pon, memang dah lama. Tp masalh sembelit ni dulunya taklah mengganggu sangat ketika bujang, tapi bila dah bersalin anak pertama kelancaran proses pembuangan tu memang sangat2 penting. Pada mulanya saya hanya bergantung pada ubat sembelit klinik sebab saya ingat tu lah satu2nya solution masa tu. Tapi bila dah start makan shaklee, wah hari2 membuang. hehe.

Alfalfa untuk lawas

Nak tahu vitamin mana yang melawaskan? alfalfa lah jawapannya. mula2 tak tahu vitamin mana yg melawaskan sebab makan banyak jenis, bila tanya2 orang dan buat experimen sendiri, memang betullah alfalfa. Sy start consume shaklee 2yrs ago dan bermulalah episod baru yang hebat, hehe. Sebab bagi saya sembelit sy ni tahap tegar dh, so mestilah suka bila dpt natural supplements to cure smua tu kan, alhamdulillah. Tapi kena ingat bila kita makan supplement pengambilan air mestilah cukup 2-3liter per day ya.

Herb-Lax juga

then a few months ago sy terperasan yg tiap kali sy travel balik kg mesti sy akan susah membuang lg even sy mkn byak, sebab nya adaah saya xsempat nk minum air byk, sbb byak sgt aktiviti harian kat kg, maklumlah 2-3 bulan balik sekali. kg sy kat Kelantan. sy oghe kelate. bila tanya2 sy jumpa lg vitamin yg superb utk atasi mslah sembelit tegar, iaitu Herb-Lax.

Biasanya Herb-Lax ni dinasihatkan amik sekali or 2x smggu sbb kalau mkn ni gerenti esoknya akan licin membuang, mmg best, tp mmg xdelah smpai membuang 2, 3 kali, cuma sekali je biasanya tp buang habis, itu yg best.

Sebab tulah alfalfa dan Herb-Lax termasuk dalam set utk kuruskan bdan sbb dia berfungsi sebagai detox, utk mencuci usus supaya badan dpt menyerap nutrien dan zat dari vitamin2 lain dgn lbh efficient.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. Pos ke seluruh Malaysia.